BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 27 May 2013

Cabaran itu lawan

Assalamualaikum wbt,


Kita pernah berusaha,dan kadang-kadang kita pernah terjatuh.Kita mula berhenti dari mengorak langkah.Kita mula gundah untuk maju ke hadapan.

Tetapi tahukah jalan kita masih panjang.Pernah tak kita memikirkan cabaran yang kita alami sekarang berbanding dengan saudara-saudara Palestin kita di sana.Padahal cabaran yang kita alami sekarang tak sebesar cabaran yang dialami oleh saudara-saudara kita di sana.Kita takut untuk maju ke hadapan,kita malas,kita takut untuk cuba sesuatu yang baru,kita takut untuk meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan kita dan sebagainya .



Saudara-saudara kita di sana yang memang berani,setiap hari berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan,berhadapan dengan kematian keluarga,berhadapan dengan bunyi-bunyi tembakan dan letupan,berhadapan dengan kenderaan perang.Cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan saudara-saudara di Palestin?Adakah kita mampu bertahan?


Orang-orang yang mahu melihat kita mundur, bergembira melihat umat-umat Islam lalai dengan alat-alat hiburan yang mereka ciptakan,dan kita tertipu tanpa sedar.Mahukah kita menjadi golongan yang tertipu dan dibonekakan?

Wujudkan impian untuk membebaskan diri dari perkara-perkara yang melalaikan anda,wujudkan langkah pertama anda,Mulakan langkah,biarpun dengan perlahan.Manakan anda akan mulai kisah mengenai nasib-nasib saudara di Palestin di sana,jika anda sendiri masih tak mulakan kisah dengan diri sendiri di sini.

Kita selalu takutkan cabaran,kita selalu nampak kegagalan itu dahulu sebelum memulakan usaha.Kita tak pernah jadikan cabaran itu sebagai lawan.Sepatutnya kita perlu ada rasa kita nakkan kemenangan atas cabaran itu dengan berusaha bersunguh-sungguh,doa dan tawakal.



Jika saudara-saudara kita di Palestin berhadapan dengan musuh sebagai lawan,kita di sini cuba berazam untuk meningkatkan kualiti diri  dengan berhadapan dengan cabaran sebagai lawan.Jangan limitkan cabaran yang akan anda hadapi tapi cabar limit anda.

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Kita perlu tanamkan impian untuk menjadi saudara yang bermanfaat dan mampu membantu saudara-saudara kita di Palestin di sana dalam pelbagai cara di samping menjadi yang bermanfaat untuk keluarga,rakan-rakan dan orang di sekeliling kita di mana kita berada.


0 comments: