Salam wbt,
Tamat sudah satu tanggungjawab,dan insyaAllah akan diteruskan dengan satu medan amal yang lain,insyaAllah bermanfaat untuk diri dan orang lain.Alhamdulillah.Semoga Allah membalas jasa baik yang sudi membaca beberapa kerat tazkirah sebelum-sebelum ini.Semoga penulisan-penulisan yg lepas bukanlah terhias indah di blog ini.Tapi yang sama-sama kita mengharapkan ialah amal itu sendiri.InsyaAllah.
Alhamdulillah.Satu berita baik yang diri ini memang tertunggu-tunggu sebelum ini.Walaupun Allah sekat selama 3 bulan,tapi ada hikmah di sebaliknya.Allah bagi masa untuk settlekan dahulu masalah yang timbul.Masalah yang selalu membuatkan diri ini rasa, disebabkan masalah inilah Allah tarik satu tanggungjawab dari diri ini atas sebab kekurangan diri ini.Tetapi sebenarnya,Allah bagi peluang untuk diri ini belajar,muhasabah diri,dan Allah bagi masa untuk diri ini cari kekuatan.Alhamdulillah,mengikhlaskan diri dalam dugaan yang dah berlaku.Memaafkan,melupakan dan menyayangi.InsyaAllah akan lakukan sebaiknya.Bismillah. =)
Moga Allah terus redha,moga dapat jalankan tanggungjawab dgn lebih baik,bermanfaat dan bersemangat.Semoga kita disibukkan dengan perkara-perkara yang besar drpd perkara-perkara yang kecil.Sebab boleh jadi jiwa kacau kalau asyik disibukkan dengan benda-benda kecil ni.Syaitan suka mainkan peranan dalam benda-benda kecil ni.Kita insan lemah.Moga Allah terus memberi kekuatan dan pemeliharaan untuk berada dalam jalan yang benar dan mendapat kebaikan atas keredhaan dan keberkatanNya.Kerana saya percaya dengan ada permulaan yang baik,maka ada pengakhiran yang baik.Dengan usaha dan mujahadah,kita serahkan keputusanNya kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui.
Semoga hari esok,lebih baik,diri lebih baik,mujahadah.
Sunday, 10 November 2013
Kebaikan atas keredhaan dan keberkatanNya.
Posted by siti maisarah zaini at 10:51 0 comments
Wednesday, 30 October 2013
Tangan yang memberi
Assaamualaikum wbt,
Pengorbanan
Untuk mencapai sesuatu pengorbanan dengan penuh keikhlasan memerlukan sesuatu yang dapat menyentuh jiwa.Setiap pengorbanan,ada Yang Mengetahui.Setiap pengorbanan ada Yang Meredhai.Bermula dengan niat,setiap langkah dan harapan.Kadang-kadang,dalam erti sebagai seorang manusia,kita mengharapkan balasan yang setimpal dengan setiap pengorbanan.
Hidup ini diibaratkan seperti roda bukan?Kadang-kadang kita berada di bawah,dan kadang-kadang kita berada di atas.Sama juga seperti kadang-kadang kita perlu menjadi yang memberi dan kadang-kadang kita terpaksa menjadi yang menerima.Kita dari pihak yang memberi,tak kisahlah samada dalam bentuk tenaga,masa,wang ringgit,idea,suara,kasih sayang dan sebagainya.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga
(Al Baqarah : 111)
"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa.
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."
(surah al Baqarah: 261)
Posted by siti maisarah zaini at 01:05 0 comments
Saturday, 12 October 2013
Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan
Assalamualaikum wbt,
Posted by siti maisarah zaini at 00:54 0 comments
Sunday, 22 September 2013
Memaafkan,melupakan dan menyayangi.
Assalamualaikum wbt..
Memaafkan,melupakan dan menyayangi,bukanlah suatu ungkapan,tapi suatu perbuatan.
Maaf.Satu perkataan yang mudah tetapi amat sukar kepada seseorang yang perlu memberikan suatu kemaafan.Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang memeritkan jiwa,menjatuhkan dan menyedihkan kita.
Melupakan.Satu perkataan yang akan memadamkan suatu memori.
Sayang.Satu perkataan yang membahagiakan semua orang.Suatu perkara yang mampu membuatkan orang rasa tersenyum,indah,riang dan senang.
Memaafkan,melupakan dan menyayangi.
