BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 March 2013

monolog

Assalamualaikum wbt,

Heeeee..tengah renyih dengan bahagianya.Kenapa yarhh cik siti maisarah?Sebab saya jumpa jawapan yang saya nak,yang boleh menenangkan hati ini.Kalau Allah nak bagi sesuatu pada hambaNya,maka tak ada sesuatu yang dapat menghalang ketentuanNya.

 Apabila  membaca satu tafsir yang agak panjang dengan harapan dapat meng'absorb' segala isi untuk dibincangkan dalam usrah esok(homework usrah).Hehe.Tapi,agak terkejut,terkedu bila baca ayat last sekali di muka surat 63 iaitu ''Allah sebaik-baik pemberi keputusan''.

Kebelakangan ni ada perasaan nervous dalam semua benda yang saya buat.Apabila asyik memikirkan keputusan yang bakal diterima.Tak kisahlah dalam apa pun.

Alhamdulillah.

p/s:jangan judge atau buat assumption pada orang yang kita sendiri belum kenal.Amatlah tidak baik.Bersangka baik pada tujuan yang sama2 kita nak tuju iaitu untuk menjadi insan yang lebih baik(peringatan untuk diri sendiri dan semua).Terima yang seadanya.=)

Wednesday 27 March 2013

Bukan sekadar homosapien yang biasa

Assalamualaikum wbt.


Kita manusia,ataupun mengikut spesies biologi saintifik ialah homosapien.Kita bukanlah sekadar homosapien yang hanya tahu bangun tidur,pergi ke kelas,makan,tidur tetapi kita ada tujuan kita yang luar biasa iaitu untuk menjadi khalifah yang memakmurkan alam dan menjalankan ibadah padaNya.Jom jadi homosapien yang luar biasa dan hebat.

Pernah tak merasakan perkara yang menimpa sebagai suatu bebanan pada jiwa?Macam lori yang membawa muatan yang lebih hadnya merangkak mendaki bukit dengan perlahan .Hidup ini tak senangkan?Siapa yang dapat lari dengan ujianNya?Hanya Firman Allah yang dapat menenangkan hati hamba-hambaNya yang lemah ini.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Berbeza tak orang yang sabar dan cuba untuk selesaikan sesuatu perkara berbanding dengan orang yang hanya duduk di rumah goyang kaki laju-laju?

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Wah,untungnya dan bahagianya apabila baca ayat di atas, Allah menjanjikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Untung dan hebatkan orang yang sabar dan hanya berharap padaNya, cuba berusaha memerah keringat,memikirkan idea untuk mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Untuk apakah bebanan yang bertalu-talu ini?Jom kita tengok hadis ini:
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesalahan,kerana kita selalu alpa.Tetapi,Maha Pencipta begitu Maha Penyayang pada hamba-hambaNya dengan memberi peluang pada hamba-hambaNya untuk sentiasa dalam keadaan bersih dari dosa.Apa lagi keluhan kita?

Apa peranan kita?Ayuh kurangkan keluhan,perhebatkan panjatkan kesyukuran,perhebatkan frekuensi berdoa,perhebatkan amalan membaca al quran,perhebatkan mempraktiskan akhlak yang mulia,perhebatkan jiwa dalam mengesakanNya dalam semua perkara,perhebatkan jasmani dan perhebatkan minda.

Jom hayati kata-kata pujangga di bawah,
''Menjadi orang hebat bukan satu pilihan,tetapi suatu perjuangan kerana syurga hanya menerima orang-orang yang hebat''.


Tuesday 12 March 2013

POSITIF jiwa,fikiran dan akhlak.

Assalamualaikum,



Apabila ada jiwa yang positif,fikiran juga positif dan akhlak jugak terpamer dalam sudut yang positif.Langkah pertama perlu mencari jiwa yang positif.Tetapi macam mana nak dapatkan jiwa yang positif?

Prinsip yang teguh.Prinsip yang teguh di sini ialah memegang pada sesuatu yang teguh.Firman-firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW haruslah menjadi santapan  jiwa.Allah banyak mengajar hamba-hambaNya untuk melalui kehidupan ini dengan kisah-kisah rasul-rasul,nabi-nabi,sahabat-sahabat,hamba-hambaNya yang soleh yang boleh kita ambil ikhtibar.Dan juga kisah-kisah orang yang ingkar ajaran dan petunjuk Allah yang boleh kita ambil pengajaran.Menjalani kehidupan sebagai individu di zaman urbanisasi ini banyak dugaannya.Dengan positifnya jiwa,kita tak mudah jatuh dan menganggap segala dugaan yang menimpa itu satu bebanan dan titik berhenti.Malah kita akan memikirkan dugaan itu satu ujian dari Maha Pencipta untuk menguji hamba-hambaNya.Jika kegagalan mendatang,tetapi dengan individu yang berbekalkan jiwa yang penuh dengan didikan Al Quran dan hadis,kegagalan tidak lagi menjadi sebab penghalang untuk menjadi lebih produktif,maju dan berani untuk keluar dari lembah kegagalan.Kita boleh berfikir sejenak sebelum mengambil apa-apa tindakan dengan membandingkan apa yang akan bakal terjadi jika kita membuat sesuatu perkara.Pertimbangan itu wajar.Fikiran yang positif juga mampu dimiliki kalau kita sentiasa menunaikan tanggungjawab dan hak tubuh badan.Maksudnya di sini,apabila kita sentiasa bersenam kerana apabila kita bersenam,kita memperbaiki sistem-sistem tubuh badan.Apabila badan sihat,otak pun cerdas.Kan?Apabila jiwa dan fikiran yang positif bergabung,maka zahirlah akhlak yang positif.


Jom tengok balik firman Allah SWT:
''Dan apa saja-perbuatan baik-yang engkau sekalian berikan untuk dirimu sendiri,nanti pasti akan engkau sekalian dapati di sisi Allah,keadaannya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya dan mohonlah pengampunan kepada Allah ,sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang''(Al-Muzammil:20)

Rasa lagi bersemangat nak jadi orang yang ada fikiran,jiwa dan kelakuan yang positif.Hidup tenang bahagia di dunia dan mendapat ganjaran pahala untuk akhirat yang berganda.Berjaya dunia akhirat.Siapa yang tak nak?

Allah Ta'ala berfirman:
''Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan.''(Al Baqarah:148)


Apabila anda menjadi positif,anda dapat menarik charge-charge negatif di luar sana.Anda tidak akan membiarkan segala kesusahan yang anda hadapi begitu sahaja tanpa usaha penyelesaian.Apabila positif bertemu negatif maka neutral lah jawapannya.Anda akan dapat mengurangkan charge-charge negatif itu sedikit demi sedikit.Dan yang paling untungnya charge positif anda semakin bertambah kuat.Anda dapat menarik charge negatif,yang juga bermaksud anda menarik  orang-orang di luar sana yang memerlukan nasihat anda.InsyaAllah.Tak rugi kalau jadi orang yang ada banyak charge positif.Anda membantu diri anda,dan orang di sekeliling anda.Jom jadi insan yang mempunyai  positif di jiwanya,fikirannya, dan akhlaknya.Belum cuba belum tahu,tak kenal maka tak cinta.Ayuh!!