BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 31 December 2011

A warm morning in a cold winter

Assalam wbt..

A warm morning in a cold winter..

Rasa best when u make a pot of tea and milo,serve it,and get comments from others..eg:sedapnyaa,manisnyaa...hahaha

Syiok when u find someone comes from ur hometown,and she has the same accent just like u,she pronounces air as ayaq..weehooo

Bangga when u know who is easy to fall asleep in the middle of chatting..

Kagum when u know someone can hold his tongue eating super hot spicy sambal belacan.

Terharu when ur friends accompany u back till the metro.

Takut when this is the 1st time I sleep for 6 hours with my contact lenses!!But a friend of u convinces u that evrything will be ok.And when i woke up,evrything was fine.Haha

Excited to play darts till the a dart lost somewhere and i coudnt find it,but my friend tried her best to find it..

Well,i feel so happy when there is a relationship or the most accurate word here is ukhuwah.There is nothing wrong to build ukhuwah in a correct way and environment.Lets we find the opportunity and grab the ukhuwah.

Tomorrow 2012 is coming.And time will pass and pass.I'll grow older and mature.It is number 21!!!Really be anak dara like others say to me:my mama,brother,friends and aunty =)

p/s:Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya,be positive always,ada hadiah from Him..

Mulakan dengan Niat,Istiqamah dengan Niat dan Akhiri dengan Niat..

Saturday 24 December 2011


Assalam...

Walaupun aku mengejar masa..
utk study..cover subject2..
sebab...

Time is life itself and the person that kills time only kills their self..

Mama cakap..
Kalau kita berjaya,gagal semuanya disebabkan apa yg telah kita usahakan..
Sebab yang Allah tengok ialah pada usaha..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Rasa sebak sangat sebab rasa diri ini lemah sangat..

Tapi tak apa.
Yang Maha Penyayang dekat di sisi.
Never lose hope....

"......dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya org yg berputus asa dari rahmat Allah, HANYALAH org2 yg kafir" 12:87

Bismillah..

Saturday 17 December 2011

(^-^)v

Assalam..

Doa mak ayah tu penting..
Lagi berkat..
Jangan segan untuk berkata doakan akak mama,abah..
Semoga aku dan keluargaku sentiasa dalam jagaanNya..

Alhamdulillah untuk minggu ni =)

Thursday 8 December 2011

Full moon


Assalam..

Jam dah pukul 6.
Aku dalam perjalanan pulang ke rumah..
Hari dah gelap malam...

tapi..nampak satu ciptaanNya yang mengagumkan..

Berada dalam kelompok kegelapan,
yang memberi cahaya terang,
dan menerangi alam..

Ada kata kata yang tersirat dalam hati..
tadabur alam..

semoga diri ini dapat teguh dalam kepayahan,
menjadi insan yg berguna,
yg dapat memanfaat alam..

Terpaksa guna gambar yang diambil dari google picture saja.
Apa kan daya orang tiada DSLR..
Ni yang buat aku mcm nak sgt sgt sgt DSLR.
Tapi duit pon tiada.Jangan mimpi la Mai..haaahaaa

Monday 5 December 2011

bubur asyura vs banana split

Assalam..

Betapa nak makan bubur asyura.Teringat masa dekat sekolah dulu selalu dapat free.Kalau dapat aku lah orang yang pertama habiskan dalam kelas.Heheh..btw..bubur asyura tok paling best,ada nangka,pisang,keledek..nyum nyum..

Craving for bubur ayura at 4 am...
Tapi mana nak cari??
I took banana,i put nutella on it..
and lastly vanilla ice cream..

result:banana split??
apakan daya,bubur asyura tiada..banana split la yg ganti..hehehh

Selamat berpuasa sunat 10 muharam =)


“Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu
(dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

‎"Sesungguhnya Asyura adalah dari hari-hari Allah." (HR Muslim)




p/s:semoga hari ini lebih baik dari semalam.Bismillah

Wednesday 30 November 2011

Hari ini hari khamis =)


Assalam..

Apa yang berlaku masa lalu,

Apa yang kita ada masa lalu,


Tak sama apa yang akan berlaku pada masa depan,


Tak sama apa yang kita akan ada pada masa depan.

Masa depan itu ada masa lalu nya sendiri...



p/s:Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah usaha =)

sumber inspirasi hari ini:abangku..hoho

Tuesday 29 November 2011

hari hari yang datang =)


Assalam...


''Selagi bermanfaat,panjangkanlah umur yang mungkin,ingin melakukan manfaat sebanyak yang mungkin kerana Allah sayang orang yang bermanfaat''..

Kata2 seorang hamba Allah yang diambil dari video fb..
Tersentuh dengan kata kata di atas.
Rasa bersemangat nk hadapi hari2 yang datang.
iAllah..

kekuatan =)

Assalam..

Tazkirah diri untuk hari ini..

(Al-Anfaal 8:65):
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.


