BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 29 December 2012

post selepas solat magrib sebelum masuk isyak =)

Assalamualaikum,
Heeeeeeeeeeee..
Ni time rehat sebelum tidur n study.
Time nak tunggu masuk waktu solat isyak .

Hak memilih antara yang hak dan batil kepada diri ini.Jangan wujudkan dinding penghalang untuk memilih.Rugi.Fikir dan renung.Jangan biarkan keseronokan mengamburi mata,keselesaan menyelubungi diri,kesusahan mengguris jiwa tatkala senang atau susah.

Tak semestinya sepanjang masa perlu bersuara kerana mereka.Tapi mungkin suara hati itu jauh lebih baik.Bukan semua kata-kata perlu bersuara.

Bukanlah masa untuk mengadili siapa yang lebih baik.Aku atau dia.Cuba tengok diri ini suatu sudut pada masa dahulu.Pasti ada sesuatu.Yang mungkin kita pernah kesal.Kalau boleh nak sangat si dia rasa apa yang aku rasa sekarang.Aku,dia tak sempurna.Saling memahami dan saling menyempurnakan.Itu kasih sayang.

Orang yang sudah kita kenal lamanya,tak semestinya betul2 memahami.Tapi orang yang baru kita kenal sebaliknya.Terharukan.Tempoh perkenalan itu tak memainkan peranan betapa kukuhnya persahabatan itu.Niat mendahului segala-galanya.Terharukan.

Rasa penat bila diri menjadi tempat pergantungan mereka hanya di kala mereka susah.Tapi tiada ungkitan,keluhan,dan kuatkan hati, jadikan diri ni manfaat semanfaatnya.Balasan Maha Pencipta yang terbaik.

p/s:Salam rindu dekat family 146 jln byn 5;mama,abah,abgzo,masturah,shia.Moga Allah tabahkan hati ni.Tambah2 bila otw balik kelas nampak parent yg jln2 petang ngan anak2.Huuuu sayu ja hati ni..Ya Allah,smpaikanlah salam cinta ku pada mereka..

With luv maisarah(rasa best  pulak bila sebut nama penuh).heee =)

Thursday 20 December 2012

Post yang panjang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 
 Hati manusia ini,kita tak tahu bila,di mana,oleh siapa yg dapat disentuh.Hanya satu perkongsian.Kasih sayang itu luas.Mungkin kita tak akan dapat seperti yang kita harapkan.Akan tetapi,jika kita mencuba dan menyandarkan pada Maha Pencipta,Maha Pencinta akan membalas yang super duper lagi hebat. 


Situasi A: Aku menunggu selama 3 jam(mungkin lebih) di sebuah restoran untuk menunggu adek2 1st year habis kelas.Aku agak kurang selesa apabila hampir semua org dlm kedai asyik pandang,waiter asyik tanya bila kawan2 nak sampai.Mana tak kan,aku seorang conquer 3 meja.Tapi aku tarik nafas dalam dan mohon kesabaran dariNya dalam hati. Aku tak membiarkan masa berjalan begitu saja.Aku mula membuka buku dan baca. Setelah lama kemudian,mereka pon tiba.Amat lah hepy sebab aku tak lagi keseorangan.Hepy dapat jumpa adek2 atas hasil binaan ikatan ukhuwah.Tiba2 seorang adek ni bagi bunga kat aku.Agak terdiam dan kaku.Allah yang bagi hadiah ni kat aku.Rasa macam Maha Pencinta dekat sangat dengan aku.Tapi hari tu rasa bunga tu bermakna sangat.Bunga itu akan layu.Tapi ikatan ukhuwah yang akan terus mekar. 

