BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, 14 May 2013

Bebaskan Diri,Bebaskan Palestin

Assalamualaikum wbt,

Dalam sama-sama kita mengingati,mengambil tahu dan prihatin akan saudara-saudara seislam kita di Palestin sempena An Nakbah maka haruslah kita juga mengkaji di mana kekuatan dan kelemahan kita umat Islam sekarang.Pernah tak anda terbaca satu artikel mengenai thesis ''Why are Jews are so smart'' yang telah ditulis oleh Dr. Steven Carr Leon yang mengambil masa selama 8 tahun.

Dr. Steven Carr Leon,berasal dari California yang membuat 'internship' di beberapa buah hospital di Israel.Antara penemuan beliau dalam 8 tahun ini:-
1)Persiapan awal bagi ibu yang mengandung dengan bermain piano,menyanyi dan menyelesaikan soalan matematik untuk kebaikan anak dalam kandungan.
2)Ibu mengandung mempraktikkan buah kurma,badam dan susu dalam diet seharian.
3)Campuran daging dan ikan tidak baik dimakan bersama mengikut masyarakat Israel
4)Amat benci akan rokok terutama di kawasan perumahan
5)Makanan awal anak-anak yahudi ialah susu,kurma,badam,minyak ikan
6)Pendidikan awal kanak-kanak dengan piano dan biola
7)Kanak-kanak seawal tahap 1 hingga 6 didedahkan dengan ilmu matematik dalam perniagaan
8)Olahraga menjadi kewajipan di setiap peringkat persekolahan.
9)Mengharuskan pelajar sekolah tinggi untuk mencipta sesuatu produk




Seperti yang kita tahu,skill muzik,matematik dapat menggerakkan fungsi otak kanan dengan lebih optimum,olahraga yang mencerdaskan minda dan mencergaskan tubuh badan,mendorong sifat rekacipta untuk menghasilkan pelbagai sudut daya kreativiti dan mereka juga mengambil beberapa sunah dan amalan Rasulullah dalam kehidupan seharian.Kita sendiri tak dapat nafikan,Israel mendahului dalam aspek ekonomi,science,media,pendidikan dan banyak lagi.




Masih tak cukupkah kita melihat gambar anak anak Palestin yang berlumuran darah menyirami bumi ? Siapa kita bagi saudara kita di Palestin?Adakah kita sedar apa yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin?Sudah cukup kah amalan,usaha,daya atau ilmu kita untuk membantu mereka.Adakah kita sudah bersedia untuk menjawab apabila Allah bertanya pada hari akhirat nanti apa yang kita sudah lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin?

Kita ada Allah.Kita ada Al Quran dan Sunnah.Kita sudah ada petunjuk yang memang pasti dari Yang Maha Mengetahui.Jom kita tanya diri kita setakat mana kita mengejar redha Allah dalam hidup kita sebagai usaha untuk membebaskan tanah Palestin.Ada yang berkempen,ada yang ambil tahu setiap update,ada yang memboikot,ada yang mengamalkan qunut nazilah dan ada yang berdoa.

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”

-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-


Mungkin ada yang melakukan sebahagian dan ada yang semuanya.Mungkin cara kita berbeza,tapi hakikat matlamat kita sama.Bebaskan diri dari mimpi-mimpi indah dunia yang direka oleh Israel untuk menjatuhkan umat Islam.Bebaskan Palestin!

Saturday, 27 April 2013

Tahukah anda?



Assalamualaikum,



Sinarnya matahari,angin yang bertiup,awan yang bergerak,pokok yang menghijau dan banyak lagi.Dengan nikmat yang Allah bagi ini,bagaimana perlu kita manfaatkan?Patutlah kita bersyukur dengan nikmat ketenangan jika kita bandingkan dengan rasa bahaya,ancaman dan ketakutan.

Selain kita melihat alam sekeliling,yang telah Allah kurniakan pada kita,jom kita lihat pada diri sendiri.Bukankah tubuh badan ini juga merupakan amanah Allah.Kita sibuk dengan tugasan harian kita.Kadang-kala kita terlupa mengenai amanah tubuh badan ini.Padahal tubuh badan dan jasad inilah yang membantu kita menyempurnakan tugasan harian kita.Janganlah kita abaikan hak tubuh badan ini sehingga kita jatuh sakit.

Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atas dirimu.(HR. Imam Muslim)

Bagaimana ya kita nak menjaga amanah tubuh badan ini?Sudah pastinya dengan bersenam,riadah,mengamalkan diet yang tidak berlebihan dan sebagainya.Jom kita rujuk pada Al quran dan idola kita,Rasulullah SAW.

