BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 10 November 2013

Kebaikan atas keredhaan dan keberkatanNya.

Salam wbt,

Tamat sudah satu tanggungjawab,dan insyaAllah akan diteruskan dengan satu medan amal yang lain,insyaAllah bermanfaat untuk diri dan orang lain.Alhamdulillah.Semoga Allah membalas jasa baik yang sudi membaca beberapa kerat tazkirah sebelum-sebelum ini.Semoga penulisan-penulisan yg lepas bukanlah terhias indah di blog ini.Tapi yang sama-sama kita mengharapkan ialah amal itu sendiri.InsyaAllah.

Alhamdulillah.Satu berita baik yang diri ini memang tertunggu-tunggu sebelum ini.Walaupun Allah sekat selama 3 bulan,tapi ada hikmah di sebaliknya.Allah bagi masa untuk settlekan dahulu masalah yang timbul.Masalah yang selalu membuatkan diri ini rasa, disebabkan masalah inilah Allah tarik satu tanggungjawab dari diri ini atas sebab kekurangan diri ini.Tetapi sebenarnya,Allah bagi peluang untuk diri ini belajar,muhasabah diri,dan Allah bagi masa untuk diri ini cari kekuatan.Alhamdulillah,mengikhlaskan diri dalam dugaan yang dah berlaku.Memaafkan,melupakan dan menyayangi.InsyaAllah akan lakukan sebaiknya.Bismillah. =)

Moga Allah terus redha,moga dapat jalankan tanggungjawab dgn lebih baik,bermanfaat dan bersemangat.Semoga kita disibukkan dengan perkara-perkara yang besar drpd perkara-perkara yang kecil.Sebab boleh jadi jiwa kacau kalau asyik disibukkan dengan benda-benda kecil ni.Syaitan suka mainkan peranan dalam benda-benda kecil ni.Kita insan lemah.Moga Allah terus memberi kekuatan dan pemeliharaan untuk berada dalam jalan yang benar dan mendapat kebaikan atas keredhaan dan keberkatanNya.Kerana saya percaya dengan ada permulaan yang baik,maka ada pengakhiran yang baik.Dengan usaha dan mujahadah,kita serahkan keputusanNya kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui.


Semoga hari esok,lebih baik,diri lebih baik,mujahadah.

Wednesday 30 October 2013

Tangan yang memberi

Assaamualaikum wbt,

Pengorbanan

Untuk mencapai sesuatu pengorbanan dengan penuh keikhlasan memerlukan sesuatu yang dapat menyentuh jiwa.Setiap pengorbanan,ada Yang Mengetahui.Setiap pengorbanan ada Yang Meredhai.Bermula dengan niat,setiap langkah dan harapan.Kadang-kadang,dalam erti sebagai seorang manusia,kita mengharapkan balasan yang setimpal dengan setiap pengorbanan.

Hidup ini diibaratkan seperti roda bukan?Kadang-kadang kita berada di bawah,dan kadang-kadang kita berada di atas.Sama juga seperti kadang-kadang kita perlu menjadi yang memberi dan kadang-kadang kita terpaksa menjadi yang menerima.Kita dari pihak yang memberi,tak kisahlah samada dalam bentuk tenaga,masa,wang ringgit,idea,suara,kasih sayang dan sebagainya.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga


(Al Baqarah : 111)


"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa.




"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."
(surah al Baqarah: 261)


Jom mainkan peranan kita sebagai pemberi kerana pulangan Allah SW itulah yang terbaik.Jom jadi orang yang bukan memeluk tubuh sendiri,tapi cuba menjadi insan yang kisah akan kepentingan orang sekeliling kerana itulah yang terbaik pada pandangan Allah.





Saturday 12 October 2013

Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan

Assalamualaikum wbt,


Sering kali kita berbicara mengenai pengorbanan  sebagai yang memberi.Jikalau kita mengubah sudut pandangan kita dari sebagai yang memberi,tetapi pandangan kita sebagai yang menerima.

Kita mengambil contoh yang paling dekat dengan kita,iaitu ibu bapa yang kita cintai.Pengorbanan yang ibu bapa lakukan ialah semata-mata kerana anak-anaknya.Kadang-kadang kita rasa malu,marah,tidak suka dengan apa yang ibu bapa berikan kepada kita.Sebagai contoh,kita malu dengan pekerjaan ibu bapa kita,kita tidak menghargai hadiah yang mereka berikan,kita marah jika mereka tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk kita.Tetapi,pernahkah kita menghadirkan rasa syukur kerana mereka lah,siapa kita sekarang ini.Pengorbanan masa senang mereka pada suatu masa,wang ringgit mereka,perasaan mereka,keringat,tenaga dan juga mereka berkorban perkara-perkara yang mereka impikan semata-mata untuk membesarkan kita menjadi insan yang berguna.

Bukan hanya keluarga sahaja,tetapi lihatlah orang di sekeliling anda seperti teman serumah anda,teman sebilik,rakan sekelas,guru dan mungkin orang yang anda pernah  anggap seperti seorang 'strangers' dalam hidup anda.Merekalah orang-orang yang pernah berkorban untuk anda tidak kira anda sedar,perasan ataupun tidak.Mungkin merekalah orang yang pernah mengalihkan halangan di hadapan anda,orang yang pernah menasihati anda di kala anda sedih dan buntu,orang yang pernah hadir di kala anda memerlukan dan sebagainya.

Selain kita belajar untuk menjadi ikhlas dalam mengorbankan sesuatu perkara untuk mengejar keredhaan Allah,kita juga perlu belajar untuk menerima orang di sekeliling seadanya kerana mereka juga melakukan perkara yang sama untuk anda kerana Allah SWT.

(At-Taubah:121)-Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak melintasi sesuatu lembah,kecuali akan dituliskan bagi mereka(sebagai amal kebajikan),untuk diberi balasan oleh Allah (dengan)yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.


                                                                                                                          

Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan.

Pengorbanan itu perlu.Perlu untuk membuahkan sesuatu kebaikan.Mungkin bukan sekarang,bukan satu jam kemudian,bukan keesokan hari,bukan tahun hadapan,tetapi apabila tiba waktu yang tepat,keadaan yang sesuai,segala-galanya akan membuahkan hasil dengan izin Allah SWT yang Maha Mengetahui,Maha Pemurah dan Maha Penyayang.



Sunday 22 September 2013

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Assalamualaikum wbt..







Memaafkan,melupakan dan menyayangi,bukanlah suatu ungkapan,tapi suatu perbuatan.

Maaf.Satu perkataan yang mudah tetapi amat sukar  kepada seseorang yang perlu memberikan suatu kemaafan.Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang memeritkan jiwa,menjatuhkan dan menyedihkan kita.

Melupakan.Satu perkataan yang akan memadamkan suatu memori.

Sayang.Satu perkataan yang membahagiakan semua orang.Suatu perkara yang mampu membuatkan orang rasa tersenyum,indah,riang dan senang.

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Jika orang yang paling kita sayang,melukakan hati kita,lalu meminta maaf dari kita.Mungkin sesetengah daripada kita mengalami pelbagai situasi,ada yang ringan,ada yang berat.Situasi yang melukakan hati,mengguris jiwa.Mungkin ada yang berat dan sukar untuk memaafkan.Tapi,adakah kita mempersoalkan diri kita untuk memaafkan ini bahawa betulkah kita betul-betul sayang akan orang itu jika orang itu membuat kesalahan yang besar kepada kita?

Apakah nilai maaf sebenarnya?

Rasulullah secara khusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”[1].HR Muslim

Kemuliaan di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.” (QS: an Nisa’ [4]: 149).

” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)

Sifat pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti?Kita sendiri sebagai manusia juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.

Di dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.

“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya ditingkatkan, maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia.“ (HR: Al-Hakim).

Semuanya dah tertulis segala perjalanan.Setiap orang ada masalah,tetapi,saat dimana kita berada,itulah yang terbaik Allah letakkan untuk kita.Bersyukurlah kerana dapat menghayati erti memberi maaf.Mungkin rasa diri ini tidak mampu untuk memberikankan suatu kemaafan kerana masih ada tersembunyi rasa hipokrit dan tidak ikhlas itu sendiri.Tapi kita boleh mencuba untuk mencapai keikhlasan dalam memaafkan itu sendiri.Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk  memperbaiki diri.Moga kita tidak mensia-siakan setiap peluang keadaan yang Allah kurniakan.Moga terus sabar,tabah dan ikhlas untuk memaafkan.
Bismillah =')





Friday 13 September 2013

Permulaan yang sebelum pengakhiran

Assalamualaikum wbt..

Mulakan yang paling pertama.Kepada siapa patut anda tuju pada mulanya untuk segala-galanya.Untuk kesudahan yang sempurna haruslah dimulakan dengan permulaan yang sempurna.Permulaan yang sempurna dengan bersandarkan pada Allah SWT.Niatkan segala sesuatu kerana Allah,dan memperbanyakkan niat yang baik kerana Allah dalam sesuatu perkara.

Kadang-kadang kita terlupa siapa yang memegang segala keberjayaan dan kebaikan urusan kita.Mungkin kita akan berasa diri kita lemah di kala kita jatuh, di kala kita sendiri sepi,tetapi menjadi hamba Allah merupakan sesuatu perkara yang memberi kekuatan kepada diri kita kerana Maha Pencipta jugalah yang Maha Mengetahui untuk membantu hamba-hambaNya yang ibaratnya seperti seseorang yang mencari-cari dalam keadaan yang serba kekurangan di padang pasir yang terik dan panas.Kadang-kadang kita terlupa kepada Maha Pemberi yang sudah memberi berbagai-bagai nikmat jika kita bandingkan dengan musibah yang menimpa kita di suatu waktu.Siapakah kita untuk 'demanding' itu dan ini jika kita tidak berjaya menjadi hamba yang baik,tambahan pula dengan akal yang terbatas.

Sudah tiba masanya untuk memulakan langkah seiringan dengan niat yang kembali kepada kita sebagai hamba yang bekerja untuk Allah untuk mencapai redhaNya di dunia dan akhirat kelak.Mari niatkan segala sesuatu kerana Allah SWT jika kita berada di permulaan yang sebelum pengakhiran.Masih belum terlambat.Semoga setiap detik masa yang berlalu,telah menjadi milik kita ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh.

Jom kita tengok balik hadis 1,

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah






Saturday 29 June 2013

Saya dah habis exam!!

Assalamualaikum wbt,



Bermulanya musim peperiksaan maka ada jugalah pengakhirannya.Detik-detik yang memang setiap orang akan tertunggu-tunggu.Sudah berlegar-legar dan bermain-main dalam kepala beberapa perkara yang kita ingin lakukan sebaik sahaja musim peperiksaan tamat.Mungkin ada yang sudah menyediakan senarai perkara yang ingin dilakukan.

Apa pun,jom kita mengucapkan tahniah kepada diri masing-masing yang sudah mengakhiri musim 'ëxam' dengan penuh istiqamah,usaha,doa dan tawakkal.Tidak salah bagi kita untuk memberi 'reward' kepada diri kita sendiri selagi kita tidak terpesong dengan tujuan kita yang sebenar .Jom kita membuat refleksi diri balik dengan firman Allah SWT :

Surah Al Inshirah,ayat 7 hingga 8:-

7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), 

8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Kadang-kadang kita terlebih gembira dengan mengejar perkara-perkara duniawi sehingga kita lalai dengan urusan yang mengingatkan kita pada hari akhirat.Kerana hidup di dunia ini juga ialah satu ujian kepada manusia,dan pengakhirannya ialah pada hari akhirat nanti.Reward yang kita hanya harapkan hanyalah syurga.Semoga kita tidak tertipu dengan hasutan dan bisikan dunia.Jom hayati erti mujahadah sebagai peneguh hati tanpa mengenal erti henti.Tanamkan dalam hati dengan penuh mujahadah,berdoa untuk melakukan sesuatu perkara dengan pasti niat keranaNya supaya amalan kita diberkati,diredhai dan bermanfaat pada yang lain sepanjang masa.InsyaAllah.

Thursday 13 June 2013

EXercises+Allah+Manusia=EX-A-M

Assalamualaikum wbt,



Buku-buku,nota-nota dah bertimbun atas meja,musim peperiksaan dah datang!Apabila di musim peperiksaan ini,masing-masing tumpukan perhatian pada ulangkaji(exercise)  untuk menjawab peperiksaan dengan jayanya dan untuk meng'upgrade'kan diri kepada tahap yang seterusnya.Jom kita mengucapkan tahniah pada diri masing-masing kerana mempunyai semangat untuk berdaya usaha demi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan untuk menjamin masa depan yang cerah.

Kadang-kadang,kita tak perasan pun,apabila tiba musim exam,sedikit sebanyak,ibadah kita pada Allah terjejas.Jom 'check'.Hubungan dengan Maha Pencipta haruslah kita jaga.Ibadah wajib perlulah dijaga dan tidak sengaja dilewat-lewatkan.Amalan membaca al quran,berzikir,berdoa,solat-solat sunat bukanlah untuk kita kurangkan di musim peperiksaan sebagai alasan tidak mempunyai masa.Padahal,segala ilmu yang kita cari ini,hanyalah milik Allah.Kepada siapa lagi kita minta ilmu ini jika bukan pada Allah?Di musim peperiksaan lah hati dan jiwa ini 'nervous',tak tenang, dan resah.Kepada siapa lagi kita minta ketenangan hati jika bukan pada Allah? Di musim peperiksaan inilah kita mengharapkan untuk menghafal segala info dengan senang dan cepat.Kepada siapa lagi kita minta untuk menerangkan hati dan akal jika bukan pada Allah?

Apabila terlalu fokus, kita terlupa tanggungjawab kita dengan orang-orang di sekeliling kerana terlalu asyik dengan persediaan menghadapi peperiksaan.Kita terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang saudara muslim kepada saudara muslim yang lain.Sebagai contoh,masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri tanpa bertegur siapa,mahupun senyum.

Kita haruslah mencari keberkatan Allah itu sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia,kerana keberkatan Allah itulah yang menjamin kehidupan kita kelak.Segala amalan kita sekarang yang menentukan keberkatan yang akan kita dapat.Jika kita mencari dunia itu sendiri,maka kita akan dapat dunia.Tapi kalau kita mencari akhirat itu sendiri,maka kita akan dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

Jom kita tengok firman Allah SWT,
Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia... (QS Ali Imran [3]:112)

Memang susah,tetapi apabila kita mulakan selangkah,InsyaAllah Allah akan bersama-sama kita jika niat kita ikhlas keranaNya.Semoga usaha yang kita curahkan untuk menggapai ilmu bagi menjawab peperiksaan bukanlah hanya setakat untuk menjawab peperiksaan sahaja,tapi ilmu yang kita dah peroleh itu  dapat kita manfaatkan pada orang lain dan mendapat keberkatan Allah sepanjang hayat kita.






