BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 22 February 2011

heart broken 3 kali dalam 1 malam

Assalam..
Hari ni cuti sempena hari pahlawan kat bumi rusia tercinta ni.Haha..
Mood nk study mmg out.Kawan-kawan yang lain semua buka buku kot.Aduhh.Jiwa kacau.Sambil dengar lagu have i told you lately that i love you.Lagu Amal bagi kat pakwe dia.Haha.Semua kawan aku in relationship.Aku bahagia jika mereka bahagia.

Baru 2 hari lepas aku heart broken.3 kali dalam satu malam.Aku dapat ketiga-tiga berita itu dalam malam itu jugak.Aduhh.X taulah mcm mna nk ckap perasaan waktu tu.2 orang itu ialah usrah mates aku.Depa dah tukaq usrah.Sedih kot.Mungkin b4 ni aku terlalu bergantung pada mereka.Bukannya apa.Kalau aku stress,aku akn mintak jalan terbaik untuk mengurangkannya.Jalan yang mereka bagi tu bagi aku tenang dan bertawakal padaNya.Bergelak tawa dengan mereka.Mungkin lepas ini mungkin sedikit susah utk berjumpa.Universiti lain-lain.Hmm,,ada hikmahnya.Siapa tahu.Orang yang ketiga ialah orang yang aku admire.Dah in relationship.Siapa yang x sedih kalau orang yang dia admire dah in relationship.Tapi tahap sedih aku x la smpai menangis atau yg lebih dasyat lagi menangis terguling-guling.Haha.

Hari keesokannya,aku menghadirkan diri dalam usrah seperti biasa.Gelak ketawa,berkongsi pendapat,membaca ayat al-quran.Tapi ada yang membuatkan jiwa ini berdetak.Tazkirah yang disampaikan oleh sahabat aku sendiri.Pasal sabar.Terasa tersentuh kerana semuanya telah ada aturanNya.Allah memang tahu aku perlukan sesuatu yang perlu membangkitkan dan menenangkan jiwa yang gundah ini.Sweet nya Dia.Salah satu nya ialah bersabar dengan dugaan hidup seperti kekecewaan,kesedihan dan musibah.Allah suka pada orang yang bersabar.Barang siapa yang mensabarkan dirinya maka Allah akan menjadikan dia orang yang sabar.Sabar itu separuh dari iman.Ibarat cahaya yang menerangi kegelapan dosa2 yang telah dilakukan.Apa itu sabar?mungkin sabar itu menahan diri dan melakukan perkara yang terbaik pada masa itu. Sabar bukan kerana takut,marah dan kecewa.Yang pasti sabar keranaNya.Mengadu segala kesusahan,kesedihan yang dialami kerana Dia lah sebaik2 pendengar.Allah memberi musibah kerana ingin menguji tahap keimanan hambanya,meningkatkan darjat hambanya dan rindu akan rintihan hambanya.Jangan mempersoalkan aturanNya kerna hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk kita.Semuanya sudah tertulis.Hanya bergantung pada kita memilih jalan yang terbaik untuk melalui dugaan dunia ini untuk mendapat keredhaanNya.

Sebagai manusia,kita lupa siapa kita-Hamba Allah...
Alhamdulillah...
Chaiyok Mai..

Friday 18 February 2011

Mai dah femes..haha

Assalam..


klik link di bawah =)

http://www.hmetro.com.my/articles/Diiringtentera/Article/


Thursday 3 February 2011

Egypt

Assalamualaikum WBT,,

Intro-sy x kenal sangat mereka semua-farahin,pqah,ika,wani,mira,sugan....
yg ni lagi la x kenal-along,uztaz malik,aiman

22 january 2011
Jam dah 430 pagi.Aku bangun lalu terus
bangunkan Nabila dan Afiqah.Aduhhh.Diorang ni tidur memang tak ingat dunia.Mana taknya.Pukul 6 pagi dah nak gerak pergi ke stesyen metro.Orang nak
pergi bercuti ke Turki la katakan.Tinggal lah aku seorang mengemas tongkang pecah.Ak
u rasa aku sesuai jadi suri rumah la.Haha.Pukul 12 aku keluarkan langk
ah dengan ayat ku
rsi dari rumah.Harap perjalanan pergi dan pulang aku
dipermudahkan Nya.IAllah.

23 january 2011
Bermalam di rumah Sugan.Nyenyak aku tidur.Sehinggalah aku bangun pukul130 pagi utk siap2 menunggu teksi.Menggigil dalam kesejukan ketika menung
gu teksi untuk ke airport.Cuak juga kerana driver taxi masih tak muncul selepas 30 min menunggu.Berkumpul di Sbaro setelah sampai di Domodedovo.Sampai di hotel Hurghada.Se
mpat berjalan jalan di sekitar Hurghada.KFC tempat pertama yg kami tuju.Sempat survey harga aktiviti sand safari.Beli shades,sim card.