Allah berfirman dalam Al Qur’an surat Al A’raf ayat 31:
“Hai anak Adam, kenakan pakaianmu yang indah disetiap memasuki masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang-orang yang belebih-lebihan.”

Rasulullah SAW menganjurkan semua muslim berolahraga secara rutin sebagai upaya untuk menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani. Sabda baginda: “Ajarilah anakmu (olahraga) berenang dan memanah” (HR.Dailami).

Olahraga yang dilakukan secara rutin dapat membawa kepada perkembangan jiwa sambil meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri .Selain untuk menjaga stamina olahraga berfungsi untuk memperkuat daya tahan tubuh, sehingga tidak mudah diserang penyakit.Seperti yang anda tahu,mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Moga kita tidak membiarkan tubuh badan ini lesu,pasif kerana tubuh badan yang sihat amatlah berguna dalam cara hidup Islam itu sendiri.Janganlah kita jadikan alasan kesempitan masa untuk mengelak dari menunaikan hak pada tubuh badan.Tanggungjawab menunaikan hak pada tubuh badan itu sentiasa melebihi masa yang ada.Semoga kita bukanlah dalam golongan yang disoal mengenai kezaliman yang kita dah lakukan pada tubuh badan hari akhirat kelak.Jom kita mula dan teruskan menjaga hak kepada tubuh badan supaya kita sentiasa sihat,dapat menjadi orang yang bermanfaat di muka bumi ini dan dalam emosi yang sempurna.

Friday, 19 April 2013

180 degree change in perception

Assalamualaikum..

Manusia memang cepat tertipu.Apabila dah sedar tertipu dgn org,diri sendiri seriously rasa stress,nak tidur saja one day long.180 degree change in perception toward urself and others.From north to south.From west to east.Terfikir nak hentuk kepala di dinding,tapi tahu akan sakit.Itu stupisimo namanya.Haha.Tak apalah.Apa guna penyesalan.Manusia ini memang tak tahu.Kalau tanpa petunjukNya,berapa lama lagi lah kita akan tertipu.Tiada penyesalan yang lama.Cukuplah sesal dan terus mengambil pengajaran.Alhamdulillah.



Belajar deen in Islam(cara hidup Islam) itu sendiri penting,sbb deen Allah itu sendiri dah tahu apa yang tebaik untuk hambaNya.Mohon petunjuk Allah,seiring dengan ikhlas tak mungkin luput dalam doa.Saya percaya,apabila kita ikut ketetapan Allah,kita mampu utk jadi seseorang yang tinggi darjatnya diiringi dengan ketenangan, bebas dari fitnah dan dapat menjadi yang bermanfaat pada diri dan orang lain.

Analoginya,kalau saya bagi dua orang,seorang presiden,seorang mat rempit.Yang mana satu anda nak ikut?Mesti anda nak ikut yang lagi terpelajar,tak menyalahi undang-undang,dihormati,dan anda pasti akan mengikut yang boleh bagi kebaikan pada anda.

Nak kata kat sini,darjat Allah dan ketetapan Allah itu tak terkira kebaikannya dari darjat dan ketetapan manusia.Darjat Allah dan ketetapan Allah itu yang terbaik.Jom follow,jom subscribe deen Allah itu.Super infinity terbaik.Tak payah dah nak terfikir hentuk kepala dekat dinding.


Monday, 8 April 2013

10 versus 1

Assalamualaikum wbt,

Hari demi hari,kita berusaha untuk mencapai sesuatu.Apabila seseorang individu itu tahu peranan dan targetnya untuk mencapai sesuatu,maka segalanya diletakkan dalam satu fokus.

Saya bagi analogi yang mudah,jika saya cuba mematahkan satu batang ranting kayu dibandingkan 10 batang ranting kayu,yang mana lagi senang untuk dipatahkan?Sebatang ranting kayu mudah untuk dipatahkan jika dibandingkan dengan 10 batang ranting kayu.Maka yang saya nak sampaikan di sini ialah kekuatan 10 batang ranting kayu lagi kuat dibandingkan dengan kekuatan satu batang kayu.

Jika dibandingkan bekerja secara individu dengan secara berpasukan,yang manakah lagi kukuh?Saya tinggalkan persoalan itu pada anda.



