BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 22 February 2011

heart broken 3 kali dalam 1 malam

Assalam..
Hari ni cuti sempena hari pahlawan kat bumi rusia tercinta ni.Haha..
Mood nk study mmg out.Kawan-kawan yang lain semua buka buku kot.Aduhh.Jiwa kacau.Sambil dengar lagu have i told you lately that i love you.Lagu Amal bagi kat pakwe dia.Haha.Semua kawan aku in relationship.Aku bahagia jika mereka bahagia.

Baru 2 hari lepas aku heart broken.3 kali dalam satu malam.Aku dapat ketiga-tiga berita itu dalam malam itu jugak.Aduhh.X taulah mcm mna nk ckap perasaan waktu tu.2 orang itu ialah usrah mates aku.Depa dah tukaq usrah.Sedih kot.Mungkin b4 ni aku terlalu bergantung pada mereka.Bukannya apa.Kalau aku stress,aku akn mintak jalan terbaik untuk mengurangkannya.Jalan yang mereka bagi tu bagi aku tenang dan bertawakal padaNya.Bergelak tawa dengan mereka.Mungkin lepas ini mungkin sedikit susah utk berjumpa.Universiti lain-lain.Hmm,,ada hikmahnya.Siapa tahu.Orang yang ketiga ialah orang yang aku admire.Dah in relationship.Siapa yang x sedih kalau orang yang dia admire dah in relationship.Tapi tahap sedih aku x la smpai menangis atau yg lebih dasyat lagi menangis terguling-guling.Haha.

Hari keesokannya,aku menghadirkan diri dalam usrah seperti biasa.Gelak ketawa,berkongsi pendapat,membaca ayat al-quran.Tapi ada yang membuatkan jiwa ini berdetak.Tazkirah yang disampaikan oleh sahabat aku sendiri.Pasal sabar.Terasa tersentuh kerana semuanya telah ada aturanNya.Allah memang tahu aku perlukan sesuatu yang perlu membangkitkan dan menenangkan jiwa yang gundah ini.Sweet nya Dia.Salah satu nya ialah bersabar dengan dugaan hidup seperti kekecewaan,kesedihan dan musibah.Allah suka pada orang yang bersabar.Barang siapa yang mensabarkan dirinya maka Allah akan menjadikan dia orang yang sabar.Sabar itu separuh dari iman.Ibarat cahaya yang menerangi kegelapan dosa2 yang telah dilakukan.Apa itu sabar?mungkin sabar itu menahan diri dan melakukan perkara yang terbaik pada masa itu. Sabar bukan kerana takut,marah dan kecewa.Yang pasti sabar keranaNya.Mengadu segala kesusahan,kesedihan yang dialami kerana Dia lah sebaik2 pendengar.Allah memberi musibah kerana ingin menguji tahap keimanan hambanya,meningkatkan darjat hambanya dan rindu akan rintihan hambanya.Jangan mempersoalkan aturanNya kerna hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk kita.Semuanya sudah tertulis.Hanya bergantung pada kita memilih jalan yang terbaik untuk melalui dugaan dunia ini untuk mendapat keredhaanNya.

Sebagai manusia,kita lupa siapa kita-Hamba Allah...
Alhamdulillah...
Chaiyok Mai..

3 comments:

Unknown said...

go2 Mai~~~
chaiyok~
iAllah
org2 yg sabar tue besar sgt ganjaran dia~
smoga kita termasuk dlm golongan tue~
iAllah~
may Allah bless~

Afiah Zawawi said...

kenapa waktu colloq ada setengah lecturer bagi soalan lebih kpd students yang dia syg? sbb dia nak naikkan markah student yg dia syg. kalau keluhanlah yang student tu berikan. terimalah markah yang lebih rendah. tapi jika usaha untuk menyelesaikan soalan itu dengan sabar yang dibuat oleh pelajar tersebut. usaha itu dpt dilihat oleh pensyarah dan memberikannya markah yang tinggi. sekiranya dia berjaya menyelesaikan soalan tersebut. lagila high score! wallahualam. beginilah juga ujian yang diberikan oleh Allah. untuk menaikkan darjat hambanya. jazakillah Maisarah!! =D

masturah said...

:) yaa. kita kena sabaq, hat tuh ja penawar sgala kesedihan. kesabaran tuh la yg akan menukarkan kedukaan kpada kebahagiaan. malah lebih bahagia drpd orang lain. hnya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita, :D