BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 29 June 2013

Saya dah habis exam!!

Assalamualaikum wbt,



Bermulanya musim peperiksaan maka ada jugalah pengakhirannya.Detik-detik yang memang setiap orang akan tertunggu-tunggu.Sudah berlegar-legar dan bermain-main dalam kepala beberapa perkara yang kita ingin lakukan sebaik sahaja musim peperiksaan tamat.Mungkin ada yang sudah menyediakan senarai perkara yang ingin dilakukan.

Apa pun,jom kita mengucapkan tahniah kepada diri masing-masing yang sudah mengakhiri musim 'ëxam' dengan penuh istiqamah,usaha,doa dan tawakkal.Tidak salah bagi kita untuk memberi 'reward' kepada diri kita sendiri selagi kita tidak terpesong dengan tujuan kita yang sebenar .Jom kita membuat refleksi diri balik dengan firman Allah SWT :

Surah Al Inshirah,ayat 7 hingga 8:-

7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), 

8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Kadang-kadang kita terlebih gembira dengan mengejar perkara-perkara duniawi sehingga kita lalai dengan urusan yang mengingatkan kita pada hari akhirat.Kerana hidup di dunia ini juga ialah satu ujian kepada manusia,dan pengakhirannya ialah pada hari akhirat nanti.Reward yang kita hanya harapkan hanyalah syurga.Semoga kita tidak tertipu dengan hasutan dan bisikan dunia.Jom hayati erti mujahadah sebagai peneguh hati tanpa mengenal erti henti.Tanamkan dalam hati dengan penuh mujahadah,berdoa untuk melakukan sesuatu perkara dengan pasti niat keranaNya supaya amalan kita diberkati,diredhai dan bermanfaat pada yang lain sepanjang masa.InsyaAllah.

Thursday 13 June 2013

EXercises+Allah+Manusia=EX-A-M

Assalamualaikum wbt,



Buku-buku,nota-nota dah bertimbun atas meja,musim peperiksaan dah datang!Apabila di musim peperiksaan ini,masing-masing tumpukan perhatian pada ulangkaji(exercise)  untuk menjawab peperiksaan dengan jayanya dan untuk meng'upgrade'kan diri kepada tahap yang seterusnya.Jom kita mengucapkan tahniah pada diri masing-masing kerana mempunyai semangat untuk berdaya usaha demi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan untuk menjamin masa depan yang cerah.

Kadang-kadang,kita tak perasan pun,apabila tiba musim exam,sedikit sebanyak,ibadah kita pada Allah terjejas.Jom 'check'.Hubungan dengan Maha Pencipta haruslah kita jaga.Ibadah wajib perlulah dijaga dan tidak sengaja dilewat-lewatkan.Amalan membaca al quran,berzikir,berdoa,solat-solat sunat bukanlah untuk kita kurangkan di musim peperiksaan sebagai alasan tidak mempunyai masa.Padahal,segala ilmu yang kita cari ini,hanyalah milik Allah.Kepada siapa lagi kita minta ilmu ini jika bukan pada Allah?Di musim peperiksaan lah hati dan jiwa ini 'nervous',tak tenang, dan resah.Kepada siapa lagi kita minta ketenangan hati jika bukan pada Allah? Di musim peperiksaan inilah kita mengharapkan untuk menghafal segala info dengan senang dan cepat.Kepada siapa lagi kita minta untuk menerangkan hati dan akal jika bukan pada Allah?

Apabila terlalu fokus, kita terlupa tanggungjawab kita dengan orang-orang di sekeliling kerana terlalu asyik dengan persediaan menghadapi peperiksaan.Kita terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang saudara muslim kepada saudara muslim yang lain.Sebagai contoh,masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri tanpa bertegur siapa,mahupun senyum.

Kita haruslah mencari keberkatan Allah itu sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia,kerana keberkatan Allah itulah yang menjamin kehidupan kita kelak.Segala amalan kita sekarang yang menentukan keberkatan yang akan kita dapat.Jika kita mencari dunia itu sendiri,maka kita akan dapat dunia.Tapi kalau kita mencari akhirat itu sendiri,maka kita akan dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

Jom kita tengok firman Allah SWT,
Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia... (QS Ali Imran [3]:112)

Memang susah,tetapi apabila kita mulakan selangkah,InsyaAllah Allah akan bersama-sama kita jika niat kita ikhlas keranaNya.Semoga usaha yang kita curahkan untuk menggapai ilmu bagi menjawab peperiksaan bukanlah hanya setakat untuk menjawab peperiksaan sahaja,tapi ilmu yang kita dah peroleh itu  dapat kita manfaatkan pada orang lain dan mendapat keberkatan Allah sepanjang hayat kita.






Apabila teringat EXAM,jom kita ingat balik formula yang kita boleh ambil dari perkataan EXAM ini supaya kita tidak lalai.'EX' untuk exercises,jom buat banyak latihan dan ulangkaji.'A' untuk Allah,jangan pernah kurangkan ibadah anda akan tetapi jom kita tingkatkan amal ibadah kita.'M' untuk manusia,jom kita jadi saudara muslim yang mengambil berat akan saudaranya yang lain tidak kira di masa sibuk ataupun lapang.

All the best for exam!!
Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal pada Allah yang Maha Memelihara(Ya Muhaimin). =)