BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 30 January 2010

KOPI





Apabila bangun dari tidur,satu perasaan yang indah,senang,bahagia terdetik dalam diri ini.Walaupun tidurku tidaklah lena seperti malam2 yg lain oleh sebab aku telah minum secawan kopi yang telah disediakan oleh Laili.Memang sedap.Mungkinkah kerana mereka ingin pulang?ataupun aku telah tidur dalam sebuah mimpi yg indah? Disebabkan secawan kopi 'Jacob' aku tidur tidak seperti selalu.Malam tadi aku tidur dalam pukul 12 tgh malam.Selalunya masa tidurku pada pukul 10 malam.Aku sempat berborak-borak dengan Hani tentang masa sekolah kami.Masa sekolah aku?Memang suatu masa yg ingin aku patah balik.Aku sempat tengok bersama2 Hani dan Ahla video2 penglibatan aku dalam pancaragam dan gambar sekolah aku.Kini semua tinggal kenangan.Apa pun aku mesti teruskan hidup ini kerana masih ada banyak ilmu yg ingin aku terokai di luar sana.

Thursday 28 January 2010

annoying


Waahh..Tolong aku..Hidup aku dah macam tidak best sangat kerana aku mula dibelengu rasa menyampah 100% sejak aku ada jiran baru depan rumah ini.Segala gerak langkah dan perbuatan aku mesti dijaga lagi.Jiran aku ini memang ramah.Sampai aku naik segan.Dah la bahasa Rusia aku teruk.Dia pulak lebih ramah.Masa cuti ini dah la aku seorang.Takut pulak aku.Aku memang nak elak tetapi selalu jumpa.Apa pun kalau dia nampak aku mesti dia cakap zdrastvuitye.Aku pun balas la balik.Pagi ini aku pergi sarapan di rumah Laili.Aku pun dengan pantasnya ambil tudung dan keluar sambil pakai kain batik.Tengok2 dia ada dekat depan rumah.Sabar saja la aku waktu itu.Dia nampak aku.Aku pun nampak dia.Tetapi aku tak senyum pun.Aku pun terus kunci rumah dan mulakan langkah.Sudah aku jalan beberapa langkah aku terdengar dia cakap zdras..Aku macam pelik.Untuk siapa lagi ungkapan itu kalau bukan aku.Aku pon menoleh ke belakang.Nampaknya unkapan itu memang utk aku kerana dia sedang memandang aku.Aku pun dengan rasa terpaksa membalas ungkapan itu.Tetapi...BODOH..Nak tahu kenapa?Dia senyum sinis dekat aku sambil tengok aku pakai kain batik.Aku pun lantak saja la.Aku pun meneruskan perjalanan ke bilik Laili.Aku dengar dia ketawa besar.Mencarut aku-bodoh,bengap,bengok.Sabar saja aku.Apa pun aku sentiasa positif.Aku tidak malu pakai kain batik.Amat BANGGA.

