BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 11 October 2015

Ukhuwah

Assalamualaikum wbt..

Hati disapa oleh orang2 yg pernah berkasih sayang dgn diri ini.Walaupun jauh mereka di sana dan aku di sini menampakkan rasa kasih sayangNya kepada diri yang cukup kerdil ini.Rindunya mereka ya Allah,semoga mereka dalam jagaanMu.Terima kasih kerana membuatkan diri ini dihargai,dirindui dan diperlukan.Di whatsapp,instagram,fb datang kunjung tiba mesej2 yg menyatakan rindukan diri ini,mimpikan diri ini,minta nasihat,tanyakan kabar.Belum ku kira lagi insan2 yang sanggup mendoakan diri ini,kerana hanya Allah yang mengetahui.Nilai ukhuwah ini telah menitiskan air mata.Takkan ku lupa wajah2 di dunia ini yang ikhlas menerima diri ini seadanya.Semoga kita berjumpa di syurga,insyaAllah,Ameen.

Semoga hati ini terus segar dan berani utk menjalinkan ukhuwah keranaNya.
 May Allah bless ♥♥♥

Sunday, 15 March 2015

Mimpi

Assalamualaikum wbt  =)

Secara teori,aku sendiri tahu mimpi yg dalam REM sleep ialah sebab beberapa info yg disimpan masa kita sedar dan appear time kita tidur.Kadang2, apa benda yg terlintas dalam kepala,hati,apa yg kita tengok dan dengar akan muncul dalam mimpi tanpa kita harap dan sangka.Bila dah bangun tidur,teringat mimpi semalam dan hanya mampu tersenyum.Aku sendiri akan cari sebab dan kenapa aku mimpi macam itu supaya aku tahu,semuanya itu mimpi dan bukanlah kenyataan.Siapa lah aku.Aku hambaNya yg lemah.Tapi apa pon Alhamdulillah kerana dikurniakan Allah malam utk beristirehat dan masih bernafas utk saat ini utk  memperbaiki ibadah kepadaNya dan individu yang lebih baik.

Alhamdulillah,mimpikan orang2 tersayang macam mama,abah,adik2,abg,tok buat aku lagilah tersenyum dan bersyukur.Mimpi yang baik2,aku berdoa semoga Allah memberi aku kebaikan dan redhaNya dalam kenyataan realiti.Mimpi buruk,aku jadikan pengajaran dan menjalani kehidupan ini lebih berhati-hati.Tidak lupa juga memohon doa perlindungan dari Yang Maha Memelihara.

Aku ini bukan lah orang yang selalu mimpi selalu.Kalau nak dibandingkan dengan seorang roomate aku ni,hampir setiap malam dia mimpi.Mimpi kawan aku sorang ni amatlah adventure,challenging.Memang berimaginasi tinggi.Hebat ciptaan Allah.Setiap otak yg dikurniakan Allah ada akal yang memandu.Dan setiap akal manusia itu unik.Hanya panduan dariNya yg membimbing kita untuk membezakan antara yang baik dn buruk.Dan setiap orang itu mimpi berbeza caranya,frekuensinya dan lain-lain lagi.Roomate aku ni jugak selalu share mimpi dia dgn aku.Pernah aku terdengar,Rasulullah merapatkan ukhuwah dengan menanyakan apa yg dimimpikan sahabat dalam tidur.Hal ini membuatkan aku untuk belajar mendengar dan memberi perhatian utk setiap apa yg disampaikan dalam mimpinya.Kerana kita boleh kenal kawan kita lebih jauh lagi bila kita kenal mimpinya.Dengan mimpi,kita kenal mcm mana org itu berfikir,kenapa dia bermimpi,apa wish dia,apa yg dia suka,takut.

p/s::roomate aku ni mimpi aku nak kawen.Hmm,mungkin dia tak sabar tgok aku kawen kot.Pastu aku cakap kat dia,aku ameen saja kalau mimpi itu satu kebaikan utk aku.Haha.Doakan wahai roomate semoga aku dpt jodoh yg baik.Peace.

Selamat datang tahun 2015 Maisarah.Walaupun jarang dah sangat2 menulis kat sini,tapi masih belum terlambat utk membuat curahan hati.Semoga aku menjadi insan yang lebih baik.Nk lagi baik.Semoga aku kuat.Bismillah.

p/s:Tak sabar nk jogging kat park bawah dan aku dah jd aunty a.k.a mak chaq..murahnya rezeki abgzul ngan kak fify..mak chaqq..abah yg ckap mcm tu..walaupun aku x suka sangat gelaran tu,tp x pa la,janji abah suka..tak jadi masalah..weeheeeeeee..