24 january 2011
Naik van ke tempat safari.Serius panas terik.Tak rugi aku beli shades yg bernilai 165 egypt dolar.Haha.Aku memilih Suganti sebagai rakan Quad aku.Serius best naik benda ni.L
epas semua tension aku.Aku bawa macam org gila.Kesian dekat Sugan.Sorry Sugan.Waktu aku naik
Quad waktu malam,Bintang dekat sangat d
engan aku.Tak pernah aku rasa perasaan macam ini.Alhamdulillah.

25 january 2011
Bangun lewat.Sebab semalam amat la letih.Hari ini kami berjalan jalan sekitar Hurghada.Berhadapan dengan perangai orang Arab yang macam2.Sempat juga melaw
at Red Sea.Suka sangat.Aku suka laut.Sebab warna
biru.Sampai kasut ak
u basah la kata kan.

26 january 2011
Pukul 10 dah ada di 'go bus'.OMG.Aku kena duduk sebelah orang Arab.Tak sukanya.Duduk saja lah.Bukannya aku tahu pon nk cakap arab.Sekali dia bersuara,t
erkejut aku.Mantap gila speaking.Tergugat aku.Dah la mamat ni friendly.Apa yang aku dapat masa aku berbual de
ngan dia nama:Adel,umur:33,hobby:diving, mak dia org Indon,ayh org eg
ypt, work as aircraft engineer.Aku tak tanya lansung.Dia yang bg tahu,
LAwak la.Yang best lg.Dia tanya pasal kahwin.Memang x boleh belah.Malaysian boleh x kawen ngan nasionality yg laen?boleh x non muslim kawen ngan muslimah?malaysian women kawen umur berapa?Semua makanan dia bagi kat aku.Rasa rimas amat la sangat.Sampainya di Cairo,kami berpisah.Dia menghulurkan tangan sebagai tanda perpisahan.Aku pan
tas berkata nice to meet u.Haha.Air mukanya berubah.Aku agak dia faham yang aku mmg tak akan bersalam dengannya.Sampainya di perhentian bas,ustaz Malik menjemput kami.Lalu membawa kami ke rumah sewa yang bakal kami duduki.Sedang menunggu ur
usan antara tuan rumah dengan uztaz,kami sempat bergurau2 walaupun rasa
penat.Sehinggalah sekumpulan pelajar malaysia yang menjemput kami untuk berehat di rumah mereka.Aku yang sedang menunggu peluang utk ke toilet lalu memulakan langkah tanpa berasa malu
sambil meletakkan beg baju aku di satu ruang corner.Beg kwn2 aku yang lain juga tersusun
rapi di situ.Selesai urusan aku dalam toilet,aku dapati semua rakan2 ku ada dalam rumah.Aku
bertanyakan beg.Mereka berkata semua beg tersusun di luar.Niat baik pelajar2 mal
aysia menghidangkan makanan membuatkan aku tidak smpai hati untuk menolak.Sambil makan,beg kami dimasukkan sebentar dalam rumah.Tiba2 terdengar
suara ustaz dari luar yang baru saja pulang dari masjid menunaikn solat maghrib bersama kedatangn along dan aiman.Kami menuju ke restoran Melayu di sini.Aku sempat memesan nasi pataya.Serius puas.Kami menuju ke rumah sewa yang lain.Along,Aiman dan ustaz kembali ke rumah sewa yg tadi untuk mengambil beg baju kami.Aku mula sedar kehilangan beg baju aku ketika aku perasan yang beg baju aku tiada setela
h mereka bertiga selesai membawa beg baju kami semua ke dalam rumah sewa ini.Persoalannya,bila beg aku hilang?Masa aku ke toilet atau pun org teksi yg membawa beg baju yang ambil??

27 january 2011
Pergi melawat piramid.Memang tidak ku sangka.Akhirnya jejak juga kaki aku di sekitar piramid Giza.Terharu.SubhanAllah.Aku naik unta untuk kali kedua.Naik unta kali ini memang
mencabar.Untaku gengster.Haha.I miss u Jamal.Kami pusing satu Giza itu dengan unta.Tak pernah aku menjerit dengan ged
iknya.Tapi unta genster tu yang membuat aku terjerit-jerit saat unta itu bangun dan duduk.Ada yang takut naik unta.Naik kuda.Tapi terpaksa mengalah dgn ustaz.Haha.Perjalanan pulang dari piramid
mula
kabut.Ramai orang berkumpul ramai-ramai atas jambatan.Driver van yang paling
cuak.Kami yang lain teruja melihat keadaan sekeliling.Ramai askar, penduduk yang lain bersorak kuat.Sebelah malam kam
i melawat Nile river dengan menaiki Cruise.Ada besday girl,Wani..