-->Hidup tak senang seperti apa yang kita jangka,bersabarlah kerana ada terselit hikmah dariNya untuk menguji kesabaran, sehinggakan kita juga tak jangka kekuatan yang kita ada.Bukan senang nak jadi mukmin.Hanya hambaNya yang kuat dan istimewa.Chaiyok!!

Fly like a butterfly,sting like a bee..

Sekian =)

Sunday 30 October 2011

Karipap











Assalam =)
Hehehh..Pagi yang indah ini aku buat karipap for the 1st time.Bangun tidur terus teringat karipap sebab semalam aku mimpi ada org kelim karipap.Huhu.Lepas selesai solat subuh terus aku berdoa semoga karipap aku jadi sebab aku nak nak nak sangat karipap.Alhamdulillah,urusan dipermudahkan,karipap sardin ku jadi,weehoo..
p/s:rasa bahagia sebab aku punya kelim tu jadi by my own hand,rasa inti sardin pon boleh tahan tambah2 pulak guna sardin rusia..not bad..haha..

Sebelum ni mama selalu suruh aku buat karipap,tapi tak terbuat buat pon sampailah saat ni.Winkwink.Mama!!karipap akak jadi,kelim pon cantik tapi tak secantik dan selawa mama buat.

Kelim tu jadi pon sebab masa kat rumah dulu mama selalu suruh akak cuba buat walaupun kelim akak amat amat buruk.Haha.Terima kasih mama!!

Saturday 22 October 2011

Untuk Masturah,yang terpelihara

Assalam....




This post is specially dedicated to a person...

I am enough with crying, today. Crying, and crying, and crying. Permulaan, dan penamat yang menyedihkan hari ini.' Starting tomorrow, my life is just like an empty bottle, floating on the surface of the se...

Akak rasa akak faham apa yang hang rasa.Sedih yang amat.Tears running down your cheek evryday,and wanna to cryin out loud.

When u must struggle for the exam,but ur friends are enjoying the most best trip ever-in Nanchang,China with 5 stars hotel,visit new place and experience new things.U miss ur lovely flute and picollo.But u are sitting on your chair,reading the boring books which lets u fall asleep suddenly.p/s:I dont mean to make u cry again.Hoho

Actually i also have experienced it.

BUT my sister,

Do not blame our father for not allowing u to go there.I'm very sure he has a reason.For ur future.He knows that before this u r very busy with ur band.And u sometimes left out ur lesson in school.He wants u to be succeed like abg zul,like me maybe.Haha.

One more thing,we should be thankful what we have now.

[Luqman:14]
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu-bapakmu, hanya kepadaKu lah kembalimu.

Teringat ayat Allah untuk kita, "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.

Allah is the best of planners.

Accepting the taqdeer.

Allah knows best.

How could we avoid being tested because it is the destiny of Allah. Which we can do is raise the level of our dependence on Allah as well as make every effort to solve the problem.

Life will be easier and peaceful if we follow this formula:

effortS+doa+tawakal

Allah want u to be strong this time.At this moment,forget all the sadness.And plan for your future.Chaiyok masturah,my sister!!

“It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong.

p/s:Selamat study adek!!hang boleh!!

IAllah,Allah always be with u.

Take care sister. =)


Thursday 6 October 2011

hb big bro!!

Assalam..


Alhamdulillah...
Dengan izin Ya Fattaah,Maha Pembuka..aku lulus mcq pharmaco arini..
wink wink..suka2..
Mana taknya..aku sempat buat revision tajuk adrenergic agonist sikit ja..
Lepas tu aku kalut duk practice lagu hepy birthday untuk abgku..
30 min sebelum ke klas aku sempat record dengan bantuan cik nabila..
trimas sahabat =)

Inilahh hasilnya,,my 1st video..huhu..
hepy birthday abgzul..satu satunya abg kandung yg aku ada..


Tuesday 4 October 2011

Mamaku comel

Assalam..


Sedang aku cuba beri perhatian pada bacaan ku..p/s:esok ada pharmaco..
Aku mendapat mesej fon yg berbentuk dan berbunyi begini..
As kum kak mama doa kak sihat balik rumah ka blum lagi ok kak mama dah nak tdur..
terus aku tersenyum dan rasa mama ku ni comel.
Sebenarnya mama tak pndai nak mesej.
Tapi kebelakangan ni Shia,my lil sister ajar mama mesej.
Lepas tu mama practice mesej ngan aku.

Mesej kat atas tu bermaksud:Askum kak,mama doa kak sihat..balik rumah ka blum?ok mama dah nak tidur..

Ya Rahim,,peliharalah ibu bapaku..
Ya Razzaaq,,permudahkanlah aku dan cukupkanlah aku dengan rezkiMu..

=)

Saturday 1 October 2011

slamat pg weekend!! wink wink

Assalam..


Dload lagu korea,industan..
habiskan lecture notes..
basuh baju satu baldi-mmg akn saket pinggang
kemas umah..
usrah...
wuuhhhhh...

mmg suri rumah yg bekejaya..wink wink

bismillah...

si piano

Assalam...

Malam ni malam weekend..lepas skype ngan mama..terus saja aku bukak you tube..mana taknya..lagu winter sonata masih terngiang2 dalam otak aku nihh..masa aku blaja violin dulu,cikgu aku pernah mainkan lagu winter sonata dengan piano..serius aku jatuh hati..Sir Ken..huhu..dah la masa tu winter sonata tgh meletup..aku ingat lagi..aku bermonolog..kan best kalau ada org mainkan lagu ni untuk aku..macam dalam cerita korea..boyfriend mainkan dekat girlfriend..waaa...nak nak..


Tapi apakan daya.Siapa lah yg sudi nak main kan dekat aku lagu winter sonata secara live.So since umah baru aku ni ada piano,,why not kalau aku yang main utk diri seniri.

Nampaknya aku lagi dominant dalam piano..Aishh..mcm mana ni..apa nasib violin aku??aku dah janji ngan abgku yg aku nk improve skill violin.Tapi jadi lain pulak.Terjumpa si piano.

Doesnt matter laahh..asal muzik..

i'm done!! winter sonata full song!!
tp right hand saja.aku main melody saja..
tangan kiri x terer lg..x pa..kayuh pelan2..
apa pon..aku hepy dpt main lagu ni utk diri seniri..

ok..nak makan malam..malam ni cik afiqah masak.
mesti sedap..suka2..


Thursday 29 September 2011

hari yg baik walaupun tidak

Assalam...


Dah lama tak menulis untuk diri seniri..
Pusing kepala den blajar ECG punya reading..
nasib baik yg ajar tu dr yg baik lg kacak.
Hehehh...

Hepy tgok abgku yg bru ja dpt kerja..
walaupon badan dya kecik ja..
tp smart bila pkai coat..
abgku ialah driverku masa kat aloq staq..
driver yg paling best!!
haha..

Sedeh sbb x sempat nk wat koloq pharmaco arini..
hukhuk..

suka lagu maher zain for the rest of my life..
klu skali tgok vdeo rasa mcm lagu ni x best..
bnyak2 kali bila tgok..rasa best..
ada mesej yg tersirat..
berusaha sebelum bersedia bak kata kawanku.

tengah denga lagu cinta muka buku..
walaupun bnyk org ckap lagu ni annoying..
tp bukan bagi aku..
aku suka!!!

on the way nk p masak..
matahari dah nk terbenam..dah pkol 7 mlm..
lps matahari terbenam..semuanya akan jadi gelap gelita..
sbb lampu terbakar!!!
apalah naseb..

hehe..

go go go SARAH!!!
bismillah =) =) =)


Thursday 28 July 2011

Holiday Saya =)



Assalam...


Woohoooo..Pengalaman yang memang aku tak boleh lupa..
Snorkling.Serius macam tak percaya aku snorkling dekat Pulau Payar.
Dah la aku tak pandai berenang.Nasib baik ada Nabila
yang pandai berenang yang tolong ajar aku snorkling.Snorkling
ni amat best.Kalau ada peluang nak p lagi.Boleh tengok ikan,bat
u karang, dan lain2.Anak Ikan yu berenang -renang dekat kaki ku.Dah rasa diri ni macam ikan duyung pon ada.Slalunya bila buat essay masa
skolah dulu selalu guna 'crystal clear water'..Sekarang baru aku paham maksud tu betul2..weehoo..

Bila berjalan sendiri ini,mestilah kena tahu jaga dan bawa diri.Macam2 jenis manusia aku jumpa.Sabar saja la.Ada yang friendly,educated,x educated,yg gentleman,yg jenis nak cekik darah,yang nak ambil kesempatan.Wahaha.Nightmare pon ada jugak.Tapi tak pa.Pengajaran.


Oklah.Di samping itu,aku belajar memancing dari seorang abang ni.Sebab aku excited sangat nak memancing.Sebelum ni mana pernah
memancing.Biasala orang yang keja kat pulau ni.Terlebih ramah dan mesra.Nak tau dak dia kata apa kat aku?Adek,pancing elok2..jangan pancing abang ni dah laa.Sengal aku dengar.Janji aku dapat ikan pertama hasil tangkapan aku.
Wink wink..sukanya..



Haahh..Tengok gambar yang aku rendam kaki nih.Ni aku rendam dalam Tasik Dayang Bunting aka Pregnant women.Ada sumber mengatakan
kandungan mineral dalam tasik ini
boleh menambahkan kesuburan wanita.Ada orang yang dah 10 tahun
susah nak melahirkan anak,lepas mandi dalam tasik ini terus ada anak ramai.Tapi itu semua kerja Allah kan.

Apa pun.Alam memang cantik.Tenang saja rasa.Pulau2,air laut.Hmm macam best ja kalau honeymoon kat tempat2 macam ni.Apa kurangnya.Haha.Mungkin sebab aku suka laut.

Happy Holiday semua =)

Sunday 24 July 2011

give me 10 reasons why u refused to do CPR?

