BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 22 October 2010

Baby..baby..baby..owwwwww


Assalamualaikum..


Hari ini 22 hari bulan 10 tahun 2010.Kelas Fisiology dengan Lydia.Dengan fesyen rambut yang tidak bersikatnya itu.*ini kenyataan..hihi..Blur menguasai diri ini kerana tidak bersedia dengan tajuk hari ini.Hari yang agak teruk bagiku.Tapi aku redha saja.Sebab memang salah aku.IAllah aku akan revise balik.Afiqah ajak makan di Pushkinskaya di sebuah kedai kek.Macam malas la pulak nak join sebab waktu makan tengah hari.Tak lalu la nak makan brownies.Satu lagi saya nak jimat duit.Rasa bersalah pon ada jugak sebab tak boleh makan sama-sama.Tengok-tengok Nazri yang on the way nak pergi solat Jumaat ajak makan Sharma.Nabila pon satu hal.Semua ikut aku.Haha.Ok.Jom makan sharma.Kenyang,murah la jugak.Balik rumah tak payah masak hot dog gulung aku tu.Haha.

Setibanya aku dalam wagon train,aku berdiri di hadapan pintu belakang sambil mendengar Nazri dan Nabila mengarut ngarut.Setiba nya di satu stesen.Itu!!!!Tempat duduk kosong.Haha.Cepat cepat aku merebut peluang.Sebaik saja duduk..Aduhhh..kasihan..seorang kanak-kanak yang Down Syndrome yang memang tiada dosa dilayan ibunya yang duduk berhadapan aku.Matanya juling,mulutnya pecah-pecah.Sejuk hati aku tengok kanak-kanak itu.Insaf.Bersyukur dengan apa yang ada.Lantas dalam hati terus berdoa..'Ya Allah,berikanlah hidayah Islam kepada kanak-kanak ini suatu hari nanti'.Amin.Ini bukan kali pertama.Tetapi asal aku jumpa dengan baby atau kanak-kanak Russia aku rasa kasihan kerana mereka tidak tahu apa-apa.

Itulah ceritanya.
*Tambahan(siaran penaja) :Saya ada azam baru.Harap-harap berhasil seperti yang saya harapkan dengan bantuanNya.Amin.HiHi..Chaiyok2 Mai..hepy slalu..Chill..hepy go lucky..b urself..gelak la slalu..jnji hepy..walaupun ada org kutuk aku gelak buruk..biarla..janji aku bahagia..tp ada la juga batasannya.haha..saya nak jadi SAILORMOON!!*mengarut..hoho