Apabila teringat EXAM,jom kita ingat balik formula yang kita boleh ambil dari perkataan EXAM ini supaya kita tidak lalai.'EX' untuk exercises,jom buat banyak latihan dan ulangkaji.'A' untuk Allah,jangan pernah kurangkan ibadah anda akan tetapi jom kita tingkatkan amal ibadah kita.'M' untuk manusia,jom kita jadi saudara muslim yang mengambil berat akan saudaranya yang lain tidak kira di masa sibuk ataupun lapang.

All the best for exam!!
Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal pada Allah yang Maha Memelihara(Ya Muhaimin). =)


Monday 27 May 2013

Cabaran itu lawan

Assalamualaikum wbt,


Kita pernah berusaha,dan kadang-kadang kita pernah terjatuh.Kita mula berhenti dari mengorak langkah.Kita mula gundah untuk maju ke hadapan.

Tetapi tahukah jalan kita masih panjang.Pernah tak kita memikirkan cabaran yang kita alami sekarang berbanding dengan saudara-saudara Palestin kita di sana.Padahal cabaran yang kita alami sekarang tak sebesar cabaran yang dialami oleh saudara-saudara kita di sana.Kita takut untuk maju ke hadapan,kita malas,kita takut untuk cuba sesuatu yang baru,kita takut untuk meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan kita dan sebagainya .



Saudara-saudara kita di sana yang memang berani,setiap hari berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan,berhadapan dengan kematian keluarga,berhadapan dengan bunyi-bunyi tembakan dan letupan,berhadapan dengan kenderaan perang.Cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan saudara-saudara di Palestin?Adakah kita mampu bertahan?


Orang-orang yang mahu melihat kita mundur, bergembira melihat umat-umat Islam lalai dengan alat-alat hiburan yang mereka ciptakan,dan kita tertipu tanpa sedar.Mahukah kita menjadi golongan yang tertipu dan dibonekakan?

Wujudkan impian untuk membebaskan diri dari perkara-perkara yang melalaikan anda,wujudkan langkah pertama anda,Mulakan langkah,biarpun dengan perlahan.Manakan anda akan mulai kisah mengenai nasib-nasib saudara di Palestin di sana,jika anda sendiri masih tak mulakan kisah dengan diri sendiri di sini.

Kita selalu takutkan cabaran,kita selalu nampak kegagalan itu dahulu sebelum memulakan usaha.Kita tak pernah jadikan cabaran itu sebagai lawan.Sepatutnya kita perlu ada rasa kita nakkan kemenangan atas cabaran itu dengan berusaha bersunguh-sungguh,doa dan tawakal.



Jika saudara-saudara kita di Palestin berhadapan dengan musuh sebagai lawan,kita di sini cuba berazam untuk meningkatkan kualiti diri  dengan berhadapan dengan cabaran sebagai lawan.Jangan limitkan cabaran yang akan anda hadapi tapi cabar limit anda.

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Kita perlu tanamkan impian untuk menjadi saudara yang bermanfaat dan mampu membantu saudara-saudara kita di Palestin di sana dalam pelbagai cara di samping menjadi yang bermanfaat untuk keluarga,rakan-rakan dan orang di sekeliling kita di mana kita berada.


Hikmah yg lagi besar di sebalik satu tujuan.

Assalamualaikum wbt,
Heyaaaahhh..
The unexpected moment when i met somebody that i used to know.Amatlah terkejut plus hepy plus bangga.bukannya bangga dengan apa yg aku pernah tahu pasal dia masa mula kenal dulu,tapi perubahan yg dia buat yg merubah hidupnya 180 degree..sanggup tinggalkn kehidupan dulu..sanggup merendah diri untuk mula dari bawah..hebatnyaaa

Perasaan masa mula kenal,
Wah dia ni,cantik,kaya,seksi,berdikari,ada boyfren kaya
rasa mcm inferior bila bandingkan diri ini dgn dia..
tapi dia amatlah baik,peramah,frenly

Perasaan bila terjumpa balik setelah sekian lama tak jumpa baru2 ini di suatu event,
Eh,mcm kenal ja muka dia ni..
ehh,aku kenal nama tu..
Subhanallah,aku tahu org ni,dia dah berubah ka?
pakaian yg sopan,bertudung..

Dengan konfidennya aku terus pegi dekat dia dan tnya,betul ke ni dia??
terus dia  peluk aku kuat2...
nak menangis pon ada,the way she hugged me,
boleh rasa yg dia nk bgtahu yg dia dah berubah,she needs support,strength..

Bila aku bertanyakan pada seseorang mengenai perubahan si dia,mereka cakap yang dia sendiri cari kebaikan itu sendiri,dah mula pakai tudung,dah tinggal benda2 dulu yg tak elok,sampai sanggup luangkan masa untuk mencari balik kebaikan yg dah lama dia tinggalkan pada suatu masa dahulu..wahh,hebatnya..hepy sangat dengan org yg aku jumpa kali ini..alhamdulillah..jumpa dgn org yg pernah yg layan aku dgn baik pada suatu masa dahulu dan kini jumpa org yg sama yang mula mencari kebaikan agama Allah itu sendiri dan meninggal perkara2 yg Allah tak suka..


Kadang2 kehadiran kita dimana2 bila2 masa dgn satu tujuan,sebenarnya ada suatu hikmah lagi besar yg lain yg Allah nak tunjukkan pada kita yg sememangnya berbeza dari tujuan kita yg sebenar.Penting utk kita reflek,belajar dan muhasabah diri sendiri.

Sesuatu yg berlaku itu tak semestinya itu adalah itu.Tapi masa yang membezakan itu dan ini.Itu dan ini ada bezanya.

Fuhhh..kehidupan yg Allah bagi ini,banyak sangat yg miracles..segala puji bagi Allah..

P/s:sakit belakang,stelah tekun dok buat video,edit semua for the first time.Rasa mcm lawak sepanjang pembikinan video kat rumah tu bila aku dok kunci jam bangun awal nk siap kn video from part to part selama 3 hari,nk study neuro lg..sy bangga dgn diri saya,sy appreciate dgn hasil kerja yg sy dah buat..cewahh..ni bukan statement yg bangga diri,tp poyo..hoho..agak mainstream la,dok besengkang mata macam mana nak cari lagu yg sesuai,sync audio dgn video,nak masukkan text dan gambar..last2 skali the first two songs,aku letak lagu band..dan lagu last skali letak lagu fevret,lagu abg justin timberlake mirror..mcm nilah bila org yg zero knowledge buat video,cuba utk produce satu video..yg paling epic bila aku dok cari mcm mana nak masukkan lagu bersama audio suara secara serentak berpuluh puluh minit lamanya,padahal amatlah senang bila dah tahu..bila baru faham konsep layer by layer mcm mana..hahaha..itu mmg dah tahap kesabaran yg tinggi..yg penting,dapat spread the words to others,dapat belajar skill baru utk tambahkan nilai kapasiti sbg seorang hamba Allah di muka bumi ini utk mnjadi yg bermanfaat,ada video kenangan bersama usrahmates dan naqibah tercinta alhamdulillah..semoga sakit belakang ni cepat berakhir..

Tuesday 14 May 2013

Bebaskan Diri,Bebaskan Palestin

Assalamualaikum wbt,

Dalam sama-sama kita mengingati,mengambil tahu dan prihatin akan saudara-saudara seislam kita di Palestin sempena An Nakbah maka haruslah kita juga mengkaji di mana kekuatan dan kelemahan kita umat Islam sekarang.Pernah tak anda terbaca satu artikel mengenai thesis ''Why are Jews are so smart'' yang telah ditulis oleh Dr. Steven Carr Leon yang mengambil masa selama 8 tahun.