Assalam...


Dah 2 minggu buat practical dekat hospital ni..
Pada tanggal 19/7/2011...
Aku membuat round dekat kecemasan.
Selalunya aku ada dekat bilik kegemaranku,bilik procedure..
Sebab dekat sinilah tempat cuci luka,jahit2,pasang RAS tube,CBD..
Tapi hari ini aku membuka langkah pergi seorang ke Red Zone..
Aku nampak satu bed ini tertutup rapat dengan langsir.Aku pon masuk la.
Satu team yang terdiri daripada dr pakar,MO,HO,MA,paramedik tengah sibuk selamatkan satu nyawa.
Ada yang buat intubation,bagi oxygen,ada MA yang tgh buat CPR..
1st time aku tengok orang buat CPR live.Agak dasyat la compression yang dibuat tu.
Masa tu MA tu cakap dia dah tak larat nak teruskan chest compression..
Lepas itu next MA pon sambung.Lepas 2 cycle macam tu nurse pulak yang buat.
Lepas tu nurse tu cakap dia pon dah tak larat.Tiba2 ada seorang dr ni point kat aku.Suruh aku sambung.Aishhh.Dah la ni 1st time aku tengok orang buat CPR.Belajar pon tak pernah.Dr tu suruh aku amik glove.Get ready.Lepas tu Dr yang point aku tadi tu pon keluar.Aku pon lepas nafas lega.Biar saja abang MA tu yang sambung buat.
Inalillah....Patient tu dah meninggal dunia..Pulse dah tiada..Heart rate 0..
Semua doktor berhenti menyelamatkan patient tu.Mereka sudah melakukan pelbagai cara dan sehabis upaya.
Tengok2 dr tadi masuk balik.Terus tanya aku awak buat tak CPR?serius cuak yang amat.Dah la banyak dr lain,MA,nurse,student nurse..
Aku pon mengaku la aku tak buat.
Soalan yang buat aku rasa macam kena sabar banyak2...
GIVE ME 10 REASONS WHY U REFUSED TO DO CPR?
Waaaaaa..Aku pon cakap laaa 3 alasan..aku takut,aku tak pernah belajar,aku memang tak tahu.

Dia pon cakap-sebenarnya patient tu dah mati lama dah.Saya suruh awak buat CPR tu sebab nak bagi awak peluang belajar.

Aku rasa macam down sangat2..

The next day..ada seminar pasal kecemasan..actually seminar tu utk kakitangan A & E..tapi kami yang medical student pon p menempek buat muka tak malu..Siap ada tunjuk cara nak apply CPR..aku belajar dan tengok betul2..lepas tu aku try pulak buat dekat patung...

Balik dari seminar tu afiqah ajak p deparment dia-medical..Aku dan nabila pon ikutla.Tengok2 ada seorang mak cik ni diberi bantuan CPR.Aku tengok pada mulanya.Bila doktor tu panggil untuk buat CPR.Aku dah tak fikir panjang.Tak salah kalau aku cuba.At least aku cuba nak selamatkan mak cik ni walaupun di hujung nyawa.Lepas ni ramai lagi orang yang perlu diselamatkan.Aku nekad masa buat chest compression tu.Tak mahu kejadian yang kena marah dengan dr tu berulang.Waktu ni juga aku belajar.Aku berjaya melakukan chest compression buat kali pertamanya..setelah habis 1 cycle aku pass pula kepada nabila..

Inalillah..Allah lagi sayangkan mak cik tu..

Banyak yang aku dapat masa kat hospital ni.Walaupun tiap2 hari berjumpa dengan orang sakit,tapi seronok bila mendengar keluhan mereka.Seronok berjumpa dengan mak cik2,pak cik2.Ada yang panggil aku doktor pon ada.

Insaf menemani diri ini setiap hari..

Saturday 9 July 2011

I know nothing

Assalam..

Makin hari makin meningkat usia.
Saat demi saat.Semakin dekat dengan dunia sebenar.
Kadang kadang menjadi persoalan.
Apabila manusia pandai berkata kata.
Tanpa melakukan kerja.

Kemudian menunding jari pada si dia dan si dia.
Tanpa kata yang kukuh.
Aku menunggu jawapan.
Kerana aku memang seperti pucuk.
Yang baru tumbuh.
Ingin belajar.
Untuk menjadi kuat seperti pohon yang matang.
Manusia oh manusia.
Sampai bila dendam,dengki,bongkak perlu wujud dalam kamus kehidupan.
Jikalau institusi keluarga rapuh.
Apakah mampu menuntut bela nasib saudara Palestin sana?
Individu muslim itu penting sebelum keluarga muslim,masyarakat muslim,negara muslim dan seterusnya.
Sampailah Uztaziatul Alam-World Order =)

Monday 27 June 2011

A thousand words

Assalam....

Waaaa...dah lama x tulis blog...
Sejak mood final exam untuk second year ni...Amatlaa sibuk...Study..i love u ok!!haha
Next semester i'll be the 3rd year medical student..Congrates utk diri seniri..
Alhamdulillah..Segala puji bagiNya..

1)Usrah terakhir untuk semester ini.
-berpisah dengan kak Syai.Kak Syai dah final year.She will be back home to serve as a doctor.Kak Syai,gonna to miss u.Ingat lagi,masa 1st time aku jumpa kak Syai.Dekat summer
camp.Smpai la menjadi teman seperjuangan usrah bersama.Kak Syai yang hepy go lucky.Saya sayang mereka.Mereka sweet.

2)Tengah2 aku bz nk final ni.Tiba2 husband kawan mama datang Moscow pulak atas urusan bisnes.Mama pulak menurunkan perintah agar aku pergi jumpa uncle ini.Kalau orang datang tempat kita.Kita kenalah sambut.Aku pon menurut perintah.Siap masak nasi goreng bawak pergi jumpa uncle tu.Yang nak habaq kat cni.Aku rasa lawak.Tapi best bila jumpa orang Malaysia yang datang atas apa2 urusan di sini.Apa agaknya dia cerita dekat wife dia nasi goreng aku.Haha.

3)Waktu aku kalut nak cover semua tajuk,band competition pulak.Adikku masuk jugak.Serius nak jugak pergi tengok depa lawan.Tapi apakan daya.Aku di benua Rusia ini.Layan video yang orang upload saja la.Tengok vdeo
pun meremang.Tambah la kalau live.Mama dengan abah semangat pergi stadium p sokong
Masturah.Bagus.=).Theme untuk kali ini ialah Mulan.Such a very very very impressive formation.
Ni la junior2 yang pernah aku practice sekali.Yang pernah aku buli.Sekarang dah jadi
golongan senior sudah.Bangga.

4)Time exam la aku heart broken.Benarlah kata2 kita merancang tuhan menentukan.Ini violin punya pasai.Aku
siap suruh kak Far belikan dekat aku.Minta score dekat dia.
Tinggal nak transfer duit saja.Tengok2 tuan rumah buat hal naikkan sewa.So kena postpone dulu.Remuk hatiku.Tak apa.Aku pasti akan dapat jugak wahai violin.Sabar itu separuh dari iman.EUROSTRING.I am waiting for u ..

p/s:hepy.lusa nak balik aloq staq tercinta.My hometown.

Saturday 18 June 2011

Make a step to the front


Assalam....


Ok..
I did it..
I mean i really did it..
Woohoooo..
To forgive someone.
I forced myself to make a sincere smile.
No more burden to carry on..
To hate somebody bcoz of his/her badness..
Just forget about it.It is already has become a part of my past.
Me also sometimes do and repeat the same thing..
Do mistakes.
Nowadays,who dares to say 'i've never do mistakes'?
We do mistakes.
We could learn more from our mistakes.

p/s:Allah give and forgive.Human get and forget..


Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Yaitu) orang-orang yag menafkahkan (hartanya), baik diwaktu lapang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. Dan (juga) orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang yang beramal (Qs. Ali Imran 133-136).

Sunday 5 June 2011

Specially dedicated to her


Assalam...


Nervous..Stress..Tension..
I have a biochemistry test tomorrow..
After performed solat Asar..
I received an instant message from her..
She asked me to read her new post..

I clicked..
And...I saw these pictures...


I smiled.Seriously.And i keep smiling..It was a wonderful feeling..
I am so touched.Hukhuk.Like seriously i was nearly in tears..The post was really work.
Thank you for the exam wishes..
I really appreciate it..
And now i feel like to work harder.Chaiyok.






For additional info plis refer to this link http://aremarl18.blogspot.com/2011/06/dua-benua-berbeza.html

To Mr.Brisbane and Miss Queensland..Pliz take care of her..wink wink..

Specially dedicated to AMAL HAYATI-a great lawyer to be soon.

Friday 3 June 2011

Congratulation


Assalam...


Everytime when i see Muslim couples (russian)..
I feel like to smile.They have their own happiness..They live in peace..
Compared to couples without the bond of marriage..No limitation of behaviour between them..

Btw..congratulation to my cousin Abg Naim..and his lovely wife,kak Mysarah.
May Allah bless you with happiness,togetherness and love..
Ameen..

Something cross in my mind suddenly...
The ideal future husband..
Ehh..forgot one word..
The Ideal Muslim Future Husband.

Hmm..my answer is simple and easy..
No need 1001 points..
Just remember our best role model,our beloved Rasulullah SAW..

How about me??When will be my turn..
Well..the time will come..
Waaaa..cant wait..hohoho

Wednesday 1 June 2011

Stay cool on a hot day..wink wink


Assalam...


On the way back home,i enjoyed one of my fav ice cream-caramel instinct..very yummy..Today is a hot day..I don't know why i keep complaining about the hot day.As an ex-SASBAND i had experienced such a hot day.Stand under the hot,sunny sun every evening.The sun does give me sun burns.It makes me feel thirsty and dehydrated.Complain.Complain.Complain..Maisarah,does it really matter ??You should give thanks to Allah.This is only the heat of 'Dunya'..

