BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 July 2011

Holiday Saya =)



Assalam...


Woohoooo..Pengalaman yang memang aku tak boleh lupa..
Snorkling.Serius macam tak percaya aku snorkling dekat Pulau Payar.
Dah la aku tak pandai berenang.Nasib baik ada Nabila
yang pandai berenang yang tolong ajar aku snorkling.Snorkling
ni amat best.Kalau ada peluang nak p lagi.Boleh tengok ikan,bat
u karang, dan lain2.Anak Ikan yu berenang -renang dekat kaki ku.Dah rasa diri ni macam ikan duyung pon ada.Slalunya bila buat essay masa
skolah dulu selalu guna 'crystal clear water'..Sekarang baru aku paham maksud tu betul2..weehoo..

Bila berjalan sendiri ini,mestilah kena tahu jaga dan bawa diri.Macam2 jenis manusia aku jumpa.Sabar saja la.Ada yang friendly,educated,x educated,yg gentleman,yg jenis nak cekik darah,yang nak ambil kesempatan.Wahaha.Nightmare pon ada jugak.Tapi tak pa.Pengajaran.


Oklah.Di samping itu,aku belajar memancing dari seorang abang ni.Sebab aku excited sangat nak memancing.Sebelum ni mana pernah
memancing.Biasala orang yang keja kat pulau ni.Terlebih ramah dan mesra.Nak tau dak dia kata apa kat aku?Adek,pancing elok2..jangan pancing abang ni dah laa.Sengal aku dengar.Janji aku dapat ikan pertama hasil tangkapan aku.
Wink wink..sukanya..



Haahh..Tengok gambar yang aku rendam kaki nih.Ni aku rendam dalam Tasik Dayang Bunting aka Pregnant women.Ada sumber mengatakan
kandungan mineral dalam tasik ini
boleh menambahkan kesuburan wanita.Ada orang yang dah 10 tahun
susah nak melahirkan anak,lepas mandi dalam tasik ini terus ada anak ramai.Tapi itu semua kerja Allah kan.

Apa pun.Alam memang cantik.Tenang saja rasa.Pulau2,air laut.Hmm macam best ja kalau honeymoon kat tempat2 macam ni.Apa kurangnya.Haha.Mungkin sebab aku suka laut.

Happy Holiday semua =)

Sunday 24 July 2011

give me 10 reasons why u refused to do CPR?

Assalam...


Dah 2 minggu buat practical dekat hospital ni..
Pada tanggal 19/7/2011...
Aku membuat round dekat kecemasan.
Selalunya aku ada dekat bilik kegemaranku,bilik procedure..
Sebab dekat sinilah tempat cuci luka,jahit2,pasang RAS tube,CBD..
Tapi hari ini aku membuka langkah pergi seorang ke Red Zone..
Aku nampak satu bed ini tertutup rapat dengan langsir.Aku pon masuk la.
Satu team yang terdiri daripada dr pakar,MO,HO,MA,paramedik tengah sibuk selamatkan satu nyawa.
Ada yang buat intubation,bagi oxygen,ada MA yang tgh buat CPR..
1st time aku tengok orang buat CPR live.Agak dasyat la compression yang dibuat tu.
Masa tu MA tu cakap dia dah tak larat nak teruskan chest compression..
Lepas itu next MA pon sambung.Lepas 2 cycle macam tu nurse pulak yang buat.
Lepas tu nurse tu cakap dia pon dah tak larat.Tiba2 ada seorang dr ni point kat aku.Suruh aku sambung.Aishhh.Dah la ni 1st time aku tengok orang buat CPR.Belajar pon tak pernah.Dr tu suruh aku amik glove.Get ready.Lepas tu Dr yang point aku tadi tu pon keluar.Aku pon lepas nafas lega.Biar saja abang MA tu yang sambung buat.
Inalillah....Patient tu dah meninggal dunia..Pulse dah tiada..Heart rate 0..
Semua doktor berhenti menyelamatkan patient tu.Mereka sudah melakukan pelbagai cara dan sehabis upaya.
Tengok2 dr tadi masuk balik.Terus tanya aku awak buat tak CPR?serius cuak yang amat.Dah la banyak dr lain,MA,nurse,student nurse..
Aku pon mengaku la aku tak buat.
Soalan yang buat aku rasa macam kena sabar banyak2...
GIVE ME 10 REASONS WHY U REFUSED TO DO CPR?
Waaaaaa..Aku pon cakap laaa 3 alasan..aku takut,aku tak pernah belajar,aku memang tak tahu.

Dia pon cakap-sebenarnya patient tu dah mati lama dah.Saya suruh awak buat CPR tu sebab nak bagi awak peluang belajar.

Aku rasa macam down sangat2..

The next day..ada seminar pasal kecemasan..actually seminar tu utk kakitangan A & E..tapi kami yang medical student pon p menempek buat muka tak malu..Siap ada tunjuk cara nak apply CPR..aku belajar dan tengok betul2..lepas tu aku try pulak buat dekat patung...

Balik dari seminar tu afiqah ajak p deparment dia-medical..Aku dan nabila pon ikutla.Tengok2 ada seorang mak cik ni diberi bantuan CPR.Aku tengok pada mulanya.Bila doktor tu panggil untuk buat CPR.Aku dah tak fikir panjang.Tak salah kalau aku cuba.At least aku cuba nak selamatkan mak cik ni walaupun di hujung nyawa.Lepas ni ramai lagi orang yang perlu diselamatkan.Aku nekad masa buat chest compression tu.Tak mahu kejadian yang kena marah dengan dr tu berulang.Waktu ni juga aku belajar.Aku berjaya melakukan chest compression buat kali pertamanya..setelah habis 1 cycle aku pass pula kepada nabila..

Inalillah..Allah lagi sayangkan mak cik tu..

Banyak yang aku dapat masa kat hospital ni.Walaupun tiap2 hari berjumpa dengan orang sakit,tapi seronok bila mendengar keluhan mereka.Seronok berjumpa dengan mak cik2,pak cik2.Ada yang panggil aku doktor pon ada.

Insaf menemani diri ini setiap hari..

Saturday 9 July 2011

I know nothing

Assalam..

Makin hari makin meningkat usia.
Saat demi saat.Semakin dekat dengan dunia sebenar.
Kadang kadang menjadi persoalan.
Apabila manusia pandai berkata kata.
Tanpa melakukan kerja.

Kemudian menunding jari pada si dia dan si dia.
Tanpa kata yang kukuh.
Aku menunggu jawapan.
Kerana aku memang seperti pucuk.
Yang baru tumbuh.
Ingin belajar.
Untuk menjadi kuat seperti pohon yang matang.
Manusia oh manusia.
Sampai bila dendam,dengki,bongkak perlu wujud dalam kamus kehidupan.
Jikalau institusi keluarga rapuh.
Apakah mampu menuntut bela nasib saudara Palestin sana?
Individu muslim itu penting sebelum keluarga muslim,masyarakat muslim,negara muslim dan seterusnya.
Sampailah Uztaziatul Alam-World Order =)