 Situasi B: Ada kakak yang datang ziarah kat rumah aku.Aku hanya sempat bersalam dan bertanya kabar.Aku tak bersembang panjang kerana sibuk study untuk cycle yg bz ni.Aku hanya membiarkan housemate yang lain yang melayan tetamu.Tapi dalam hati ni nk sangat sembang2,masakkan untuk kakak tu.Bila akak itu sedang menjamah makanan,akak itu datang padaku dan suapkan ku.Aku agak kaku.Sebab selalunya aku yang suapkan orang.Aku pernah mengharapkan suatu hari nnt ada org yg suapkan aku.Suap demi suap.Aku cuba menolak,bak kata aku makanan tu untuk akak.Boleh saja aku makan nanti.Tapi kakak tu nak sangat suapkan aku.Aku pon makan suap demi suap.Tersentuh sangat.Mengalir air mata di hati ni.Maha Penjaga Hati saja yang tahu apa tersimpan di hati ni dan dia realitikan apa yang terbuku dalam hati.Dan Dia lah yang tahu apa yang baik dan buruk untuk diri ini.

 p/s:Kita hidup di dunia ni bukan nya seorang.Tapi ramai di sekeliling kita.Give and take situation.Tak kira lah siapa anda,bila,di mana dan segalanya.Lakukan sesuatu bukan kerana dia itu siapa.Tapi lakukan sesuatu keranaNya.Jangan harapkan seseorang lakukan sesuatu pada anda kerana anda seseorang.Tapi harapkanlah seseorang lakukan sesuatu pada anda keranaNya. Saya menulis ini sebagai peringatan pada saya,bukan nak berbangga dengan apa yang saya dapat.Kegembiraan,kesedihan,pahit getir,manis,semua orang laluinya.Semua orang Allah akan uji.Allah akan uji hamba2Nya.Itu yang terbaik untuk kita selalu ingat padaNya. 

Demikian itulah yang Allah sampaikan di dalam kitab-Nya, “Apakah manusia itu mengira, bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan, “kami telah beriman”, padahal mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang berdusta.” (TQS. Al Ankabut [29] : 2-3) 

 “Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi. Kemudian baru orang-orang yang lebih rendah derajatnya, berurutan secara bertingkat. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Jika ia kuat dalam agamanya, maka ujiannya sangat berat. Dan jika lemah agamanya, maka ia akan diuji Allah sesuai tingkat ketaatannya pada agamanya. Demikianlah bala’ dan ujian itu senantiasa dilimpahkan kepada seorang hamba sampai ia berjalan di muka bumi tanpa dosa apapun.”(HR. Tirmidzi) 

 Maha Pencipta bagi ujian untuk bagi kita ingat selalu padaNya.Kerana manusia itu alpa.Hanya Maha Pencipta yang tahu segalanya.
Usaha-usaha!!! Cari cahayaNya.
Walaupun sebesar zarah kebaikan yang kita buat,asalkan ikhlas,insyaAllah ada saja titik tersentuh yang Allah bagi.Saya percaya itu.

Jom nyanyi sebelum study.Owwyeah.
Iman adalah mutiaraDi dalam hati manusiaYang meyakini AllahMaha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalahMerasa diri hamba padaNyaTanpamu iman bagaimanalahMenjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisiDari seorang ayah yang bertaqwaIa tak dapat dijual-beliIa tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya juaEngkau mendaki gunung yang tinggiEngkau berentas lautan apiNamun tak dapat jua dimilikiJika tidak kembali pada Allah

Tuesday 4 December 2012

10min di radio

Assalamualaikum kepada pembaca yg sudi membaca, Tak tahu sama ada diri ini layak menulis post ni ataupun tidak, Umur makin meningkat,pendedahan kepada alam perkahwinan ni pon makin luas.Sebenarnya segan juga bila tahu mama ngan abah akan baca post ni nnt.Tapi tak apa,benda baik. Usaha mencari jodoh. Is it sound so desperate?Haha.tak apalah.ni blog tuan punye penulis. Tadi time study,adalah terdengar talk seorg ustaz ni kat radio.Ustaz tu cakap apa usaha nk cari jodoh? Pastu terus terdetik dalam hati.Perlu kah nk usaha?Macam desperate saja.Jaga diri elok2 dah lah.Insya Allah ,Allah pon akan jaga. Setelah 10min mendengar penjelasan ustaz tu,barulah paham.Usaha mencari menantu ataupun calon suami atau isteri yang beriman dan berakhlak.Penting tu.Bukan semata mata pangkat,harta dan rupa.Tapi yg 1st sekali kena lah cari yg beriman dan berakhlak.Baru hidup bahagia dalam kerahmatan dan keberkatan Allah. Sebab manusia ni kadang2 kabur,alpa dengan nikmat yg diberi tanpa membuat pertimbangan dan pilihan.Teringat kata2 Allah utk kita. Al Baqarah:216, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.. Ustaz tu cakap jugak,walaupun dapat partner yang tak seiringan,itulah ujian,itulah namanya pahala.Peluang yang Allah bagi pada hambaNya untuk mengutip pahala di dunia ni dengan senang.Itu yang terbaik.Pahala yg cukup bnyk apabila menuntun ke jalan Islam yg sebenarnya.Usaha menuntun ke jalan yg benar ni jugak sentiasa mndapat rahmat dan berkat Allah. Rahmat,berkat dan redha Allah itu penting. Itulah realiti hidup.Realiti selepas aku terima nikahnya. Huu..Indahnya,tenangnya,bahagianya Islam ni. Semuanya ada penyelesaian.Cuma bergantung pada manusia itu nak ambil atau pun tidak. Hanya sekadar perkongsian,brain storming mlm2 mcm ni. Selamat menjadi yang beriman dan berakhlak =)

besar=kecil

Assalamualaikum kpd yg sudi membaca,   Kadang-kadang, diri penuh dgn pengharapan mengharapkan untuk menjadi insan yang lebih baik dari segi nilai iman dan takwa.Tetapi menunggu suatu perkara yang besar untuk mengubah keadaan,persepsi dan tanggapan diri.Ya Rab lagi mengetahui.Kerana dengan sekecil-kecil perkara yang dapat diibaratkan seperti setitik air yg mengalir,sedetik masa yang berlalu,sepata kata yang diucapkan,sepantas mata yang melihat dan telinga yang mendengar mampu mengubah segala-galanya.Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mengunakan akal kurniaanNya berfikir setiap perkara yg berlaku.Teranglah kegelapan yg gelap,bertambahlah apa yg berkurang,baiklah apa yang buruk dan dekatlah apa yang jauh Suratan tuhan itu indah,tiada penyesalan.

Tuesday 9 October 2012

Nawaitu

Assalamualaikum... Heeee.Another story to be told. Baru lepas buat lecture therapy,nk rehatkn jari2 dan tangan ni jap.. Lepas ni iAllah nk study. Minggu ni ada sedikit peristiwa yang terkesan. Memakai tudung. Setiap pagi,rasa macm dah jadi rutin untuk pilih tudung yg match dgn baju,iron kn tudung,pin kan tudung,dan lilit tudung itu sampai kemas. Sehinggalah rakan ku berkongsi sesuatu. Rakan:Maisarah,susah jugak kan pakai tudung ini kalau pakai tudung ini bukan perkara rutin bagi seseorang. Maisarah:Ha ahh,lagi bagus kalau dia pakai tudung itu bukan rutin,dan dia fikir kerana perintahNya dia pakai tudung.(jawapan ini yang terkeluar dari kata2 ku tanpa aku sedari). Hmm,patut purify dan clearkn lagi setiap perbuatan harian lepas ini.Bila pakai tudung depan cermin tu,mula2 senyum dan niat keranaNya kita memelihara aurat.Moga hari-hari kita lagi berkah.

