BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 20 January 2011

Pertemuan dan Perpisahan

Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu

Ku Memohon Padamu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum..
Aku terjumpa lirik lagu ini...
Baru aku faham..
Apa yang aku tempuh selama ini..
Bila ada pertemuan,,pasti ada perpisahan...
Bila ada pertemuan itu,,
Sepatutnya aku patut bersyukur..
kerana aku pernah gembira,tersenyum,senang di sampingnya..
Mungkin ini janji Allah..
Banyak lagi orang yang akan Allah temukan kepada aku...
Supaya aku belajar lebih banyak pengajaran,kenal erti buruk dan baik dan lebih tabah..
Jika ada sesuatu perpisahan itu,,maka redha lah..
Yang pasti cinta yang kekal abadi ialah cinta Allah kepada hambaNya dan cinta kepada Allah..

Saturday 15 January 2011

Gigi Biru


Assalamualaikum...


Sob2...
Sedehnya hilang gigi biru..
i'll miss u forever..
da lama awak dengan saya..
Saya mendengar playlist 4oo lagu saya dengan awak..
Tapi disebabkan kelalaian saya..awak jauh dari saya..
Biane~~
Mungkin kita tak ada jodoh kan..
Tadi masa saya baca Histologi,,saya tertidur..itu memang perkara biasa..
Tapi..saya mimpi saya jumpa awak dekat Zara..Ucapan Alhamdulillah turut saya lahirkan masa dalam mimpi itu..
Nampaknya saya rindu awak..Materialistik kan saya?
Mungkin kita tiada rezeki bersama.Allah tak izin.Saya redha.

Mama saya pernah berpesan,,
Lahirkan perasaan sayang dan cinta 100% kepada NYA..
Kalau tidak parah dan duka jadinya..
Jangan cintakan dunia,rupa dan material..
Ada pasangan yang telah mendirikan rumah tangga setelah kian lamanya,,
akhirnya retak juga,,Si isteri yang setia ,menangis kerana kecurangan suaminya...
Kita sebagai wanita sepatutnya meletakkan cinta kepadaNya sebagai yang pertama..
Supaya kita tidak menyesal dan tidak berputus asa menerima ujian di dunia ini..
IAllah..

Kepada gigi biru..
kita dah ada pengalaman bersama..
at least sy ada xperien guna benda yang canggih mcm awak..
Alhamdulillah..
Jodoh,pertemuan dan perpisahan Allah yang tentukan..
Saya redha..

Thursday 13 January 2011

we plan,He decides

Assalamualaikum..


Kelmarin,final exam Anatomy,sempat lagi aku bersembang-sembang dengan rakanku ini ketika menulis jawapan.Haha.Bukannya apa pun.Hanya winter break nanti.Panjang cerita plan winter break aku.Memang dah tertulis,,manusia merancang tuhan yang menentukan.

IAllah,kalau diizinkan Allah,mungkin aku akan menjejakkan kaki aku di bumi para Anbiya.Alhamdulillah.Aku teruja.Mungkin semua persoalan di fikiran aku akan terjawab.Mungkinkah ini turning point aku.Aku hanya berharap.Dia yang Menentukan.Perjalanan aku ke bumi Anbiyaa ini bermula sejak abahku memberi keizinan kepada aku.Aku berharap perjalanan ini membawa penuh makna kepada aku dan tidak sia-sia.Aku dapat rasakan perjalanan kali ini mungkin agak penat dan susah.Sebab ini pengalaman pertama aku berjalan sendiri tanpa ada penjaga kecuali rakan2.Aku serahkan segala-galanya padaNya.IAllah.

Gud Luck HISTOLOGY =)

=)

Assalamualaikum,,,


Dah lama tak menulis dan menconteng2 di sini.Sedih,gembira,takut,cuak,,,semuanya aku lalui.Semuanya aku telan dan mengharapkan keredaanNya.Kalau terguris hati dengan perbuatan dan percakapan manusia..jawapanya ialah~~mereka ialah manusia.Sabar dalam hati kerana mereka adalah saudara aku sendiri.Suka sangat dengan lagu hadis 35 ini.Janganlah kamu berdengki-dengkian,bermusuh musuhan,menganiayainya dan menghinanya.Apabila sakit hati dengan kawan2 sendiri,,tapi bila teringat hadis ini,,sudah mampu membuatkan hati tersenyum.Indahnya Islam itu sendiri.

Semalam aku mengunjungi rumah kawan aku.Ingin berkumpul beramai ramai dan makan bersama-sama.Pada mulanya malas sungguh kaki aku mahu melangkah pergi.Tapi kerana silaturahim sesama rakan2 di sini.Apa lagi yang perlu difikirkan lagi.Mereka saja yang aku ada di sini.Enjoy jugak aku di sana.Kerana aku berkenalan dengan X-Box.haha.Teruja aku melihat kawan2 aku bermain.Hilang semua stress anatomy dalam fikiran ini.Kalau main X box semalam main menari.Manalah aku pandai menari.Nanti jadi senam robik pulak bila aku menari.haha.Aku hanya mampu main game dengan controller.Puas hati aku.Main game lawan2.Teringat pulak masa zaman dulu2 main PS dengan adek2 ngan abgZul.

Dalam masa terdekat ni,aku dapat macam2.Alhamdulillah kerana Maha Pencinta membuka mata aku.Masih ada insan2 yang sebegitu.Kagum.Itu saja yang mampu aku berkata.Setiap kali melihat,aku mesti berfikir.Alhamdulillah sekali lagi.

Rindunya mama dan abah.Abg Zul pun dah bekerja.Bangga aku sebagai adiknya.Masturah nak SPM,Shia dah masuk form 1.Semuanya dah besar.Aku pula,hanya Allah yang tahu apa yang dalam hati ini.Aku mengharapkan turning point itu.