BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 23 September 2010

Hati hati dengan hati

Assalamualaikum..

Hari ini bukan hari saya.Bukan hari yang saya selalu harapkan.Walaupun angin Autumn meniup niup daun2 kering tapi ini bukan lah harinya.Apabila direnung renungkan balik,saya memang tidak berbuat salah dan berkelakuan tidak senonoh.Tapi kenapa hari ini bukan hari ceria saya.Segalanya tidak berlaku seperti yang dirancang.Segumpal daging yang mengawal segala-galanya adalah punca segala-galanya.HATI.Anugerah Nya ini memang hebat sekali tetapi boleh dirosakkan oleh sang pemilik hati.Ada juga yang pernah berkata bahawa hati adalah punca segala-galanya.Hati yang mengawal emosi,perasaan dan akal fikiran.Sebagai hambaNya yang lemah,saya juga tidak mengawal hati ini.Memang luaran berkelakuan baik,tetapi bagaimana pula dengan zina hati?Memikirkan perkara yang tidak berfaedah,berangan-angan,riak..Istighfar..Semoga saya dapat pengajaran untuk hari ini.
Jazakillah Hani kerana sudi mendengar luahan hati sewaktu kelas Fisiology tadi.Memang membantu.Anda memang memahami.Saya terharu.Memang membantu.
Kita merancang,Allah menentukannya dan Dia lah yg Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Alhamdulillah =)

Wednesday 22 September 2010

terbaik

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih daripada dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.

.Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

credit sama Amir Hamzah yg share dengan sy =)

colourful vs biru

Assalamualaikum..

Aku suka sangat dengan warna warni ni.Boleh menceriakan hari aku tanpa ada perkataan bosan.Aku akan sentiasa senyum dan senyum dari hati yang penuh ikhlas.Tengok la wallpaper blog warna warni.Waktu lecture tadi sempat pula terlintas dalam fikiran aku.Sudah dua orang kawan aku bertanya kepada aku.'Mai suka siapa?'hahaha.Aku lantas jawab yang tiap-tiap hari orang yang aku suka berubah-ubah.Bahayakan.Tak kira la sesiapa pun.Yang pasti sesiapa yang banyak cakap dengan aku,gelak dan baik dengan aku.Mungkin ini hasil daripada warna-warni.Apa nak jadi ni Mai.Aku pun tak tahu.Tapi apa yang aku tahu.Dari sudut hati.Aku suka biru.Sampai bila-bila pun biru tetap di hati.Apakah significance nya?Haha.Aku pun tidak pasti dan belum tahu jawapannya.Munkin suatu hari nanti aku akan dapat jawapan daripadaNya.Amin.Haaaa.Aku tengah dengar lagu Maher Zain-for the rest of my life.Memang terbaiklah.p/s..bla kenduri kahwin aku nanti aku nak pasang lagu Maher Zain sebab aku suka sangat lagu dia tambah2 Barakallah..hehe..

Tuesday 21 September 2010

Nur Kasih..

Assalamualaikum..

Nur Kasih mengingatkan aku pada Ramadhan.Apabila memikirkan sesuatu aku lebih cenderung utk memperdengarkan lagu ini.Rindunya Ramadhan.Cuti summer memang membawa pelbagai episod kehidupan.Aku mula menghargai apa yg ada di sekeliling.Aku yang memang malas menunaikan solat sunat terawih ketika pada tika dahulu tapi telah berubah ke arah yang lebih baik.Laju sungguh hatiku untuk menunai kan solat sunat ini walaupun terpaksa berjalan kaki dari rumah.Rasa selamat dan dahagakan ayat2 hafazan yg dialunkan imam ketika solat.Alunan yg sungguh merdu.Hati tenang.Angin malam yang dingin.Aku hanya mengenakan telekung ketika perjalanan ke surau.Indahnya Ramadhan berbanding bulan2 yang lain.Terasa kelainannya.Semoga aku berkesempatan untuk menempuh Ramadhan yang akan datang dengan lebih bermakna.Amin.