Semangat satu pasukan.Untuk mencapai satu kejayaan,sudah pasti bukan melibatkan satu individu tetapi melibatkan orang sekeliling yang memberi sokongan padu.Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan sesuatu.Sudah pastinya,setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Itulah sebenarnya kelebihan berkerjasama dalam satu pasukan.Apabila kita bekerja dalam pasukan,semua orang akan bekerja bersama-sama.Tiada yang lebih dan tiada yang kurang komitmennya.Bahkan setiap individu menyumbang sesuatu kepada pasukan tersebut.Tiada rasa inferioriti mengenai diri sendiri,malah anda patut yakin dengan kelebihan yang anda ada dan anda ada bahagian anda untuk menyumbang dalam pasukan tersebut.Kehadiran anda,tidak kisahlah dalam apa-apa perkara pun,ada tujuannya,dan bukanlah sia-sia.Firman Allah SWT:

Allah Ta'ala berfirman ” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main (sia-sia). Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (QS Ad Dukhaan [44] : 38-39)

Manusia tiada yang sempurna.Seperti yang saya lihat,anda lihat,setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Apabila setiap individu yang mempunyai kelebihan lalu saling men 'topup' kelebihan kepada kekurangan individu yang lain,maka kelebihan dapat mengatasi kekurangan individu dan pasukan tersebut.Lalu terbentuklah satu pasukan yang kuat,mantap dan kukuh.Jom tengok firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff [61]: 4)


Wahh,Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya sepanjang zaman.Bayangkan ayat Al Quran ini yang diturunkan pada suatu masa dahulu,dan kebaikannya  bukan hanya pada untuk suatu masa dahulu.Tapi sehingga kini.




Jom jadi lagi bersemangat untuk mencapai sesuatu tujuan kita apabila kita bekerja dalam satu pasukan.Biarlah bersemangat setinggi puncak yang ingin mencapai angkasa.Angkasa yang dipenuhi dengan bintang-bintang kejayaan.Jom menyerlah jauh dari yang biasa,dan ini bukan ungkapan sekadar mimpi.

Thursday, 28 March 2013

monolog

Assalamualaikum wbt,

Heeeee..tengah renyih dengan bahagianya.Kenapa yarhh cik siti maisarah?Sebab saya jumpa jawapan yang saya nak,yang boleh menenangkan hati ini.Kalau Allah nak bagi sesuatu pada hambaNya,maka tak ada sesuatu yang dapat menghalang ketentuanNya.

 Apabila  membaca satu tafsir yang agak panjang dengan harapan dapat meng'absorb' segala isi untuk dibincangkan dalam usrah esok(homework usrah).Hehe.Tapi,agak terkejut,terkedu bila baca ayat last sekali di muka surat 63 iaitu ''Allah sebaik-baik pemberi keputusan''.

Kebelakangan ni ada perasaan nervous dalam semua benda yang saya buat.Apabila asyik memikirkan keputusan yang bakal diterima.Tak kisahlah dalam apa pun.

Alhamdulillah.

p/s:jangan judge atau buat assumption pada orang yang kita sendiri belum kenal.Amatlah tidak baik.Bersangka baik pada tujuan yang sama2 kita nak tuju iaitu untuk menjadi insan yang lebih baik(peringatan untuk diri sendiri dan semua).Terima yang seadanya.=)

Wednesday, 27 March 2013

Bukan sekadar homosapien yang biasa

Assalamualaikum wbt.


Kita manusia,ataupun mengikut spesies biologi saintifik ialah homosapien.Kita bukanlah sekadar homosapien yang hanya tahu bangun tidur,pergi ke kelas,makan,tidur tetapi kita ada tujuan kita yang luar biasa iaitu untuk menjadi khalifah yang memakmurkan alam dan menjalankan ibadah padaNya.Jom jadi homosapien yang luar biasa dan hebat.

Pernah tak merasakan perkara yang menimpa sebagai suatu bebanan pada jiwa?Macam lori yang membawa muatan yang lebih hadnya merangkak mendaki bukit dengan perlahan .Hidup ini tak senangkan?Siapa yang dapat lari dengan ujianNya?Hanya Firman Allah yang dapat menenangkan hati hamba-hambaNya yang lemah ini.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Berbeza tak orang yang sabar dan cuba untuk selesaikan sesuatu perkara berbanding dengan orang yang hanya duduk di rumah goyang kaki laju-laju?

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Wah,untungnya dan bahagianya apabila baca ayat di atas, Allah menjanjikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Untung dan hebatkan orang yang sabar dan hanya berharap padaNya, cuba berusaha memerah keringat,memikirkan idea untuk mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Untuk apakah bebanan yang bertalu-talu ini?Jom kita tengok hadis ini:
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesalahan,kerana kita selalu alpa.Tetapi,Maha Pencipta begitu Maha Penyayang pada hamba-hambaNya dengan memberi peluang pada hamba-hambaNya untuk sentiasa dalam keadaan bersih dari dosa.Apa lagi keluhan kita?