Tertulis

Assalamualaikum, Dah lama jari jemari ni tak tap tap tap atas keyboard nihh untuk menulis satu cerita. Segala pertemuan dan perpisahan semuanya dah tertulis.Tak kira lah bagaimana,dimana jalan yang telah kita tempuh.Terima segala yang tertulis dengan hati yang terbuka kerana itu yang terbaik buat masa itu,dan yang akan datang.Tiada erti cemburu,iri hati atas kelebihan orang lain.Tiada perkataan menyesal jika kita menghargai dan bersyukur setiap detik yang berlalu.Cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik.Pada masa yang sama menjadi yang terbaik sebagai pertahanan diri untuk mengorak lebih langkah dalam menghadapi segala ujian untuk mendapatkan redhaNya. <3 Moga diri ini terus tahan,dan juga anda =)

Sunday 8 July 2012

Innalillah =(

Assalamualaikum... Huuu... Kak..jgn la amik hanpon saya.. handpon tu dah manyak rosak pon.. tinggal function call ngan mesej ja boleh guna.. Akak tak pandai guuna hanpon tu sbb kalau akak x tau guna,batery cepat habis.. Hp tu sy penah guna bila nk call mama ngan abah bila sy susah hati,sy hepy.. Saya sayang hp tu sbb hp tu ada nyawa sy.. Lagu2 saya... Lagu yg saya dengar bila sy balik sorg2 dari kelas.. Bila sy stress.. Bila sy nk tido.. Bila sy x nk diganggu ngan bunyi2 luar waktu study.. Bila sy nk fokus.. Bila saya nk exercise.. Bila sy nk masak.. Bila saya perah baju.. Bila saya rasa down,sy dengar lagu2 yg dekatkan sy pada Pencipta.. semua lagu 2 fevret sy.. yg sy sanggup download bila 2 minit lg nk keluar dari rumah.. sy download time sy bz nk exam.. Ada jugak gambar sy ngan kawan2.. Ada gambar sy masa sy jalan2.. Ada jugak gambar2 lain.. Moga terpelihara.. p/s:Saya bukan sengaja nk tertinggal beg di tempat makan yg tempat akak keja(melaka).. tgh hari tu sy lapar sgt nak mkn nasi..sy pon sangkut la beg sy dekat kerusi yg sy duduk.Alhamdulillah dengan rezeki yg sy dpt,sy hepy..sy pon keluar dari kedai ngan mama,abah dan adek2..mereka pon x perasan beg sy.. Tapi,saya manusia,saya alpa.. 3jam kemudian baru sy perasan kehilangan beg sy,lalu km pon pegi la balik kedai mkn akak..alhamdulillah..beg sy ada..sy pon ckap terima kasih kat akak sbb hepy sgt tgok beg sy(beg sy tu abg sy yg hadiahkan) sy hanya check ic sy..dan sy terlupa langsung utk check hp sbb sy mana la guna hp skrg sbb sy tiada sim msia.. sampaila 2 hari kemudian(cheras) sy menyedari hp sy tiada dlm beg sy..baru sy dapat jawapan kenapa muka akak pelik sgt masa saya tanya beg sy,tambah2 lagi bila sy ckp terima kasih kat akak.. ok lah..sy mengaku..sy manusia sy alpa.. Mungkin akak kesempitan wang..kalau dibandingkan ngan saya ni..Siapa tahu.. Saya bersangka baik di sini... Redha dgn apa yg terjadi..mungkin ini yg terbaik..sy doakan semoga akak cepat2 insaf dan tak buat kat org lain lg..itu saja harapan sy... Semoga lagu2 islamic dlm hp tu dpt mentarbiyah akak.. Jika ini yg terbaik,semoga aku sentiasa dalam jagaanNya..

Saturday 19 May 2012

Neurosis

Assalam... Move towards,against,away from people. Symptom of neurosis.. It makes me think think and think. Every action of me.. Do i one of them?? Tak nak jadi macam tu.Kalau tergolong dalam golongan tu.. Dalam golongan yang berpenyakit.Huu.Tak nak. Hmm. Lebih baik dalam jemaah. Kita hidup bersaudara. Sama2 saling mengingatkan amar makruf dan nahi munkar. Tak salah jadi baik kerana Allah Taala. Tak rugi dengan harapkan balasanNYA. Minta dijauhkan Ya Allah penyakit ni. Tak kira lah neurosis ataupun yang sama maksud dengannya. So its proven here. Allah knows the best. Dia lebih tahu. Dia Yang Awal =)