28 january
Pergi makam,Hussin.Walaupun keadaan semakin genting.Tapi kami semua masih tida
k berputus asa untuk shoping sebelum pulang ke Hurghada.Jubah,cenderamata,keychain,shawl etc.Mengikut kata Along,kami boleh dapatkan semua benda ini dengan harga yang murah.Sampai di Hussin tapi kebanyakan kedai masih tutup.Mungkin terlalu awal.Along c
akap orang Arab bangun pukul 12tgh hari.Haha.Macam lawak saja.Jadi kami pun pergi withdr
aw dulu.Duit shoping aku dalam rm500 macam tu.Next kami pergi ke sebuah restoran arab.Makan makanan arab.
Aku makan Shish.Kami duduk di tingkat kedua.Sedang menjamu selera.Ramai orang Arab jalan ramai2.OMG.Mereka mengusung jenazah.Pagar besi di jalan raya yang rosak dimusnahkan ada kegunaannya.Seorang pak cik yang sudah tua bangka bersemangat mematahkan besi pagar untuk dijadikan senjata.Kemudian sekumpulan orang muda menolong pak cik itu mematahkan besi pagar.

29 january
Bergerak ke Alexandria.Keadaan di Alex tidak lah seteruk di Cairo.Train kami ke Alex dari Cairo sepatutnya pukul 6 ptg.Tapi perintah berkurung bermula pukul 4 petang.Apa kan daya.Tunggu dan tunggu.Jam 8 malam.Tapi kelibat train ke Alex masih belum kelihatan.Rusuhan di Train station.Cuaknya.Kami berkumpul di dalam cafe.Sampai aku tertidur tidur.Pukul 12 tgh malam aku dikejutkan.Train ke Alex dah sampai.Alhamdulillah.Aku terpaksa duduk seorang lagi.Tapi aku tak kisah pon.Dengan mamat Arab aritu aku boleh lepas.Haha.Tanpa aku rasa takut,terus melelapkan mata.

30January2011
Tiba di Alex pada pukul 4 pagi.Keluar dari stesyen,ramainya orang pegang kayu,askar,keta kebal.2 orang Arab yang memegang pedang menuju ke arah along.Apa la dia nak wat dengan along,aiman,kami 7 orang perempuan??Rupa-rupanya m
ereka mahu menolong kami untuk menuju ke rumah kawan along.Sampai setengah jalan,askar yang bersenapang tahan kami.Apa la pulak lepas ini?Askar itu pula yang membawa kami ke rumah kawan along.Kami me
lalui lebih 10 kereta kebal yang bersedia melepaskan tembakan bila bila masa.Sampai di rumah kawan along,rumahnya dikunci dari luar oleh tuan rumah.OK.Mana kami nak pergi lepas ni??Pagi pagi buta ni?Dah la perempuan kami ni.Lalu askar membawa ke tempat yang selamat.Hotel askar.Di sana kami berehat dan sempat solat berjemaah.Pukul 10 pagi kami bergerak ke rumah Farah.

31 January2011
Kami berehat-rehat di rumah Farah.Farah dan rakan serumahnya sempat menjamu kami makanan arab.Alhamdulillah.At least ada tempat perlindungan.Sempat lagi tengok cerita hindustan.Haha.Line telefon memang out.Amat mahal jika boleh call pon.Abah minta aku keluar dari egypt secepat yang
mungkin.ATM tutup.Makanan di kedai runcit semakin berkurangan.Internet down.

1 february2011
Bertolak ke airport Borg el Arab.Mengambil masa sejam dengan sebuah bas.Semua komputer system di airport down.Semua guna manual.Semua flight delay.

2 february2011
Sampai di Malaysia.Home Sweet Home.Reporter serbu aku.

Conclusion,,
Ini ialah 2nd xperien yang memang aku x boleh lupa.1st xperien aku yang paling best ialah waktu zaman aku masuk band masa zaman sekolah.Terima kasih Allah.

Characters:
Along-kawan kps abg ika,5th year,fasih berbahasa arab,tour guide yg takut naek unta,rajin bwk blk buku bila blk msia..haha
Aiman-junior kami semua,dentist,body guard mira
Ustaz Malik-Ustaz pon takut naik unta,bahasa arab amat hebat
Ika-manja kot..haha
Mira-mak wani,,amat berani,,
Farahin-banana
Pqah-cable car vs kereta kebal
Wani-dibuli,,besday girl on the cruise
Sugan-Suniti,,ramai org nk ngorat sugan..hehe
Mai-diam je..cinderella of the year..haha



Setiap detik dan waktu mempunyai memori,akan ku simpan teguh dalam ingatan.Semuanya menjadi kenangan.
Lagi banyak pengalaman lagi bertambah ketabahan ini.IAllah.

Selamat bercuti Maisarah~~
Buang semua benda yang sakit otak..
Mulakan hidup baru..
Yeayyy...
Aiii wahhhh..hahaha