And say, "The truth is from your Lord, so whoever wills - let him believe; and whoever wills - let him disbelieve." Indeed, We have prepared for the wrongdoers a fire whose walls will surround them. And if they call for relief, they will be relieved with water like murky oil, which scalds [their] faces. Wretched is the drink, and evil is the resting place.(Al-Kahf:29)

May Allah (swt) protect us from harm and guide us to the straight path.May Allah grant us to heaven and protect us from azaab of hell..Ameen

Tuesday 31 May 2011

A flower for a good day


Appreciate Allah's creation.A natural gift from Him. ♥♥Wardah

Woot woot



Assalam..


Its a very long time for me not to post something in English.Ok..let me ask about myself..How are you Mai?I'm fine thank you..
Ahaaa.. Want to share something..I am listening to for the rest of my life by MZ..MZ??Maisarah Zaini??Of course not..Surely not..Maher Zain..hehe..for your info,i am a big fan of Maher Zain..
Every time i put my headset on and listen to this song..I can feel the love, happiness,and thankfulness..
I will be the most lucky person if somebody sing this song for me.Not me only.But all women will feel the same thing.
For my future hubby..Please take note.If u refuse to sing this song to me,please invite Maher Zain to our wedding ceremony ..Ahaaa..If there is sleep walking term..is sleep-blog posting term exist?Am i?haha..

Sorry for the nonsense posting..Well..This is Mai..Actually i'm waiting for torrent to download HOUSE.But about 1 hour 40 min left to be full downloaded.What should i do now?Star-D??can i have something else to do rather than that??It is very hard for me to open my book..Although final exam is just around the corner.But u know Maisarah..Star-D is very important.It is not just to answer for an exam.But..

"Allah will raise up, to (suitable) ranks and (degrees), those of you who believe and who have been granted knowledge. And Allah is well-acquainted with all you do."

(Qur'an, Al-Mujadilah 58:11)

Istighfar..

p/s:sorry for the broken english..wink wink



Thursday 19 May 2011

Jalan jalan petang


Assalam...


Bestnya..
Jalan pulang ke rumah dari metro..
Angin bertiup..dah la aku pakai skirt hari ni..skirt hanya mengikut arah angin..
Jalan sorang2..Memang melayan perasaan..
Best perasaan ini..wink wink..HAHAHAHA
Baru balik dari kelas la kata kan..

Namun,berjuta mamat rusia yang hensem melepasi aku..
Pandangan aku hanya tertarik pada suatu benda..
Yang di sebalik rumput rumput hijau..
Warnanya yang terang,ceria..
Tersenyum aku melihatnya...bunga rumput..

Siapakah pencipta bunga rumput yang menarik hati ini??
Walaupun di sebalik rumput..tapi mampu menarik hati ini..

“Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah; 29)

Alhamdulillah..



Saturday 14 May 2011

Epal..


Assalam...

Sedang aku nampak buah epal yang masih tak luak yang aku beli seminggu yang lalu..Aku tiba2 dengan konfidennya potong buah tu masuk dalam blender + fresh milk+condense milk..nk mkn terus malas..tak nak membazir la katakan..

Dahl ah potong besar2..memang x blend epal tu..bunyi blender punya la dasyat..aku pon potong la buah tu kecik2..greng greng greng........siap...mcm shake...tp warnanya x menarik...sekali aku minum..kembang tekak aku..

Aku dengan cara paksaan memaksa diri minum jugak..membazir tu amalan syaitan..gruk gruk..aku habiskan buah epal yg x sempat hancur..shake aku lg yang setengah lagi memang dah x boleh habiskan..pelikkk...

Aku campak dlm sinki..basuh gelas aku itu..

Dalam hati;Apa hang buat tadi tu Mai???Ikut hati tanpa tengok resipi..mcm ni hasilnya..aishhh

p/s:sebab itulah kalau nk buat apa pun kena ada panduan..ini baru nak makan..tak masuk lagi cara hidup..

‘Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.’(An- Naml:77)

p/s:Al quran itu meliputi segala-galanya..begitu juga sunah2 nabi..sama2 la kita beramal..=)

heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......

Thursday 12 May 2011

wardah~~


Assalam...


Inilah pokok bunga pertama yang aku tanam...
30/4/2011...
Ada insan yang amat suka menanam pokok...
Siapa lagi kalau bukan mama..
Rumahku dipenuhi pokok2..
Setiap pagi mama akan bangun pagi untuk menyiram..
Bila malam..mama menenangkan fikiran dengan meluangkan masa di luar dengan angin yang nyaman..
Pernah aku bertanya..kenapa mama suka tanam pokok??
Tapi mama rasa tenang bila mama bad mood atau bosan..

Tapi itu masa dahulu..
Sekarang aku dah paham perasaan itu..
Setiap pagi..ada satu perkara yg perlu aku buat..
Selain gosok gigi,mandi,breakfast...
Siram pokok bunga...
Teman serumah gelak saja kat aku..
comelkan???
bila kita menjaga pokok yang juga makhluk Allah...
Rasa seronok tengok pokok..sebab pokok bertasbih kepadaNya all the time..
Tak macam manusia yang sentiasa lalai dan leka dgn dunia..Istigfar..

“Bertasbih kepada-Nya langit yang tujuh dan bumi serta segenap isinya. Dan segala makhluk bertasbih dan bertahmid kepada-Nya, akan tetapi kalian tidak mengerti cara tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar dan Maha Pengampun.” (Al-Isra’: 44).


Pokok aku yang pertama ni species golden rose..
Wardah itu dlm bahasa arab..dlm bahasa melayu nya bermaksud bunga rose..
Bila aku cita kat mama yang aku tanam pokok..
Mama x gelak pon kat aku siap bagi tip2 nk jaga pokok lg...
Mama lawaklaaa...haha

Harapan:semoga pokok ni berbunga...sama seperti apa yang aku harapkan untuk cita2 aku yang lain..

IAllah..

Wednesday 20 April 2011

galina blanca-pes tomato spegetti

Assalam...


Pada pagi yang indah ini...
Saya makan spegetti...
Teringat dulu masa kecik2..
Nak sangat makan spegeti selalu..
Selalu request kat mama..
Tapi jawapan mama sama saja..'bukannya sedap pon'..
padahal bagi aku spegeti tu sedap dan makanan orang kaya...
mama pulak selalu buat mee goreng...
Haha..
Tapi skrg baru lah aku tahu realiti sebenar..
Aku makan spegetti bila aku malas sgt nak masak..
Bukannya sedap sangat pon..
ia hanyalah makanan untuk orang yang malas mcm aku...
apa susah..rebus spegetti,hanya masukkan pes tomato dlm tin dalam pan..
Lepas tu makan...
aduhh...nak mee goreng yang dibuat penuh kerajinan...
haha...

p/s:Seburuk mana pun seseorang itu, anggaplah buruk lagi diri kita dan jika orang tak suka kita, kita sebut ALHAMDULILLAH. Jika orang suka kita, sebutlah ALHAMDULILLAH juga. Ketahuilah bahawa ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...♥

Monday 18 April 2011

bye bye kawan @ Assalam kawan

Assalam...


=) =) =)
aku terharu membaca post adekku seniri...http://smzbloggie.blogspot.com/2011/04/forgiveness.html
pasal kemaafan...
memang kena pada jiwa kacau sekarang..
arigatou kozaimas mushroom~~
hang sempoi laa weyhh..akak suka...
dalam keinsafan itu..ada juga terselit gelak ketawa bila baca post hang..
comel la adekku sorg ni...Alhamdulillah...

Pernah saja aku terfikir..
OK..the end..
tima kasih sebab jadi kawan saya..
Tapi itu bukanlah jalan penyelesaiannya..

p/s:Allah tetap di sisi walaupun berjuta kawan membuat pelbagai ragam...
Sabar itu indah...ukhuwah itu manis...suka2 suka2 suka2..
Chaiyok!!!

Buah oren beku

Assalam.....


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!
Nk shout out kuat kuat kat sini...
Baru buat puding roti..Tapi x jadi..pandai2 pegi tapis tu buat apa..kan dah hilang rasa..
Teringin nak makan buah oren..potong2 terus makan..biru muka..Sejuk gilaaaaa...sebab beku..
Nak belajar malas...
Aduhhhhhhh...

Hahhhh...Hari ini ada rehearsal menari2 sempena konkurs nanti..
kurik kundi lagi tu..macam tak percaya saja aku join..once in a life time bak kata mama aku..
Kepada CC yang membaca..jgn gelakkan aku nahh..haha
Pesan mama lagi;jgn sampai melekakan dan melalaikan diri..
Aja2 fighting Mai..chaiyok2..

p/s:setiap benda yg berlaku ada hikmah nya..sabar dan cuba ikhtiar untuk buat sekali lagi dengan lebih baik..Pasti ada yang terbaik ..ikhlas dalam menjalani kehidupan keranaNya..kerana Dia lebih mengetahui..Semoga landasan hidup ini tak tersasar dari landasan yang telah ditetapkanNya..Aminn..iAllah
Harap hari ini lebih baik dari semalam..

Friday 11 March 2011

Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya

Assalam....


Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya???
OMG Maisarah....
Tiba-tiba zooooppp terlintas dalam fikiran aku...
Masa aku memegang segenggam berus gigi-colgate,oral b,trista,etc...
Sebab pening nak buat pilihan yang mana satu...
Nak jaga gigi la katakan..Haha
Sesudah membuat pilihan colgate 360...
Yang lain dalam tangan itu...Aku letak ja kat atas rak itu..Tak seperti susunan asal yang aku ambil tadi..Hehe..minta maaf ASHAN...

