BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 13 April 2010

BAIK IKHLAS

Baru-baru ini terdetik dalam hati ini untuk berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik.Usrah yang berjalan memang memberi makna yang besar dalam hidupku.Lebih pengisian.Aku lebih suka mendengar penyampaian kakak2 usrah-Kak Sarah dan kak Dayyinah dan saudara2 seusrah.Aku juga tidak jemu untuk mengajukan persoalan yang menjadi gelisah dalam hati ini.Alhamdulillah.Allah Maha Penyayang.Kerana mengurniakan kakak2 untuk membimbing aku.Terima kasih Allah.Kali ini aku sahaja ingin menulis.Aku ingin menyuarakan satu isi hati yang memang ingin aku keluarkan.BAIK dan IKHLAS.Niat kita berubah ialah untuk mendapat keredhaanNya.Tetapi takut pula apabila manusia di sekeliling memuji BAIK apabila kita melakukan sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan.Bukannya apa, takut tersasar dari niat dan takut tergolong dalam golongan orang2 yang riak.Kerana manusia ialah insan yang lemah.Aku juga tergolong dalam golongan itu kerana kadang2 tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.Siapa yang tidak gembira dengan pujian yang diberikan?Bagi aku pula,aku bersyukur dengan pujian yang diberikan dari hamba2 Allah sambil melemparkan sebuah senyuman yang ikhlas kerana segala-galanya datang dari Allah SWT.Tetapi janganlah mudah puas hati dengan pujian itu kerana hanya Allah yang tahu baik buruk hati ini.Oleh itu,berusaha lagi untuk menjadi BAIK lagi IKHLAS di sisi Allah.Jangan malu tidak bertempat. InsyaAllah.Amin.

3 comments:

Unknown said...

yup!!
btol2 mai!!
insya Allah
sme2 la kita cube utk berubah
to be the best..=)

nurmulya said...

ade org bgtau saya baru2 ni..kalo tak nak riak..bila org puji je..terus baca..inna solaati wanusuki wa mahyaaya wa mamati lillahi rabbil alamin..baca 3 kali..insya Allah..niat ikhlas kiyta takkan tersasar sebab kita cepat2 ingatkan diri kita bahawa everything comes from Allah..=)

siti maisarah zaini said...

thanxx izzati..jazakillah..
moon..sama2 kita beramal =)