Dr. Steven Carr Leon,berasal dari California yang membuat 'internship' di beberapa buah hospital di Israel.Antara penemuan beliau dalam 8 tahun ini:-
1)Persiapan awal bagi ibu yang mengandung dengan bermain piano,menyanyi dan menyelesaikan soalan matematik untuk kebaikan anak dalam kandungan.
2)Ibu mengandung mempraktikkan buah kurma,badam dan susu dalam diet seharian.
3)Campuran daging dan ikan tidak baik dimakan bersama mengikut masyarakat Israel
4)Amat benci akan rokok terutama di kawasan perumahan
5)Makanan awal anak-anak yahudi ialah susu,kurma,badam,minyak ikan
6)Pendidikan awal kanak-kanak dengan piano dan biola
7)Kanak-kanak seawal tahap 1 hingga 6 didedahkan dengan ilmu matematik dalam perniagaan
8)Olahraga menjadi kewajipan di setiap peringkat persekolahan.
9)Mengharuskan pelajar sekolah tinggi untuk mencipta sesuatu produk




Seperti yang kita tahu,skill muzik,matematik dapat menggerakkan fungsi otak kanan dengan lebih optimum,olahraga yang mencerdaskan minda dan mencergaskan tubuh badan,mendorong sifat rekacipta untuk menghasilkan pelbagai sudut daya kreativiti dan mereka juga mengambil beberapa sunah dan amalan Rasulullah dalam kehidupan seharian.Kita sendiri tak dapat nafikan,Israel mendahului dalam aspek ekonomi,science,media,pendidikan dan banyak lagi.




Masih tak cukupkah kita melihat gambar anak anak Palestin yang berlumuran darah menyirami bumi ? Siapa kita bagi saudara kita di Palestin?Adakah kita sedar apa yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin?Sudah cukup kah amalan,usaha,daya atau ilmu kita untuk membantu mereka.Adakah kita sudah bersedia untuk menjawab apabila Allah bertanya pada hari akhirat nanti apa yang kita sudah lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin?

Kita ada Allah.Kita ada Al Quran dan Sunnah.Kita sudah ada petunjuk yang memang pasti dari Yang Maha Mengetahui.Jom kita tanya diri kita setakat mana kita mengejar redha Allah dalam hidup kita sebagai usaha untuk membebaskan tanah Palestin.Ada yang berkempen,ada yang ambil tahu setiap update,ada yang memboikot,ada yang mengamalkan qunut nazilah dan ada yang berdoa.

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”

-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-


Mungkin ada yang melakukan sebahagian dan ada yang semuanya.Mungkin cara kita berbeza,tapi hakikat matlamat kita sama.Bebaskan diri dari mimpi-mimpi indah dunia yang direka oleh Israel untuk menjatuhkan umat Islam.Bebaskan Palestin!

Saturday 27 April 2013

Tahukah anda?



Assalamualaikum,



Sinarnya matahari,angin yang bertiup,awan yang bergerak,pokok yang menghijau dan banyak lagi.Dengan nikmat yang Allah bagi ini,bagaimana perlu kita manfaatkan?Patutlah kita bersyukur dengan nikmat ketenangan jika kita bandingkan dengan rasa bahaya,ancaman dan ketakutan.

Selain kita melihat alam sekeliling,yang telah Allah kurniakan pada kita,jom kita lihat pada diri sendiri.Bukankah tubuh badan ini juga merupakan amanah Allah.Kita sibuk dengan tugasan harian kita.Kadang-kala kita terlupa mengenai amanah tubuh badan ini.Padahal tubuh badan dan jasad inilah yang membantu kita menyempurnakan tugasan harian kita.Janganlah kita abaikan hak tubuh badan ini sehingga kita jatuh sakit.

Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atas dirimu.(HR. Imam Muslim)

Bagaimana ya kita nak menjaga amanah tubuh badan ini?Sudah pastinya dengan bersenam,riadah,mengamalkan diet yang tidak berlebihan dan sebagainya.Jom kita rujuk pada Al quran dan idola kita,Rasulullah SAW.

Allah berfirman dalam Al Qur’an surat Al A’raf ayat 31:
“Hai anak Adam, kenakan pakaianmu yang indah disetiap memasuki masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang-orang yang belebih-lebihan.”

Rasulullah SAW menganjurkan semua muslim berolahraga secara rutin sebagai upaya untuk menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani. Sabda baginda: “Ajarilah anakmu (olahraga) berenang dan memanah” (HR.Dailami).

Olahraga yang dilakukan secara rutin dapat membawa kepada perkembangan jiwa sambil meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri .Selain untuk menjaga stamina olahraga berfungsi untuk memperkuat daya tahan tubuh, sehingga tidak mudah diserang penyakit.Seperti yang anda tahu,mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Moga kita tidak membiarkan tubuh badan ini lesu,pasif kerana tubuh badan yang sihat amatlah berguna dalam cara hidup Islam itu sendiri.Janganlah kita jadikan alasan kesempitan masa untuk mengelak dari menunaikan hak pada tubuh badan.Tanggungjawab menunaikan hak pada tubuh badan itu sentiasa melebihi masa yang ada.Semoga kita bukanlah dalam golongan yang disoal mengenai kezaliman yang kita dah lakukan pada tubuh badan hari akhirat kelak.Jom kita mula dan teruskan menjaga hak kepada tubuh badan supaya kita sentiasa sihat,dapat menjadi orang yang bermanfaat di muka bumi ini dan dalam emosi yang sempurna.

Friday 19 April 2013

180 degree change in perception

Assalamualaikum..

Manusia memang cepat tertipu.Apabila dah sedar tertipu dgn org,diri sendiri seriously rasa stress,nak tidur saja one day long.180 degree change in perception toward urself and others.From north to south.From west to east.Terfikir nak hentuk kepala di dinding,tapi tahu akan sakit.Itu stupisimo namanya.Haha.Tak apalah.Apa guna penyesalan.Manusia ini memang tak tahu.Kalau tanpa petunjukNya,berapa lama lagi lah kita akan tertipu.Tiada penyesalan yang lama.Cukuplah sesal dan terus mengambil pengajaran.Alhamdulillah.



Belajar deen in Islam(cara hidup Islam) itu sendiri penting,sbb deen Allah itu sendiri dah tahu apa yang tebaik untuk hambaNya.Mohon petunjuk Allah,seiring dengan ikhlas tak mungkin luput dalam doa.Saya percaya,apabila kita ikut ketetapan Allah,kita mampu utk jadi seseorang yang tinggi darjatnya diiringi dengan ketenangan, bebas dari fitnah dan dapat menjadi yang bermanfaat pada diri dan orang lain.

Analoginya,kalau saya bagi dua orang,seorang presiden,seorang mat rempit.Yang mana satu anda nak ikut?Mesti anda nak ikut yang lagi terpelajar,tak menyalahi undang-undang,dihormati,dan anda pasti akan mengikut yang boleh bagi kebaikan pada anda.

Nak kata kat sini,darjat Allah dan ketetapan Allah itu tak terkira kebaikannya dari darjat dan ketetapan manusia.Darjat Allah dan ketetapan Allah itu yang terbaik.Jom follow,jom subscribe deen Allah itu.Super infinity terbaik.Tak payah dah nak terfikir hentuk kepala dekat dinding.


Monday 8 April 2013

10 versus 1

Assalamualaikum wbt,

Hari demi hari,kita berusaha untuk mencapai sesuatu.Apabila seseorang individu itu tahu peranan dan targetnya untuk mencapai sesuatu,maka segalanya diletakkan dalam satu fokus.

Saya bagi analogi yang mudah,jika saya cuba mematahkan satu batang ranting kayu dibandingkan 10 batang ranting kayu,yang mana lagi senang untuk dipatahkan?Sebatang ranting kayu mudah untuk dipatahkan jika dibandingkan dengan 10 batang ranting kayu.Maka yang saya nak sampaikan di sini ialah kekuatan 10 batang ranting kayu lagi kuat dibandingkan dengan kekuatan satu batang kayu.

Jika dibandingkan bekerja secara individu dengan secara berpasukan,yang manakah lagi kukuh?Saya tinggalkan persoalan itu pada anda.



Semangat satu pasukan.Untuk mencapai satu kejayaan,sudah pasti bukan melibatkan satu individu tetapi melibatkan orang sekeliling yang memberi sokongan padu.Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan sesuatu.Sudah pastinya,setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Itulah sebenarnya kelebihan berkerjasama dalam satu pasukan.Apabila kita bekerja dalam pasukan,semua orang akan bekerja bersama-sama.Tiada yang lebih dan tiada yang kurang komitmennya.Bahkan setiap individu menyumbang sesuatu kepada pasukan tersebut.Tiada rasa inferioriti mengenai diri sendiri,malah anda patut yakin dengan kelebihan yang anda ada dan anda ada bahagian anda untuk menyumbang dalam pasukan tersebut.Kehadiran anda,tidak kisahlah dalam apa-apa perkara pun,ada tujuannya,dan bukanlah sia-sia.Firman Allah SWT:

Allah Ta'ala berfirman ” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main (sia-sia). Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (QS Ad Dukhaan [44] : 38-39)

Manusia tiada yang sempurna.Seperti yang saya lihat,anda lihat,setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Apabila setiap individu yang mempunyai kelebihan lalu saling men 'topup' kelebihan kepada kekurangan individu yang lain,maka kelebihan dapat mengatasi kekurangan individu dan pasukan tersebut.Lalu terbentuklah satu pasukan yang kuat,mantap dan kukuh.Jom tengok firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff [61]: 4)


Wahh,Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya sepanjang zaman.Bayangkan ayat Al Quran ini yang diturunkan pada suatu masa dahulu,dan kebaikannya  bukan hanya pada untuk suatu masa dahulu.Tapi sehingga kini.




Jom jadi lagi bersemangat untuk mencapai sesuatu tujuan kita apabila kita bekerja dalam satu pasukan.Biarlah bersemangat setinggi puncak yang ingin mencapai angkasa.Angkasa yang dipenuhi dengan bintang-bintang kejayaan.Jom menyerlah jauh dari yang biasa,dan ini bukan ungkapan sekadar mimpi.

Thursday 28 March 2013

monolog

Assalamualaikum wbt,

Heeeee..tengah renyih dengan bahagianya.Kenapa yarhh cik siti maisarah?Sebab saya jumpa jawapan yang saya nak,yang boleh menenangkan hati ini.Kalau Allah nak bagi sesuatu pada hambaNya,maka tak ada sesuatu yang dapat menghalang ketentuanNya.

 Apabila  membaca satu tafsir yang agak panjang dengan harapan dapat meng'absorb' segala isi untuk dibincangkan dalam usrah esok(homework usrah).Hehe.Tapi,agak terkejut,terkedu bila baca ayat last sekali di muka surat 63 iaitu ''Allah sebaik-baik pemberi keputusan''.

Kebelakangan ni ada perasaan nervous dalam semua benda yang saya buat.Apabila asyik memikirkan keputusan yang bakal diterima.Tak kisahlah dalam apa pun.

Alhamdulillah.

p/s:jangan judge atau buat assumption pada orang yang kita sendiri belum kenal.Amatlah tidak baik.Bersangka baik pada tujuan yang sama2 kita nak tuju iaitu untuk menjadi insan yang lebih baik(peringatan untuk diri sendiri dan semua).Terima yang seadanya.=)

Wednesday 27 March 2013

Bukan sekadar homosapien yang biasa

Assalamualaikum wbt.


Kita manusia,ataupun mengikut spesies biologi saintifik ialah homosapien.Kita bukanlah sekadar homosapien yang hanya tahu bangun tidur,pergi ke kelas,makan,tidur tetapi kita ada tujuan kita yang luar biasa iaitu untuk menjadi khalifah yang memakmurkan alam dan menjalankan ibadah padaNya.Jom jadi homosapien yang luar biasa dan hebat.

Pernah tak merasakan perkara yang menimpa sebagai suatu bebanan pada jiwa?Macam lori yang membawa muatan yang lebih hadnya merangkak mendaki bukit dengan perlahan .Hidup ini tak senangkan?Siapa yang dapat lari dengan ujianNya?Hanya Firman Allah yang dapat menenangkan hati hamba-hambaNya yang lemah ini.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Berbeza tak orang yang sabar dan cuba untuk selesaikan sesuatu perkara berbanding dengan orang yang hanya duduk di rumah goyang kaki laju-laju?

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Wah,untungnya dan bahagianya apabila baca ayat di atas, Allah menjanjikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Untung dan hebatkan orang yang sabar dan hanya berharap padaNya, cuba berusaha memerah keringat,memikirkan idea untuk mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Untuk apakah bebanan yang bertalu-talu ini?Jom kita tengok hadis ini:
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesalahan,kerana kita selalu alpa.Tetapi,Maha Pencipta begitu Maha Penyayang pada hamba-hambaNya dengan memberi peluang pada hamba-hambaNya untuk sentiasa dalam keadaan bersih dari dosa.Apa lagi keluhan kita?

Apa peranan kita?Ayuh kurangkan keluhan,perhebatkan panjatkan kesyukuran,perhebatkan frekuensi berdoa,perhebatkan amalan membaca al quran,perhebatkan mempraktiskan akhlak yang mulia,perhebatkan jiwa dalam mengesakanNya dalam semua perkara,perhebatkan jasmani dan perhebatkan minda.

Jom hayati kata-kata pujangga di bawah,
''Menjadi orang hebat bukan satu pilihan,tetapi suatu perjuangan kerana syurga hanya menerima orang-orang yang hebat''.


Tuesday 12 March 2013

POSITIF jiwa,fikiran dan akhlak.

Assalamualaikum,



Apabila ada jiwa yang positif,fikiran juga positif dan akhlak jugak terpamer dalam sudut yang positif.Langkah pertama perlu mencari jiwa yang positif.Tetapi macam mana nak dapatkan jiwa yang positif?

Prinsip yang teguh.Prinsip yang teguh di sini ialah memegang pada sesuatu yang teguh.Firman-firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW haruslah menjadi santapan  jiwa.Allah banyak mengajar hamba-hambaNya untuk melalui kehidupan ini dengan kisah-kisah rasul-rasul,nabi-nabi,sahabat-sahabat,hamba-hambaNya yang soleh yang boleh kita ambil ikhtibar.Dan juga kisah-kisah orang yang ingkar ajaran dan petunjuk Allah yang boleh kita ambil pengajaran.Menjalani kehidupan sebagai individu di zaman urbanisasi ini banyak dugaannya.Dengan positifnya jiwa,kita tak mudah jatuh dan menganggap segala dugaan yang menimpa itu satu bebanan dan titik berhenti.Malah kita akan memikirkan dugaan itu satu ujian dari Maha Pencipta untuk menguji hamba-hambaNya.Jika kegagalan mendatang,tetapi dengan individu yang berbekalkan jiwa yang penuh dengan didikan Al Quran dan hadis,kegagalan tidak lagi menjadi sebab penghalang untuk menjadi lebih produktif,maju dan berani untuk keluar dari lembah kegagalan.Kita boleh berfikir sejenak sebelum mengambil apa-apa tindakan dengan membandingkan apa yang akan bakal terjadi jika kita membuat sesuatu perkara.Pertimbangan itu wajar.Fikiran yang positif juga mampu dimiliki kalau kita sentiasa menunaikan tanggungjawab dan hak tubuh badan.Maksudnya di sini,apabila kita sentiasa bersenam kerana apabila kita bersenam,kita memperbaiki sistem-sistem tubuh badan.Apabila badan sihat,otak pun cerdas.Kan?Apabila jiwa dan fikiran yang positif bergabung,maka zahirlah akhlak yang positif.


Jom tengok balik firman Allah SWT:
''Dan apa saja-perbuatan baik-yang engkau sekalian berikan untuk dirimu sendiri,nanti pasti akan engkau sekalian dapati di sisi Allah,keadaannya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya dan mohonlah pengampunan kepada Allah ,sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang''(Al-Muzammil:20)

Rasa lagi bersemangat nak jadi orang yang ada fikiran,jiwa dan kelakuan yang positif.Hidup tenang bahagia di dunia dan mendapat ganjaran pahala untuk akhirat yang berganda.Berjaya dunia akhirat.Siapa yang tak nak?

Allah Ta'ala berfirman:
''Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan.''(Al Baqarah:148)


Apabila anda menjadi positif,anda dapat menarik charge-charge negatif di luar sana.Anda tidak akan membiarkan segala kesusahan yang anda hadapi begitu sahaja tanpa usaha penyelesaian.Apabila positif bertemu negatif maka neutral lah jawapannya.Anda akan dapat mengurangkan charge-charge negatif itu sedikit demi sedikit.Dan yang paling untungnya charge positif anda semakin bertambah kuat.Anda dapat menarik charge negatif,yang juga bermaksud anda menarik  orang-orang di luar sana yang memerlukan nasihat anda.InsyaAllah.Tak rugi kalau jadi orang yang ada banyak charge positif.Anda membantu diri anda,dan orang di sekeliling anda.Jom jadi insan yang mempunyai  positif di jiwanya,fikirannya, dan akhlaknya.Belum cuba belum tahu,tak kenal maka tak cinta.Ayuh!!




Tuesday 26 February 2013

=)

Assalamualaikum,

Segala persoalan yang bermain di minda,kepercayaan yang dipegang hati,dengan adanya takdir membongkarkan segala-galanya.Dalam sekelip mata,sehembus nafas.Keluh kesah kenapa begitu tapi jawapannya segala-galanya.Berbaloi keluh kesah yang hanya sekejap dengan kenyataan yang ditunggu-tunggu sebelum ini.


Alhamdulillah.Masa yang berlalu dengan kisah yang pelbagai.

Kita belajar dan ambil ikhtibar.


Let bygones be bygones.


Monday 18 February 2013

=)

Assalamualaikum,

Hidup ini kita tak dapat jangka pun macam mana jalan cerita yang kita tempuhi.Cuma kekuatan hati yang mampu menampung segala apa yang kita tanggung.Tiada pilihan lain.Tiada jalan lain.Cuma jalan yang tinggal ialah untuk tabah.Segala apa yang kita dapat hari ini ialah berdasarkan apa yang kita lakukan dahulu.Mana mungkin kita berfikir untuk berubah di suatu masa akan datang bila di suatu masa dahulu kita masih orang yang sama.Tapi bila mula mengorak langkah, semuanya tak seperti apa yg kita harapkan. Apabila kita mensia-siakan peluang yang ada.Apabila kita menyesal.Apabila masalah yang datang lebih banyak dari penyelesaian.Bangun setelah jatuh,tapi badai yang menimpa selepas bangun membuatkan lagi teruk selepas bangun dari jatuh.Yang tinggal hanyalah kekuatan jiwa.

Tak semua orang faham kita.Tak semestinya orang yang kita dah kenal lamanya faham kita.Orang yang baru kenal semalam  dalam erti kata,dapat baca air muka seseorang.Apabila semua orang tak cuba memahami apa yang seseorang alami.Betul lah,tak kenal maka tak cinta.Apabila ikhlas untuk mendengar, memberi nasihat maka tiada lagi dinding penghalang untuk berkongsi cerita.
Tak semestinya orang itu kena ikut cara kita,baru kita nak cuba dekatkan diri dengannya.Tambah-tambah apabila kita nak menolong dia.

Allah dah tentukan.

Uhibbuki fillah.Moga Allah permudahkan segala urusannya.Ameen.






Friday 15 February 2013

Aduh,jiwa kacau.

Assalamualaikum,


Macam mana perasaan jiwa kacau?Anda senang?Anda bahagia?

Setiap orang ada jalan cerita sendiri.Tak semua kata diungkapkan bukan?

Anda perasan tak,lagu-lagu yang di corong-corong radio sekarang banyak sangat lagu cinta.

Kalaulah,kalaulah anda perasan, tak semua lagu-lagu yang anda dengar ceritanya indah.Cuba baca lirik sebuah lagu bawah ini,ada kaitan dengan tajuk post hari ini.

Penakut,by Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Ramai orang yang sensitif dengan perkataan ikhtilat bukan? Owh, ikhtilat itu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Kenapa kena jaga ikhtilat?Maksudnya kena jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Ok.Cuba teruskan baca.Selepas baca baru anda fikir.Terserah pada anda untuk setuju ataupun tidak dengan kenyataan saya.Saya pun hanyalah manusia yang lemah.Yang cetek pemikirannya,tetapi cuba mencari,mencari dan mencari.

Maha Pencipta sudah mencipta sesuatu yang indah rupa dan indah khabarnya.Hati.Anda tahukan.Apabila adanya hati,adanya perasaan.Dengan adanya perasaan,adanya perasaan sayang,bahagia,belas kasihan dan semuanya menjadi indah bukan?Tapi anda tahu kah kepada siapa,bagaimana,mengapa perasaan ini diletakkan?Anda pasti tahu.

Sudah pasti pada Maha Pencipta.Perasaan itu kemudian Allah izinkan kita pada mama,abah,adik,abang,kakak,saudara,rakan-rakan,guru dan sebagainya.Tapi sepertimana yang anda tahu,ada batasnya.

Perempuan ini lembut hatinya.Cuba lihat mak anda sebagai orang yang terdekat.Cuba bayang dan fikir.

Katakan saya lelaki dan awak perempuan.Saya senang berbual dengan awak,saya selesa dengan awak.Sebab kita kan kawan.Tak lebih dari itu.Tapi awak yang lebih sebab awak fikir saya ambil berat kan awak dan saya sayang awak.Tapi saya tak.Mungkin awak bukan orang yang saya nak.Saya hanya suka-suka.

Apa perasaan anda wahai perempuan?
Anda mesti konfius dengan perempuan kan wahai lelaki?
Jiwa kacau kan?
Apa anda boleh buat kalau jiwa kacau?
Aduh,jiwa kacau.

Anda jangan risau.Sebenarnya kalau anda jaga ikhtilat itu,anda tak rugi apa pun.Maha Mengetahui bukan saja-saja menetapkan ada batasan antara pergaulan perempuan dan lelaki.Kerana Dia tahu.Bagaimana manusia.Selain mengelakkan perkara yang menjurus menjurus kepada perkara yang dimurkai Allah iaitu zina,Yang Maha Menyayangi tak mahu hati anda disakiti.Saya percaya.Anda mesti pernah mengalaminya.Hati perempuan ni 'fragile'.Impossible anda tak pernah rasa walaupun sedetik.

Anda patut tahu mana batasannya.
Masih ramai insan yang lebih layak untuk anda berkongsi cerita kisah-kisah manis dan pahit kehidupan.Yang muhrim.Anda tahu siapa.

Setiap orang fitrahnya ialah untuk sayang dan disayangi.Apabila tiba masanya,Allah akan temukan jodoh yang sesuai untuk anda kerana Allah Maha Memahami.

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." 


Lagi anda ikut perintahNya dan tinggal laranganNya,lagi bertambah rahmat dan redhaNya pada anda.RahmatNya luas. 

Saya bukan nak menyalahkan satu pihak,tapi dua-dua pihak harus tahu peranan masing-masing.
Kaum Hawa ini lemah,maka pada siapakah kita harus kembali?Jangan mudah terpedaya dan jatuh hingga anda jiwa kacau.Pada kaum adam,anda patut menghormati wanita dan bukan untuk dipermainkan.Kalau anda serius, anda patut tahu apa yang anda patut lakukan dan yang tidak.Pilihlah jalan yang terbaik,jalan yang diredhaiNya.Anda patut tahu batas anda sebagai seorang jiran,rakan sekelas,sepupu dan sebagainya.Moga kalian semua mempunyai hati yang bersih,tenang dan bahagia untuk mengejar tanggungjawab yang patut anda lakukan di dunia ini untuk mendapatkan akhirat yang sejahtera.Dan anda masih belum terlambat.

p/s:Dah lama nak menyuarakan ketidakpuasan macam ni.Tapi tak tahu macam mana nak berkata-kata.Alhamdulillah.Moga Allah redha.Itu yang paling penting.Moga ada manfaat.

Sekian,salam~~

Tuesday 12 February 2013

Permulaan satu kebaikan pada aku dan dia

Assalamualaikum,

Kata2 seorang insan(girl) padaku baru-baru ini,"korang ni bagus,lemah lembut.Kawan2 aku jahat,sosial tahap habis.Diorang itu kalau malam,lepak kat pub,minum2.Tapi seteruk-teruk aku aku tahu batasnya.Aku suka cara korang ni".

Aku jawab,"ehh..tak adalah,kitorang ni pon kadang2 pening lalat jugak..tapi kitorang cuba cari kebaikan tu..kitorang kat sini join usrah..best.. cuba la cari kawan2 yang selalu ingatkan pada kebaikan. Ada saja kan". 

Dia jawab," ha ahh..tapi mostly kawan2 aku kat uni tu teruk. Kalau yang baik2 semuanya mcm isolated sikit".

..................................................................................................................................................................

Sebenarnya,tak kisahlah dengan siapa kita berkawan,jalinan ikhlas yang memegang kepercayaan untuk bercerita.Ramai yang nak kan kebaikan itu.Mesti kita rasa kasihan dengan diri kita yang dahulu kala tak tahu bezakan antara kebaikan dan keburukan itu.Kalau kita rasa kasihankan diri,mesti kita akan rasa kasihan dengan orang2 yang inginkan kebaikan tapi tak tahu di mana titik permulaan. Kita boleh cuba menjalinkan ikatan ukhuwah itu tak kisah lah siapa pun kita dan siapa pun dia.Tak semestinya kena ikut cara kita.Ada banyak cara.Manusia itu kan pelbagai,manusia itu sendiri telah Allah kurniakan kreativiti masing2.Mana mungkin kita akan tahu cara yang lain kalau kita tak cuba satu cara pun.Cubalah selagi tak bertentangan dengan hukumNya.Tak semua manusia mampu menerima nasihat dan teguran melalui kata2.Kerana setiap insan sekarang ini berbeza cara penyampaiannya,penerimaannya.Tapi selalu yang menyentuh hati ialah perbuatan,teladan yang baik.Kan?Setiap manusia yang Allah cipta ada kelebihan yg Allah bagi untuk menyentuh hati-hati manusia yg lain.Jangan sia-siakan.Anda tahu siapa anda.

p/s:Moga kawan aku sentiasa dalam nur hidayah Allah dan mendapat taufiqNya.

Hoho..tgh pening kepala sebab asyik dengar orang drill dinding rumah sebelah..=) sot ba ro 





Monday 11 February 2013

Kematangan.mungkinkah?Ya,kena

Assalamualaikum wbt,

Salah satu topik perbualan kaum2 hawa ni ialah macam masakan,berat badan,masalah,benda yang happy,benda yang sedih dan pendek kata,hampir semuanya.Kaum hawa lah pencakap yang paling lama masanya dan pendengar yang paling setia.

Tiba2,tadi terkeluar topik umur.Seperti biasa,aku yang memang kenal diri sendiri lebih cenderung untuk mendengar,absorb,dan fikir.Ok.Umur kami,22 tahun menjelang 2013 ni.Dah besar panjang semua .Sepatutnya umur yang bertambah patut seiring dengan kematangan usia.Masing-masing patut tahu tanggungjawab,sensitiviti,kesabaran dan dahulukan berfikir daripada tindakan.Hidup dalam kepompong sendiri tak sepatutnya menjadi kepentingan individu,walhal  bakal membina satu peringkat baitul muslim yang bukan saja melibatkan diri tapi dengan komuniti yang lebih besar.Kalau setakat gaduh2 kecil ataupun gaduh2 comel,tidak sepatutnya bermasam muka sampai seminggu.Tak perlu berkira untuk buat yang ini dan yang itu.Berlapang dada itu lebih baik.Banyak ganjaranNya di dunia dan akhirat.Moga masa lapang pada usia ini dimanfaatkn semaksimumnya utk hari yang mendatang.Taklah terkejan-kejan,tersipu-sipu,termalu-malu,tersegan-segan kelak.Sabar dan senyum.

Bila dah berubah,tak semestinya orang akan nampak 'the new me'.Kadang2 ada saja orang yang ada saja nak cakap.Buat baik pon ada saja orang pandang serong.Kesiannya.Apa kan daya.Kita manusia.Yang penting apa yang kita buat itu ikhlas kerana Allah dan kita tahu niat kita.Tahu jugak perbuatan kita itu salah ataupun tak.Tahu apa 'aim' kita untuk buat sesuatu.

Tersenyum-senyum dan terfikir-fikir bila ada orang bukan muhrim(tak kenal sangat pon kawan kpd kawan)inbox mesej fb bagi salam.Tersenyum sebab macam pandai pulak bagi salam dulu.Tapi hanya jawab dalam hati.Takut nak type menjawab salam.Takut perbualan chating berlanjutan-lanjut dan lanjut.Ishh,takut,dah la tak kenal,and there is no reason for him to start conversation wif me.Perempuan,complicated thinking.Tak apa,janji selamat. Yalaa kan,masa kecik2 dulu main suka hati saja approve orang entah mana2. Suka hati depa ja 'poke'.Cerita kat atas tu bukan untuk dibanggakan pon,tapi aku ada dengar talk,kalau berchating2 smpai hikhukhikhuk sepanjang malam tu memang macam tengah berdua-duaan dengan dia.Sebab just u and him,n orang lain tak tahu pon.Huu...Kan best kalau semua kaum hawa paham yang chatting ngan bukan muhrim itu tak kena pada tempatnya,just hanya utk mengisi kebosanan,kekosongan.Biarlah mengisi kekosongan hati dengan cara yg Allah redha.Itu lebih baik.Ketenangan dan kejernihan jiwa itu yang kita cari.

