BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 22 September 2013

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Assalamualaikum wbt..







Memaafkan,melupakan dan menyayangi,bukanlah suatu ungkapan,tapi suatu perbuatan.

Maaf.Satu perkataan yang mudah tetapi amat sukar  kepada seseorang yang perlu memberikan suatu kemaafan.Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang memeritkan jiwa,menjatuhkan dan menyedihkan kita.

Melupakan.Satu perkataan yang akan memadamkan suatu memori.

Sayang.Satu perkataan yang membahagiakan semua orang.Suatu perkara yang mampu membuatkan orang rasa tersenyum,indah,riang dan senang.

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Jika orang yang paling kita sayang,melukakan hati kita,lalu meminta maaf dari kita.Mungkin sesetengah daripada kita mengalami pelbagai situasi,ada yang ringan,ada yang berat.Situasi yang melukakan hati,mengguris jiwa.Mungkin ada yang berat dan sukar untuk memaafkan.Tapi,adakah kita mempersoalkan diri kita untuk memaafkan ini bahawa betulkah kita betul-betul sayang akan orang itu jika orang itu membuat kesalahan yang besar kepada kita?

Apakah nilai maaf sebenarnya?

Rasulullah secara khusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”[1].HR Muslim

Kemuliaan di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.” (QS: an Nisa’ [4]: 149).

” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)

Sifat pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti?Kita sendiri sebagai manusia juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.

Di dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.

“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya ditingkatkan, maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia.“ (HR: Al-Hakim).

Semuanya dah tertulis segala perjalanan.Setiap orang ada masalah,tetapi,saat dimana kita berada,itulah yang terbaik Allah letakkan untuk kita.Bersyukurlah kerana dapat menghayati erti memberi maaf.Mungkin rasa diri ini tidak mampu untuk memberikankan suatu kemaafan kerana masih ada tersembunyi rasa hipokrit dan tidak ikhlas itu sendiri.Tapi kita boleh mencuba untuk mencapai keikhlasan dalam memaafkan itu sendiri.Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk  memperbaiki diri.Moga kita tidak mensia-siakan setiap peluang keadaan yang Allah kurniakan.Moga terus sabar,tabah dan ikhlas untuk memaafkan.
Bismillah =')





Friday 13 September 2013

Permulaan yang sebelum pengakhiran

Assalamualaikum wbt..

Mulakan yang paling pertama.Kepada siapa patut anda tuju pada mulanya untuk segala-galanya.Untuk kesudahan yang sempurna haruslah dimulakan dengan permulaan yang sempurna.Permulaan yang sempurna dengan bersandarkan pada Allah SWT.Niatkan segala sesuatu kerana Allah,dan memperbanyakkan niat yang baik kerana Allah dalam sesuatu perkara.

Kadang-kadang kita terlupa siapa yang memegang segala keberjayaan dan kebaikan urusan kita.Mungkin kita akan berasa diri kita lemah di kala kita jatuh, di kala kita sendiri sepi,tetapi menjadi hamba Allah merupakan sesuatu perkara yang memberi kekuatan kepada diri kita kerana Maha Pencipta jugalah yang Maha Mengetahui untuk membantu hamba-hambaNya yang ibaratnya seperti seseorang yang mencari-cari dalam keadaan yang serba kekurangan di padang pasir yang terik dan panas.Kadang-kadang kita terlupa kepada Maha Pemberi yang sudah memberi berbagai-bagai nikmat jika kita bandingkan dengan musibah yang menimpa kita di suatu waktu.Siapakah kita untuk 'demanding' itu dan ini jika kita tidak berjaya menjadi hamba yang baik,tambahan pula dengan akal yang terbatas.

Sudah tiba masanya untuk memulakan langkah seiringan dengan niat yang kembali kepada kita sebagai hamba yang bekerja untuk Allah untuk mencapai redhaNya di dunia dan akhirat kelak.Mari niatkan segala sesuatu kerana Allah SWT jika kita berada di permulaan yang sebelum pengakhiran.Masih belum terlambat.Semoga setiap detik masa yang berlalu,telah menjadi milik kita ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh.

Jom kita tengok balik hadis 1,

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah