Assalamualaikum..
Nur Kasih mengingatkan aku pada Ramadhan.Apabila memikirkan sesuatu aku lebih cenderung utk memperdengarkan lagu ini.Rindunya Ramadhan.Cuti summer memang membawa pelbagai episod kehidupan.Aku mula menghargai apa yg ada di sekeliling.Aku yang memang malas menunaikan solat sunat terawih ketika pada tika dahulu tapi telah berubah ke arah yang lebih baik.Laju sungguh hatiku untuk menunai kan solat sunat ini walaupun terpaksa berjalan kaki dari rumah.Rasa selamat dan dahagakan ayat2 hafazan yg dialunkan imam ketika solat.Alunan yg sungguh merdu.Hati tenang.Angin malam yang dingin.Aku hanya mengenakan telekung ketika perjalanan ke surau.Indahnya Ramadhan berbanding bulan2 yang lain.Terasa kelainannya.Semoga aku berkesempatan untuk menempuh Ramadhan yang akan datang dengan lebih bermakna.Amin.
Tuesday, 21 September 2010
Nur Kasih..
Posted by siti maisarah zaini at 05:20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
likes this. alhamdulillah
Post a Comment