Monday 14 May 2012

Mama abah

Assalam.. Dah lama sangat tak menulis kat sini. Welcome to mama dan abah yang dikasihi yang tengah baca.Winkwink Agak terkejut apabila maturah cerita abah jumpa dan baca blog akak. Setiap manusia dikurniakan hati dan fikiran untuk berbicara. Untuk saling nasihat menasihati,merapatkan ukhuwah sesama insan yang bernama hamba. Cuma kadang2 tak semuanya boleh diungkapkan dengan kata2. Dan tak semuanya mampu diperdengarkan kepada manusia. Tapi yang pasti Allah tempat terbaik dan pertama untuk bercerita. Usia hari demi hari makin meningkat Kiri,kanan,belakang dan hadapan semua yang berlaku dengan pantas. Ada yang begitu,begini,bukan begitu dan bukan begini. Sabar ialah kunci kemenangan dan syukur ialah kunci pada kebahagiaan. Semoga aku menjadi hambaNya yang solehah, anak yang solehah pada mama dan abah,kakak yang x garang pada masturah dan muslihah,adik yang selalu menasihati abang Zul kurangkan merokok,saudara Palestin yang ambil tahu,muslimah yang solehah,kawan yang sabar dengan karenah rakan sendiri,kawan yang boleh memberi nasihat. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Alhamdulillah untuk hari ini. p/s:Cara tak mahu mudah rasa lemah dan kecewa,pergantugan yang teguh padaNYA,bukan pada diri sendiri. Bismillah..

Thursday 12 April 2012

Halo moon

Assalam..

NST 14/4/2012

ALOR SETAR: City residents here were left with a visual treat of a rainbow-like ring circling the sun or moon, known as the halo phenomenon, which was detected since yesterday afternoon.

p/s:how much i miss u-home town

Dont stop when u r tired but stop when u r done..
Bismillah =)

Wednesday 11 April 2012

Mr. Harrison


Assalam..

How i wish u are here..
Out of stock in Moscow..
It costs 8000 rubles or RM 800..
Huu..

Tuesday 10 April 2012

Saturday 7 April 2012

A part of Maisarah

Rindu kakak2 comel ni

Friday 23 March 2012

Monday 19 March 2012

My Family in Jaulah Spain =)



Kak Ainal,Mete,Kak As,Kak Azmin,Mai comel..hoho

Tuesday 13 March 2012

smile =)

Wednesday 4 January 2012

Tahniah kawan abg!!



Assalam

Pagi ni aku dapat event invitation dari Abg Syed..
Jemputan kahwin..
Abg Syed ialah kawan abgku dan jugak org yg suka kacau aku smpai aku nk nanges masa kecik2 dulu..
Sebab umah kami dekat ja,abg syed slalu main ngan abgku,mak abg syed baik ngan mama,kami mengaji al quran kat tempat yg sama..
Dia la jugak org yg aku penah hentam dya punya femur smpai bengkak habis kaki masa kat tempat ngaji.
Hahahah..

Lawak kalau flashback to the past..
Tp sekarang dah nk kahwin dah.
Sejuk hati aku..

He still the same person..
Lawak,cakap banyak,ramah..
Still close with my brother..
Sebab dia dtg beraya hari tu setelah sekian lamanya x jumpa..

Dan aku dapat duit raya from him..
excited.seriusly.sbb still ada org yg baik hati nk bg duit raya kpd org 20 tahun mcm aku nihh.Thanxx for the angpau yaaa..

Gambar aku dan abgku ini, abg Syed yg amik..gmbar adek dan abg..guna DSLR dya yg canggih lg mahal tu..haha

Selamat Pengantin baru Abg Syed!!
Nak sangat p kenuri tp x berkesempatan..
Semoga kekal hingga ke syurga..
Tunggu hadiah dari Moscow nnt!!iAllah