Ok..back to the main point..
Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya...
Teringat masa zaman sekolah dulu..
Aku tak pasti bila..Tapi yang pasti...masih terngiang2 apa yang aku baca masa ustaz ajar
dulu..
ZALIM dari segi istilah ialah tidak meletakkan sesuatu di tempatnya..

Kalau sebut saja zalim,mesti ingat orang jahat,tak adil,kejam,penindas...
Tapi mungkin boleh kena pada diri sendiri kan...
Walaupun diri ini tak pernah mencederakan,memudharatkan makhluk Allah yang lain...
Atau mungkin yang lebih teruk lagi jika zalim kepada Allah seperti syirik,buat maksiat....
Istighfar...
Tapi tanpa kita sedari....
Istilah zalim itu juga mempunyai maksud tersirat..

Cuba flashbackkkkkkkkk....
Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya........
1)ambil air dari peti ais tapi x reti2 nk simpan balik
2)buang sampah rata2 (sepatutnya smpah dalam tong)
3)suka letak towel rata2 lepas mandi..
etc..
p/s:ini la benda2 yang tiap2 hari mak aku berleter dalam rumah masa aku kecik2 dulu..hehe

Aduhh...Perasan tak..
Kalau dalam kehidupan seharian tu..
Banyak saja diri ini buat zalim...

Apa pun...Islam itu sendiri indah...
Kalau kita berusaha meletakkan sesuatu tempatnya..
Maka tiadalah berlaku kezaliman,kekacauan,huru hara,
Apabila kita meletakkan kembali ke tempatnya..
IAllah semuanya akan kembali seperti sedia kala..
Apabila difikirkan balik...
Apabila meletakkan sesuatu kembali ke tempatnya...
Maka tiadalah istilah tongkang pecah...
Islam mementingkan kebersihan dan kekemasan..

Moga2 diri ini tak berlaku zalim...
Berusaha meletakkan sesuatu di tempatnya..
IAllah..
Allah sayang kepada orang yang meletakkan sesuatu di tempatnya..
Samalah kejadian diri ini..
DiciptakanNya dan kepadaNya lah tempat kembali.....

Sunday 6 March 2011

The road to change =)


Assalam...


Kenapa perlu berubah???
Allah sayang sangat hamba-hambaNYa..
Tambah2 lagi kalau Allah memberi petunjuk dalam mimpi,melalui peristiwa yang berlaku depan mata...
Allah memberi petunjuk demi petunjuk untuk mengubah hati dan supaya kita berfikir...
Sampai bila perlu kita menangguh-nangguh??
Sehingga datangnya nafas terakhir atau hari kiamat??
Baik dan jahat di pandangan manusia??
Abaikan..Yang penting pandangan Allah...
Sampai bila kita tak nak berubah...
Nak jadi jahat sampai bila2??
Usaha yang penting....
Alangkah bertuahnya jika mendapat teguran dan petunjuk Allah..
Berbanding orang yang mengulangi kesilapan yang sama...
Jangan biarkan teguran Allah itu berlalu..
Jangan tunggu sampai hati tertutup untuk menerima hidayah..
Istighfar....
Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (QS Ar-Ra’d [13]: 11)

Peringatan untuk diri sendiri juga..
Ya Allah,,tabahkan hati ini untuk menolak mazmumah..
dan dekatkan hati ini dengan mahmudah..
Amin...

Saturday 5 March 2011

Saudaraku saudara kamu juga =)



Assalam....


Hmm..
Tak tahulah..sejak beberapa hari ini memikirkan nasib2 saudara di Palestin..
Kita bersaudara kan..

Sebut pasal saudara ini..mengingatkan aku pada abang Zul,Mastura ngan Shia..
Bayangkan kalau mereka yang berada di bumi Palestin..
Abang Zul yang stailo,menjaga penampilan..di Palestin mungkin tiada lagi gaya dan rupa kerana semuanya dipenuhi luka..
Mastura yang suka sangat mengalunkan lagu dari 'flute'..mungkin akan mengalunkan teriakan dan tangisan kebebasan..
Adikku yang bongsu,Shia yang baru belajar memetik gitar..mungkin akan belajar memetik senjata..

Aduhh..takutnya apabila difikirkan balik jika meletakkan saudara kandung kita di tempat mereka.Apa yang akan aku lakukan??.Terasa lebih insaf jika mletakkan dan membayangkan saudara sendiri di sana.Kita yang hidup bersenang senangan ini jika ditimpa satu musibah yang kecil banyak persoalan yang kita soalkan.Mana erti syukur dengan nikmat yang sedang ada dikala ditiimpa musibah?

Islam sesama Islam adalah saudara..
Kita bersaudara..
Apa gunanya pergaduhan sesama keluarga,sahabat sendiri??
Manusia serba kekurangan,,
Apa salahnya memberi dan meminta kemaafan?
Egokah kita sebagai hambaNya???
Istighfar..
Apabila bersaudara mesti ibarat satu keluarga..
Bersatu..
Ya Allah,,peliharalah saudara2 ku di bumi Palestin..
Amin...