1414




Sudah hampir seminggu aku cuti.Sepanjang masa ini aku habiskan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan 1414-Laili,Hani,Ahla,Moon.Nak tahu apa yang telah aku habiskan masa lapang aku ketika berada di rumah mereka??Aku ini hanyalah menumpang kerana semua housemate aku pergi makan angin di Mesir.Aku pula keseorangan di rumah 1426.Aku terus membuat keputusan utk melepak di rumah 1414.AKu banyak menghabiskan masa dengan movie2,makan2 dan mendengar rakan2 serumah itu mengarut.Memang seronok dan segala rasa kesunyian aku hilang.Itulah namanya kawan.Aku duduk di rumah itu aku hanya relax sahaja.Teruk juga aku ini.Tidak langsung membantu memasak.aku sekadar hanya membasuh pinggan dan memotong sayur.Tidak la membantu sangat.Apa nak jadi ni MAISARAH!!Walaupun hanya berada di dalam rumah,macam2 insiden telah berlaku.Hahaha.Antaranya ialah tengok movie seram.Yang aku tau,aku dan Laili x suka tengok cerita2 seram.Dan Moon,Ahla dan hani pula enjoy dgn movie.No komen.Bahagia aku cuti ni sebab,makan memang best.Mereka memang iron chef.Mereka masak masak lemak cili api,murtabak,lempeng pisang,mee hailam,roti canai.Memang hebat.Aku tidur di sana setiap malam.Walaupun tidur beralaskan comforter,tetapi aku tidur mati juga.Hahaha.Ada satu insiden yg telah menggugat maruah aku.Ini memang aku x puas hati.Salah diri sendiri juga sebenarnya.Pada suatu hari,sedang asyik aku mendengar karutan mereka sambil gelak ketawa,tiba2, bunyi ketukan pintu kedengaran.Aku pun dgn rela hatinya pergi menuju ke pintu bertanya siapakah gerangan di luar.Tetapi tiada jawapan.Aku semakin hairan dan ketika aku berfikir,dengan lantasnya dia membuka pintu.Aku semakin cuak kerana kepala aku tidak diseliputi dengan tudung.OMG!!Lelaki asing sedang memandang aku.Aku pun apa lagi.Menjerit sekuat hati.Aku sempat melihat muka dia yg dalam keadaan serba salah sambil mengatakan izvinite-i'm sory.Mungkin dia tersalah rumah.Terkejut kwn2 aku yang lain.Itulah kisahnya.Aku sudah mengambil pengajaran.Tidak kira apa pun aku mesti sediakn payung sebelum hujan.

Wednesday 27 January 2010

new determination


Aku amat besemangat nk masuk sem baru ini.Sebab aku ada azam baru.So i must achieve this resolution.Woohoo..b coz i hv my point n target.just wait n c..
1) super savers-nk jimat~~b4 nie amt mmbazir-nk bayar ostel..klu x tido kt luar
2)senaman lps bgun tido-nk fit..haha
3)voice out
4)hepy go lucky
5)rajin study-dont malas2
6)kurgkn tido..max 5 hours
7)need xtra additional notes
Last but not least-arap2 jd.insyaAllah..

holiday







Berakhir sudah semester 1.Apabila difikirkan balik.Penat rasanya diri ini menempuh alam baru di dunia yang asing.Namun diri ini tetap teguh menempuh segala susah senang.Istilah 'repeat paper' memang menguji tahap kesabaran,keseriusan dan kesungguhan aku.Mulai saat ini aku akan berjanji pada diri aku bahawa tiada lagi istilah ini dalam hidup aku.Biarlah aku dan tuhan saja yg memahami apa yang tertanam dalam hati ini.Yang sudah berlalu biarkan ia berlalu dan biarkan ia menjadi sejarah dan pengajaran.Mungkin itu lebih baik.Sekarang aku sedang menenangkan rohani dan jasmani.Aku tengah bercuti 'winter break".Winter break ini aku hanya berjalan2 di sekitar moscow.Aku telah menjejakkan kaki ke zoo.Memang satu pengalaman yg menarik kerana melawat zoo pada musim sejuk yang mungkin suhunya sekitar negatif 18.Waktu inilah aku betul2 memahami maksud "hibernate'..hahaha.. Selapas itu,aku juga menyertai rakan2 aku yang lain melawat muzium angkasawan.Sebagai perempuan,aku mengakui bahawa aku mmg x minat dengan roket,enjin2 dan sebagainya.Tetapi ada sesuatu yang menarik minat aku.Aku ternampak bendera Malaysia di situ.Bukan itu sahaja,malah profil Sheikh Muzaffar.I'm proud to be Malaysian.Hari masih siang.Disebabkan hari di moscow ini cepat gelap,aku dan rakan2 tidak melepaskan peluang utk melawat tempat 'ice scupture;..Kawan2 serumah aku semuanya pergi melawat Timur Tengah-Mesir.Kecuali Afiah yg pulang ke Msia.So aku tinggal seorang dalam rumah ini.Amat sunyi.Tetapi kadang2 aku pergi melepak di rumah Moon,Hani,Laili,Ahla.Makan sama2 dengan mereka.Aku sayang mereka sangat.Sekarang aku berada di rumah.Bosan sangat.Sebab itu aku tulis blog.