BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 30 October 2013

Tangan yang memberi

Assaamualaikum wbt,

Pengorbanan

Untuk mencapai sesuatu pengorbanan dengan penuh keikhlasan memerlukan sesuatu yang dapat menyentuh jiwa.Setiap pengorbanan,ada Yang Mengetahui.Setiap pengorbanan ada Yang Meredhai.Bermula dengan niat,setiap langkah dan harapan.Kadang-kadang,dalam erti sebagai seorang manusia,kita mengharapkan balasan yang setimpal dengan setiap pengorbanan.

Hidup ini diibaratkan seperti roda bukan?Kadang-kadang kita berada di bawah,dan kadang-kadang kita berada di atas.Sama juga seperti kadang-kadang kita perlu menjadi yang memberi dan kadang-kadang kita terpaksa menjadi yang menerima.Kita dari pihak yang memberi,tak kisahlah samada dalam bentuk tenaga,masa,wang ringgit,idea,suara,kasih sayang dan sebagainya.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga


(Al Baqarah : 111)


"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa.




"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."
(surah al Baqarah: 261)


Jom mainkan peranan kita sebagai pemberi kerana pulangan Allah SW itulah yang terbaik.Jom jadi orang yang bukan memeluk tubuh sendiri,tapi cuba menjadi insan yang kisah akan kepentingan orang sekeliling kerana itulah yang terbaik pada pandangan Allah.





Saturday 12 October 2013

Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan

Assalamualaikum wbt,


Sering kali kita berbicara mengenai pengorbanan  sebagai yang memberi.Jikalau kita mengubah sudut pandangan kita dari sebagai yang memberi,tetapi pandangan kita sebagai yang menerima.

Kita mengambil contoh yang paling dekat dengan kita,iaitu ibu bapa yang kita cintai.Pengorbanan yang ibu bapa lakukan ialah semata-mata kerana anak-anaknya.Kadang-kadang kita rasa malu,marah,tidak suka dengan apa yang ibu bapa berikan kepada kita.Sebagai contoh,kita malu dengan pekerjaan ibu bapa kita,kita tidak menghargai hadiah yang mereka berikan,kita marah jika mereka tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk kita.Tetapi,pernahkah kita menghadirkan rasa syukur kerana mereka lah,siapa kita sekarang ini.Pengorbanan masa senang mereka pada suatu masa,wang ringgit mereka,perasaan mereka,keringat,tenaga dan juga mereka berkorban perkara-perkara yang mereka impikan semata-mata untuk membesarkan kita menjadi insan yang berguna.

Bukan hanya keluarga sahaja,tetapi lihatlah orang di sekeliling anda seperti teman serumah anda,teman sebilik,rakan sekelas,guru dan mungkin orang yang anda pernah  anggap seperti seorang 'strangers' dalam hidup anda.Merekalah orang-orang yang pernah berkorban untuk anda tidak kira anda sedar,perasan ataupun tidak.Mungkin merekalah orang yang pernah mengalihkan halangan di hadapan anda,orang yang pernah menasihati anda di kala anda sedih dan buntu,orang yang pernah hadir di kala anda memerlukan dan sebagainya.

Selain kita belajar untuk menjadi ikhlas dalam mengorbankan sesuatu perkara untuk mengejar keredhaan Allah,kita juga perlu belajar untuk menerima orang di sekeliling seadanya kerana mereka juga melakukan perkara yang sama untuk anda kerana Allah SWT.

(At-Taubah:121)-Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak melintasi sesuatu lembah,kecuali akan dituliskan bagi mereka(sebagai amal kebajikan),untuk diberi balasan oleh Allah (dengan)yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.


                                                                                                                          

Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan.

Pengorbanan itu perlu.Perlu untuk membuahkan sesuatu kebaikan.Mungkin bukan sekarang,bukan satu jam kemudian,bukan keesokan hari,bukan tahun hadapan,tetapi apabila tiba waktu yang tepat,keadaan yang sesuai,segala-galanya akan membuahkan hasil dengan izin Allah SWT yang Maha Mengetahui,Maha Pemurah dan Maha Penyayang.