Setiap orang ada kisah silamnya sendiri.Kadang2,tak nak pon ingatkan kesilapan dan jahiliyah yg kita pernah buat dahulu.Kadang2 rasa bodoh sangat diri ini.Kenapa buat begitu?Perlukah orang lain mengungkit sedangkan diri ini yang mengalami.Allah Maha Penyayang,kerana segala aib2 kita,hanya diri kita dan Yang Maha Melihat saja yang tahu.Cukuplah taubat nasuha dan jadikan ia satu pengajaran.

p/s:dah nak tidur,penat sebab kena ikut ngan anjing masa balik rumah tadi.Macam nak tercabut jantung.Memang tak boleh lupa.
p/s:moga post ni tak macam angkut bakul sendiri,moga Allah redha

Gud nite,assalamualaikum =)

Thursday 7 February 2013

Nak jugak ada travellogue =)

Assalamualaikum wbt,

Tahun ini hanya di Moscow.Kenapa?Kenapa?Kenapa?..Itu soalan favourite orang lain kat aku.Heee..Aku dengan yakinnya jawab aku punya last exam habis lambat,malas nak fikir,nak simpan duit,duit tak cukup sangat.

Tapi adakah dengan hanya berada di moscow maka tiadalah travel?Jawapannya ialah tidak pada soalan tersebut.Aku ada travelogue ku sendiri di moscow.Jom,meh sini nak cerita.Dalam kesejukan Rusia yang membeku,aku menjejakkan kaki di Kazan.Ada apa di Kazan?Dulu sebelum menjejakkan kaki di sana,mama selalu sebut sebut kazan padaku.Katanya,bumi Kazan ni banyak orang Islam,makanan halal dan Dr. Mahathir Mohammad pon pernah menjejakkan kaki di sana.Apa yang aku dapat di sana?Hmm,yang paling terkesan ialah bila masuk masjid Nurullah.Perasaan bila mendengar laungan azan,ketenangan berada dalam masjid,kedamaian selepas berada dalam kesibukan dunia.Tersenyum,hilang semua gundah gelana.Apabila aku,hamba yang lemah, berdoa pada Maha Pencipta.Hilang semua penat dunia.Keluar masjid,terjumpa dengan seorang pak cik ni,macam tok imam pon ada jugak,dgn jubah dan serbannya.Mesra sangat dia tegur kami,macam kami ini anak2 dia.Tanya kami dari mana dan sebagainya....Masa shopping pon,ada terjumpa dengan kakak Russia ni,pandai cakap Melayu.Dah lah cantik,berhijab.Sebab dia penjual souvenir,selalu jumpa student msia dia cakap.

Aku pergi zoo dan oceanarium dekat moscow.Zoo saja kan.Macam boring.Tapi dengan suhu -8 degree celcius,aku berjaya mendapat sesuatu dari zoo.Keriangan pada diri dan rakan2 apabila nampak jaguar,harimau putih,beruang kutub,penguin,anakonda,ikan dolphin,ikan paus dan haiwan lain yg bahagia berhibernasi.Pertunjukan dolphin dan ikan paus memang mengagumkan.Haiwan yang tak mempunyai akal mampu membuat aksi2 apabila disuruh oleh penjaga haiwan untuk mendapatkan makanan boleh dikatakan jugak kebaikan.Terfikir.Manusia yang diberi akal ini?Apa yang kita buat untuk mendapatkan sesuatu yang baik untuk kita?.Penonton bertepuk-tepuk dan bersorak-sorak.Tapi ada sedikit kesayuan apabila melihat kandang2 haiwan yang hanya sekangkang kera.Mana tak nya.Bayangkan sebesar-besar rumput savanah di afrika tu,haiwan2 itu diletakkan di tempat yang tidak sebesar mana.Teruja bila berada di oceanarium,bila melihat ikan2 berenang dalam kumpulan,pelbagai jenis,warna,bentuk.Owh,aku ada terjumpa ikan pelik.Heee..SubhanaAllah,hebat ciptaanNya.

Aktiviti menziarah termasuk dalam plan cuti aku time ni.Sempat bermalam di rumah kawan dan rumah aunty.Sebenarnya banyak yg aku dapat.Kadang-kadang,kita nak seseorang itu berubah menjadi lebih baik.Kita nak cakap pada dia,kita nak tunjuk pada dia,kita nak tegur dia sebab kita sayang dia.Tapi kadang2 kita bukanlah orang yang sesuai walaupun kita orang yang paling dekat mendampingi si dia.Mungkin dengan orang lain.Mereka lebih sesuai untuk si dia menerima sesuatu dengan hati yang lebih terbuka.Jangan paksa diri.Masa ziarah ni lah baru kenal karenah kawan2 dengan betul-betul.Dah lama tak bersemuka dengan mama sejak kat moscow ni.Bila pergi rumah aunty,rasa hepy sebab aunty layan kami macam anak-anak dia.Rindunya kat mama.Aku layan aunty macam mama.Dengar saja celoteh2 aunty.Sekarang ni baru aku faham,apa yang mama selalu bising kat aku suruh buat yang ni,yang tu,tak bagi aku duduk asrama dulu,kena ikut sekali pi kenduri,kena tolong angkat pinggan lepas makan kalau pi rumah orang,berhidang,kemas meja,berbudi bahasa ngan orang tua,kalau orang mai rumah kena turun salam,dengan adik beradik tak boleh cakap hang aku,tak boleh berkira,basuh pinggan kat rumah nenek,suruh pi dapoq tngok mama masak,buang sampah,sidai baju,jangan dok menggedik,jadi tertib,blablabla.Banyak lagi kot.Hahaha.Semata-mata nak anak  pompuan dia pandai buat kerja rumah.Masa kecik2 dulu mana tau apa.Sebab aku anak pompuan sulung,so aku lah kena buat semua dulu.Mama selalu kata,nnt besaq nnt  pandai buat kerja rumah.Kalau pompuan mengaji tinggi2 sangat tp kalau taktau wat kerja rumah.Tak pi kemana pon..Mama..berguna sangat sekarang ni bila dah besar ni sebab tak kekok nak bergerak.Serius tak menyesal pon tak pi sekolah asrama.Terharu.
Ni tak masuk lagi ilmu2,nasihat2 yang mama selalu expose kalau ada masalah rumah tangga.Ya Allah.Touching pulak malam2 ni.Habislah abangku nk bawak balik calon bini nnt.Bnyk kriteria mama check..yg penting mama kata kena pandai buat kerabu pucuk paku.Haha..
mama,u r the best.Akak want to be 100% like u,tp akak tak mampu.Untung abah dapat mama.Hehe..

Aku yakin apa yang aku yakin.Macam mama kata,mama buat,mama dapat.Macam mama dengan abah.

Kesimpulannya,aku enjoy cuti ni.Alhamdulillah untuk segala kesempatan yg diberi.

Semester baru dah nak mula.Nak wish kat diri sendiri,All the best Maisarah,moga teguh dalam jalan yg diredhaiNya.Bismillah

p/s:post ni bukan untuk membanggakan diri sendiri ataupon sesiapa..Tapi tulus ikhlas dari hati.InsyaAllah.Moga Allah redha.=) wink wink

Thursday 3 January 2013

Kuih keria,ayam percik.onomnom.


Assalamualaikum wbt,

Kebelakangan ni berlegar-legar dalam kepala persoalan semenjak berjumpa dengan orang2 hebat.

Macam mana nak jadi orang hebat?
Macam mana nak jadi hebat?
Nak jadi hebat?Mampukah anda wahai cik Maisarah?

Tak cukup ilmu lagi.
Tahun 2013 datang,berlalulah 2012.
Bismillahirahmanirahim..
Setiap penciptaan setiap insan ada hikmahNya.
Tak salah nk berusaha.Memang kena usaha.
Yakin pada kemampuan diri untuk cari dan terus mencari.
Terima kekurangan diri.

p/s:sedapnyya kuih keria,sbb ada kawan minta resipi td.Sedapnya mama kata mama masak ayam percik hari ni.sobsob.Aku pulak masak spegeti letak bawang putih saja.Alhamdulillah.Lepas exam ni,maka lincahlah tangan ciptaanNya ini di dapur.Can't wait!!!