BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, 12 May 2011

wardah~~


Assalam...


Inilah pokok bunga pertama yang aku tanam...
30/4/2011...
Ada insan yang amat suka menanam pokok...
Siapa lagi kalau bukan mama..
Rumahku dipenuhi pokok2..
Setiap pagi mama akan bangun pagi untuk menyiram..
Bila malam..mama menenangkan fikiran dengan meluangkan masa di luar dengan angin yang nyaman..
Pernah aku bertanya..kenapa mama suka tanam pokok??
Tapi mama rasa tenang bila mama bad mood atau bosan..

Tapi itu masa dahulu..
Sekarang aku dah paham perasaan itu..
Setiap pagi..ada satu perkara yg perlu aku buat..
Selain gosok gigi,mandi,breakfast...
Siram pokok bunga...
Teman serumah gelak saja kat aku..
comelkan???
bila kita menjaga pokok yang juga makhluk Allah...
Rasa seronok tengok pokok..sebab pokok bertasbih kepadaNya all the time..
Tak macam manusia yang sentiasa lalai dan leka dgn dunia..Istigfar..

“Bertasbih kepada-Nya langit yang tujuh dan bumi serta segenap isinya. Dan segala makhluk bertasbih dan bertahmid kepada-Nya, akan tetapi kalian tidak mengerti cara tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar dan Maha Pengampun.” (Al-Isra’: 44).


Pokok aku yang pertama ni species golden rose..
Wardah itu dlm bahasa arab..dlm bahasa melayu nya bermaksud bunga rose..
Bila aku cita kat mama yang aku tanam pokok..
Mama x gelak pon kat aku siap bagi tip2 nk jaga pokok lg...
Mama lawaklaaa...haha

Harapan:semoga pokok ni berbunga...sama seperti apa yang aku harapkan untuk cita2 aku yang lain..

IAllah..

Wednesday, 20 April 2011

galina blanca-pes tomato spegetti

Assalam...


Pada pagi yang indah ini...
Saya makan spegetti...
Teringat dulu masa kecik2..
Nak sangat makan spegeti selalu..
Selalu request kat mama..
Tapi jawapan mama sama saja..'bukannya sedap pon'..
padahal bagi aku spegeti tu sedap dan makanan orang kaya...
mama pulak selalu buat mee goreng...
Haha..
Tapi skrg baru lah aku tahu realiti sebenar..
Aku makan spegetti bila aku malas sgt nak masak..
Bukannya sedap sangat pon..
ia hanyalah makanan untuk orang yang malas mcm aku...
apa susah..rebus spegetti,hanya masukkan pes tomato dlm tin dalam pan..
Lepas tu makan...
aduhh...nak mee goreng yang dibuat penuh kerajinan...
haha...

p/s:Seburuk mana pun seseorang itu, anggaplah buruk lagi diri kita dan jika orang tak suka kita, kita sebut ALHAMDULILLAH. Jika orang suka kita, sebutlah ALHAMDULILLAH juga. Ketahuilah bahawa ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...♥

Monday, 18 April 2011

bye bye kawan @ Assalam kawan

Assalam...


=) =) =)
aku terharu membaca post adekku seniri...http://smzbloggie.blogspot.com/2011/04/forgiveness.html
pasal kemaafan...
memang kena pada jiwa kacau sekarang..
arigatou kozaimas mushroom~~
hang sempoi laa weyhh..akak suka...
dalam keinsafan itu..ada juga terselit gelak ketawa bila baca post hang..
comel la adekku sorg ni...Alhamdulillah...

Pernah saja aku terfikir..
OK..the end..
tima kasih sebab jadi kawan saya..
Tapi itu bukanlah jalan penyelesaiannya..

p/s:Allah tetap di sisi walaupun berjuta kawan membuat pelbagai ragam...
Sabar itu indah...ukhuwah itu manis...suka2 suka2 suka2..
Chaiyok!!!

Buah oren beku

Assalam.....


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!
Nk shout out kuat kuat kat sini...
Baru buat puding roti..Tapi x jadi..pandai2 pegi tapis tu buat apa..kan dah hilang rasa..
Teringin nak makan buah oren..potong2 terus makan..biru muka..Sejuk gilaaaaa...sebab beku..
Nak belajar malas...
Aduhhhhhhh...

Hahhhh...Hari ini ada rehearsal menari2 sempena konkurs nanti..
kurik kundi lagi tu..macam tak percaya saja aku join..once in a life time bak kata mama aku..
Kepada CC yang membaca..jgn gelakkan aku nahh..haha
Pesan mama lagi;jgn sampai melekakan dan melalaikan diri..
Aja2 fighting Mai..chaiyok2..

p/s:setiap benda yg berlaku ada hikmah nya..sabar dan cuba ikhtiar untuk buat sekali lagi dengan lebih baik..Pasti ada yang terbaik ..ikhlas dalam menjalani kehidupan keranaNya..kerana Dia lebih mengetahui..Semoga landasan hidup ini tak tersasar dari landasan yang telah ditetapkanNya..Aminn..iAllah
Harap hari ini lebih baik dari semalam..

Friday, 11 March 2011

Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya

Assalam....


Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya???
OMG Maisarah....
Tiba-tiba zooooppp terlintas dalam fikiran aku...
Masa aku memegang segenggam berus gigi-colgate,oral b,trista,etc...
Sebab pening nak buat pilihan yang mana satu...
Nak jaga gigi la katakan..Haha
Sesudah membuat pilihan colgate 360...
Yang lain dalam tangan itu...Aku letak ja kat atas rak itu..Tak seperti susunan asal yang aku ambil tadi..Hehe..minta maaf ASHAN...

Ok..back to the main point..
Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya...
Teringat masa zaman sekolah dulu..
Aku tak pasti bila..Tapi yang pasti...masih terngiang2 apa yang aku baca masa ustaz ajar
dulu..
ZALIM dari segi istilah ialah tidak meletakkan sesuatu di tempatnya..

Kalau sebut saja zalim,mesti ingat orang jahat,tak adil,kejam,penindas...
Tapi mungkin boleh kena pada diri sendiri kan...
Walaupun diri ini tak pernah mencederakan,memudharatkan makhluk Allah yang lain...
Atau mungkin yang lebih teruk lagi jika zalim kepada Allah seperti syirik,buat maksiat....
Istighfar...
Tapi tanpa kita sedari....
Istilah zalim itu juga mempunyai maksud tersirat..

Cuba flashbackkkkkkkkk....
Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya........
1)ambil air dari peti ais tapi x reti2 nk simpan balik
2)buang sampah rata2 (sepatutnya smpah dalam tong)
3)suka letak towel rata2 lepas mandi..
etc..
p/s:ini la benda2 yang tiap2 hari mak aku berleter dalam rumah masa aku kecik2 dulu..hehe

Aduhh...Perasan tak..
Kalau dalam kehidupan seharian tu..
Banyak saja diri ini buat zalim...

Apa pun...Islam itu sendiri indah...
Kalau kita berusaha meletakkan sesuatu tempatnya..
Maka tiadalah berlaku kezaliman,kekacauan,huru hara,
Apabila kita meletakkan kembali ke tempatnya..
IAllah semuanya akan kembali seperti sedia kala..
Apabila difikirkan balik...
Apabila meletakkan sesuatu kembali ke tempatnya...
Maka tiadalah istilah tongkang pecah...
Islam mementingkan kebersihan dan kekemasan..

Moga2 diri ini tak berlaku zalim...
Berusaha meletakkan sesuatu di tempatnya..
IAllah..
Allah sayang kepada orang yang meletakkan sesuatu di tempatnya..
Samalah kejadian diri ini..
DiciptakanNya dan kepadaNya lah tempat kembali.....

Sunday, 6 March 2011

The road to change =)


Assalam...


Kenapa perlu berubah???
Allah sayang sangat hamba-hambaNYa..
Tambah2 lagi kalau Allah memberi petunjuk dalam mimpi,melalui peristiwa yang berlaku depan mata...
Allah memberi petunjuk demi petunjuk untuk mengubah hati dan supaya kita berfikir...
Sampai bila perlu kita menangguh-nangguh??
Sehingga datangnya nafas terakhir atau hari kiamat??
Baik dan jahat di pandangan manusia??
Abaikan..Yang penting pandangan Allah...
Sampai bila kita tak nak berubah...
Nak jadi jahat sampai bila2??
Usaha yang penting....
Alangkah bertuahnya jika mendapat teguran dan petunjuk Allah..
Berbanding orang yang mengulangi kesilapan yang sama...
Jangan biarkan teguran Allah itu berlalu..
Jangan tunggu sampai hati tertutup untuk menerima hidayah..
Istighfar....
Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (QS Ar-Ra’d [13]: 11)

Peringatan untuk diri sendiri juga..
Ya Allah,,tabahkan hati ini untuk menolak mazmumah..
dan dekatkan hati ini dengan mahmudah..
Amin...

Saturday, 5 March 2011

Saudaraku saudara kamu juga =)



Assalam....


Hmm..
Tak tahulah..sejak beberapa hari ini memikirkan nasib2 saudara di Palestin..
Kita bersaudara kan..

Sebut pasal saudara ini..mengingatkan aku pada abang Zul,Mastura ngan Shia..
Bayangkan kalau mereka yang berada di bumi Palestin..
Abang Zul yang stailo,menjaga penampilan..di Palestin mungkin tiada lagi gaya dan rupa kerana semuanya dipenuhi luka..
Mastura yang suka sangat mengalunkan lagu dari 'flute'..mungkin akan mengalunkan teriakan dan tangisan kebebasan..
Adikku yang bongsu,Shia yang baru belajar memetik gitar..mungkin akan belajar memetik senjata..

Aduhh..takutnya apabila difikirkan balik jika meletakkan saudara kandung kita di tempat mereka.Apa yang akan aku lakukan??.Terasa lebih insaf jika mletakkan dan membayangkan saudara sendiri di sana.Kita yang hidup bersenang senangan ini jika ditimpa satu musibah yang kecil banyak persoalan yang kita soalkan.Mana erti syukur dengan nikmat yang sedang ada dikala ditiimpa musibah?

Islam sesama Islam adalah saudara..
Kita bersaudara..
Apa gunanya pergaduhan sesama keluarga,sahabat sendiri??
Manusia serba kekurangan,,
Apa salahnya memberi dan meminta kemaafan?
Egokah kita sebagai hambaNya???
Istighfar..
Apabila bersaudara mesti ibarat satu keluarga..
Bersatu..
Ya Allah,,peliharalah saudara2 ku di bumi Palestin..
Amin...