Apa peranan kita?Ayuh kurangkan keluhan,perhebatkan panjatkan kesyukuran,perhebatkan frekuensi berdoa,perhebatkan amalan membaca al quran,perhebatkan mempraktiskan akhlak yang mulia,perhebatkan jiwa dalam mengesakanNya dalam semua perkara,perhebatkan jasmani dan perhebatkan minda.

Jom hayati kata-kata pujangga di bawah,
''Menjadi orang hebat bukan satu pilihan,tetapi suatu perjuangan kerana syurga hanya menerima orang-orang yang hebat''.


Tuesday, 12 March 2013

POSITIF jiwa,fikiran dan akhlak.

Assalamualaikum,



Apabila ada jiwa yang positif,fikiran juga positif dan akhlak jugak terpamer dalam sudut yang positif.Langkah pertama perlu mencari jiwa yang positif.Tetapi macam mana nak dapatkan jiwa yang positif?

Prinsip yang teguh.Prinsip yang teguh di sini ialah memegang pada sesuatu yang teguh.Firman-firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW haruslah menjadi santapan  jiwa.Allah banyak mengajar hamba-hambaNya untuk melalui kehidupan ini dengan kisah-kisah rasul-rasul,nabi-nabi,sahabat-sahabat,hamba-hambaNya yang soleh yang boleh kita ambil ikhtibar.Dan juga kisah-kisah orang yang ingkar ajaran dan petunjuk Allah yang boleh kita ambil pengajaran.Menjalani kehidupan sebagai individu di zaman urbanisasi ini banyak dugaannya.Dengan positifnya jiwa,kita tak mudah jatuh dan menganggap segala dugaan yang menimpa itu satu bebanan dan titik berhenti.Malah kita akan memikirkan dugaan itu satu ujian dari Maha Pencipta untuk menguji hamba-hambaNya.Jika kegagalan mendatang,tetapi dengan individu yang berbekalkan jiwa yang penuh dengan didikan Al Quran dan hadis,kegagalan tidak lagi menjadi sebab penghalang untuk menjadi lebih produktif,maju dan berani untuk keluar dari lembah kegagalan.Kita boleh berfikir sejenak sebelum mengambil apa-apa tindakan dengan membandingkan apa yang akan bakal terjadi jika kita membuat sesuatu perkara.Pertimbangan itu wajar.Fikiran yang positif juga mampu dimiliki kalau kita sentiasa menunaikan tanggungjawab dan hak tubuh badan.Maksudnya di sini,apabila kita sentiasa bersenam kerana apabila kita bersenam,kita memperbaiki sistem-sistem tubuh badan.Apabila badan sihat,otak pun cerdas.Kan?Apabila jiwa dan fikiran yang positif bergabung,maka zahirlah akhlak yang positif.


Jom tengok balik firman Allah SWT:
''Dan apa saja-perbuatan baik-yang engkau sekalian berikan untuk dirimu sendiri,nanti pasti akan engkau sekalian dapati di sisi Allah,keadaannya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya dan mohonlah pengampunan kepada Allah ,sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang''(Al-Muzammil:20)

Rasa lagi bersemangat nak jadi orang yang ada fikiran,jiwa dan kelakuan yang positif.Hidup tenang bahagia di dunia dan mendapat ganjaran pahala untuk akhirat yang berganda.Berjaya dunia akhirat.Siapa yang tak nak?

Allah Ta'ala berfirman:
''Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan.''(Al Baqarah:148)


Apabila anda menjadi positif,anda dapat menarik charge-charge negatif di luar sana.Anda tidak akan membiarkan segala kesusahan yang anda hadapi begitu sahaja tanpa usaha penyelesaian.Apabila positif bertemu negatif maka neutral lah jawapannya.Anda akan dapat mengurangkan charge-charge negatif itu sedikit demi sedikit.Dan yang paling untungnya charge positif anda semakin bertambah kuat.Anda dapat menarik charge negatif,yang juga bermaksud anda menarik  orang-orang di luar sana yang memerlukan nasihat anda.InsyaAllah.Tak rugi kalau jadi orang yang ada banyak charge positif.Anda membantu diri anda,dan orang di sekeliling anda.Jom jadi insan yang mempunyai  positif di jiwanya,fikirannya, dan akhlaknya.Belum cuba belum tahu,tak kenal maka tak cinta.Ayuh!!