Jika orang yang paling kita sayang,melukakan hati kita,lalu meminta maaf dari kita.Mungkin sesetengah daripada kita mengalami pelbagai situasi,ada yang ringan,ada yang berat.Situasi yang melukakan hati,mengguris jiwa.Mungkin ada yang berat dan sukar untuk memaafkan.Tapi,adakah kita mempersoalkan diri kita untuk memaafkan ini bahawa betulkah kita betul-betul sayang akan orang itu jika orang itu membuat kesalahan yang besar kepada kita?
Apakah nilai maaf sebenarnya?
Rasulullah secara khusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”[1].HR Muslim
Kemuliaan di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.
“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.” (QS: an Nisa’ [4]: 149).
” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)
Sifat pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti?Kita sendiri sebagai manusia juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.
Di dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.
“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya ditingkatkan, maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia.“ (HR: Al-Hakim).
Semuanya dah tertulis segala perjalanan.Setiap orang ada masalah,tetapi,saat dimana kita berada,itulah yang terbaik Allah letakkan untuk kita.Bersyukurlah kerana dapat menghayati erti memberi maaf.Mungkin rasa diri ini tidak mampu untuk memberikankan suatu kemaafan kerana masih ada tersembunyi rasa hipokrit dan tidak ikhlas itu sendiri.Tapi kita boleh mencuba untuk mencapai keikhlasan dalam memaafkan itu sendiri.Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk memperbaiki diri.Moga kita tidak mensia-siakan setiap peluang keadaan yang Allah kurniakan.Moga terus sabar,tabah dan ikhlas untuk memaafkan.
Bismillah =')
Posted by siti maisarah zaini at 22:57 0 comments
Friday, 13 September 2013
Permulaan yang sebelum pengakhiran
Assalamualaikum wbt..
Mulakan yang paling pertama.Kepada siapa patut anda tuju pada mulanya untuk segala-galanya.Untuk kesudahan yang sempurna haruslah dimulakan dengan permulaan yang sempurna.Permulaan yang sempurna dengan bersandarkan pada Allah SWT.Niatkan segala sesuatu kerana Allah,dan memperbanyakkan niat yang baik kerana Allah dalam sesuatu perkara.
Kadang-kadang kita terlupa siapa yang memegang segala keberjayaan dan kebaikan urusan kita.Mungkin kita akan berasa diri kita lemah di kala kita jatuh, di kala kita sendiri sepi,tetapi menjadi hamba Allah merupakan sesuatu perkara yang memberi kekuatan kepada diri kita kerana Maha Pencipta jugalah yang Maha Mengetahui untuk membantu hamba-hambaNya yang ibaratnya seperti seseorang yang mencari-cari dalam keadaan yang serba kekurangan di padang pasir yang terik dan panas.Kadang-kadang kita terlupa kepada Maha Pemberi yang sudah memberi berbagai-bagai nikmat jika kita bandingkan dengan musibah yang menimpa kita di suatu waktu.Siapakah kita untuk 'demanding' itu dan ini jika kita tidak berjaya menjadi hamba yang baik,tambahan pula dengan akal yang terbatas.
Sudah tiba masanya untuk memulakan langkah seiringan dengan niat yang kembali kepada kita sebagai hamba yang bekerja untuk Allah untuk mencapai redhaNya di dunia dan akhirat kelak.Mari niatkan segala sesuatu kerana Allah SWT jika kita berada di permulaan yang sebelum pengakhiran.Masih belum terlambat.Semoga setiap detik masa yang berlalu,telah menjadi milik kita ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh.
Jom kita tengok balik hadis 1,
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.
Posted by siti maisarah zaini at 13:54 0 comments
Saturday, 29 June 2013
Saya dah habis exam!!
Assalamualaikum wbt,
Bermulanya musim peperiksaan maka ada jugalah pengakhirannya.Detik-detik yang memang setiap orang akan tertunggu-tunggu.Sudah berlegar-legar dan bermain-main dalam kepala beberapa perkara yang kita ingin lakukan sebaik sahaja musim peperiksaan tamat.Mungkin ada yang sudah menyediakan senarai perkara yang ingin dilakukan.
Apa pun,jom kita mengucapkan tahniah kepada diri masing-masing yang sudah mengakhiri musim 'ëxam' dengan penuh istiqamah,usaha,doa dan tawakkal.Tidak salah bagi kita untuk memberi 'reward' kepada diri kita sendiri selagi kita tidak terpesong dengan tujuan kita yang sebenar .Jom kita membuat refleksi diri balik dengan firman Allah SWT :
Surah Al Inshirah,ayat 7 hingga 8:-
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.
Kadang-kadang kita terlebih gembira dengan mengejar perkara-perkara duniawi sehingga kita lalai dengan urusan yang mengingatkan kita pada hari akhirat.Kerana hidup di dunia ini juga ialah satu ujian kepada manusia,dan pengakhirannya ialah pada hari akhirat nanti.Reward yang kita hanya harapkan hanyalah syurga.Semoga kita tidak tertipu dengan hasutan dan bisikan dunia.Jom hayati erti mujahadah sebagai peneguh hati tanpa mengenal erti henti.Tanamkan dalam hati dengan penuh mujahadah,berdoa untuk melakukan sesuatu perkara dengan pasti niat keranaNya supaya amalan kita diberkati,diredhai dan bermanfaat pada yang lain sepanjang masa.InsyaAllah.
Posted by siti maisarah zaini at 10:32 0 comments
Thursday, 13 June 2013
EXercises+Allah+Manusia=EX-A-M
Assalamualaikum wbt,
Buku-buku,nota-nota dah bertimbun atas meja,musim peperiksaan dah datang!Apabila di musim peperiksaan ini,masing-masing tumpukan perhatian pada ulangkaji(exercise) untuk menjawab peperiksaan dengan jayanya dan untuk meng'upgrade'kan diri kepada tahap yang seterusnya.Jom kita mengucapkan tahniah pada diri masing-masing kerana mempunyai semangat untuk berdaya usaha demi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan untuk menjamin masa depan yang cerah.
Kadang-kadang,kita tak perasan pun,apabila tiba musim exam,sedikit sebanyak,ibadah kita pada Allah terjejas.Jom 'check'.Hubungan dengan Maha Pencipta haruslah kita jaga.Ibadah wajib perlulah dijaga dan tidak sengaja dilewat-lewatkan.Amalan membaca al quran,berzikir,berdoa,solat-solat sunat bukanlah untuk kita kurangkan di musim peperiksaan sebagai alasan tidak mempunyai masa.Padahal,segala ilmu yang kita cari ini,hanyalah milik Allah.Kepada siapa lagi kita minta ilmu ini jika bukan pada Allah?Di musim peperiksaan lah hati dan jiwa ini 'nervous',tak tenang, dan resah.Kepada siapa lagi kita minta ketenangan hati jika bukan pada Allah? Di musim peperiksaan inilah kita mengharapkan untuk menghafal segala info dengan senang dan cepat.Kepada siapa lagi kita minta untuk menerangkan hati dan akal jika bukan pada Allah?
Apabila terlalu fokus, kita terlupa tanggungjawab kita dengan orang-orang di sekeliling kerana terlalu asyik dengan persediaan menghadapi peperiksaan.Kita terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang saudara muslim kepada saudara muslim yang lain.Sebagai contoh,masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri tanpa bertegur siapa,mahupun senyum.
Kita haruslah mencari keberkatan Allah itu sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia,kerana keberkatan Allah itulah yang menjamin kehidupan kita kelak.Segala amalan kita sekarang yang menentukan keberkatan yang akan kita dapat.Jika kita mencari dunia itu sendiri,maka kita akan dapat dunia.Tapi kalau kita mencari akhirat itu sendiri,maka kita akan dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.
Jom kita tengok firman Allah SWT,
“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia... (QS Ali Imran [3]:112)
Memang susah,tetapi apabila kita mulakan selangkah,InsyaAllah Allah akan bersama-sama kita jika niat kita ikhlas keranaNya.Semoga usaha yang kita curahkan untuk menggapai ilmu bagi menjawab peperiksaan bukanlah hanya setakat untuk menjawab peperiksaan sahaja,tapi ilmu yang kita dah peroleh itu dapat kita manfaatkan pada orang lain dan mendapat keberkatan Allah sepanjang hayat kita.
Apabila teringat EXAM,jom kita ingat balik formula yang kita boleh ambil dari perkataan EXAM ini supaya kita tidak lalai.'EX' untuk exercises,jom buat banyak latihan dan ulangkaji.'A' untuk Allah,jangan pernah kurangkan ibadah anda akan tetapi jom kita tingkatkan amal ibadah kita.'M' untuk manusia,jom kita jadi saudara muslim yang mengambil berat akan saudaranya yang lain tidak kira di masa sibuk ataupun lapang.
All the best for exam!!
Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal pada Allah yang Maha Memelihara(Ya Muhaimin). =)
Posted by siti maisarah zaini at 19:19 0 comments



.jpg)