Papai,semoga dalam jagaan Allah selalu.
Salam.Senyum




Wednesday, 19 November 2014

Mission to be accomplished

Assalamualaikum wbt
Manusia ni x habis2 dgn masalah.Hanya kepadaNya lah tempat kembali
Just a reminder


Penatnya, Ya Allah, hambaMu yg lemah ni
Sobsob


Dont know where to go,
To whom I should trust
Where to lean my head shoulder n head to
Where to hide my fake smile
How to act supposedly it to be

Rasa down

Maisarah
Maisarah
Maisarah

Just keep back urself in track, slow n consistent
Do I care with the upcoming obstacles? Just go on maisarah, insyaAllah boleh
Be happy what u have right now,sabar itu yg terbaik

IKHLAS-ALLAH

Bismillahi tawakkal


Sedapnya latte kat shokoladnitsa
rindulah groupmate lama
kenapa la diorg mainkan lagu lenka trouble is a friend.haha.layan sudah
Dah sejuk dah kat russia ni, kena beli glove baru
best tulis kat cni setelah sekian lama x buat
all the best maisarah, all the best, all the best
my truly wish,

May Allah bless in everything I do
May Allah ease in everything I do
May Allah bless me with happiness
I love to be happy me, people love to be happy me



Ameen =')


Sunday, 10 November 2013

Kebaikan atas keredhaan dan keberkatanNya.

Salam wbt,

Tamat sudah satu tanggungjawab,dan insyaAllah akan diteruskan dengan satu medan amal yang lain,insyaAllah bermanfaat untuk diri dan orang lain.Alhamdulillah.Semoga Allah membalas jasa baik yang sudi membaca beberapa kerat tazkirah sebelum-sebelum ini.Semoga penulisan-penulisan yg lepas bukanlah terhias indah di blog ini.Tapi yang sama-sama kita mengharapkan ialah amal itu sendiri.InsyaAllah.

Alhamdulillah.Satu berita baik yang diri ini memang tertunggu-tunggu sebelum ini.Walaupun Allah sekat selama 3 bulan,tapi ada hikmah di sebaliknya.Allah bagi masa untuk settlekan dahulu masalah yang timbul.Masalah yang selalu membuatkan diri ini rasa, disebabkan masalah inilah Allah tarik satu tanggungjawab dari diri ini atas sebab kekurangan diri ini.Tetapi sebenarnya,Allah bagi peluang untuk diri ini belajar,muhasabah diri,dan Allah bagi masa untuk diri ini cari kekuatan.Alhamdulillah,mengikhlaskan diri dalam dugaan yang dah berlaku.Memaafkan,melupakan dan menyayangi.InsyaAllah akan lakukan sebaiknya.Bismillah. =)

Moga Allah terus redha,moga dapat jalankan tanggungjawab dgn lebih baik,bermanfaat dan bersemangat.Semoga kita disibukkan dengan perkara-perkara yang besar drpd perkara-perkara yang kecil.Sebab boleh jadi jiwa kacau kalau asyik disibukkan dengan benda-benda kecil ni.Syaitan suka mainkan peranan dalam benda-benda kecil ni.Kita insan lemah.Moga Allah terus memberi kekuatan dan pemeliharaan untuk berada dalam jalan yang benar dan mendapat kebaikan atas keredhaan dan keberkatanNya.Kerana saya percaya dengan ada permulaan yang baik,maka ada pengakhiran yang baik.Dengan usaha dan mujahadah,kita serahkan keputusanNya kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui.


Semoga hari esok,lebih baik,diri lebih baik,mujahadah.

Wednesday, 30 October 2013

Tangan yang memberi

Assaamualaikum wbt,

Pengorbanan

Untuk mencapai sesuatu pengorbanan dengan penuh keikhlasan memerlukan sesuatu yang dapat menyentuh jiwa.Setiap pengorbanan,ada Yang Mengetahui.Setiap pengorbanan ada Yang Meredhai.Bermula dengan niat,setiap langkah dan harapan.Kadang-kadang,dalam erti sebagai seorang manusia,kita mengharapkan balasan yang setimpal dengan setiap pengorbanan.

Hidup ini diibaratkan seperti roda bukan?Kadang-kadang kita berada di bawah,dan kadang-kadang kita berada di atas.Sama juga seperti kadang-kadang kita perlu menjadi yang memberi dan kadang-kadang kita terpaksa menjadi yang menerima.Kita dari pihak yang memberi,tak kisahlah samada dalam bentuk tenaga,masa,wang ringgit,idea,suara,kasih sayang dan sebagainya.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga


(Al Baqarah : 111)


"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa.




"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."
(surah al Baqarah: 261)


Jom mainkan peranan kita sebagai pemberi kerana pulangan Allah SW itulah yang terbaik.Jom jadi orang yang bukan memeluk tubuh sendiri,tapi cuba menjadi insan yang kisah akan kepentingan orang sekeliling kerana itulah yang terbaik pada pandangan Allah.





Saturday, 12 October 2013

Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan

Assalamualaikum wbt,


Sering kali kita berbicara mengenai pengorbanan  sebagai yang memberi.Jikalau kita mengubah sudut pandangan kita dari sebagai yang memberi,tetapi pandangan kita sebagai yang menerima.

Kita mengambil contoh yang paling dekat dengan kita,iaitu ibu bapa yang kita cintai.Pengorbanan yang ibu bapa lakukan ialah semata-mata kerana anak-anaknya.Kadang-kadang kita rasa malu,marah,tidak suka dengan apa yang ibu bapa berikan kepada kita.Sebagai contoh,kita malu dengan pekerjaan ibu bapa kita,kita tidak menghargai hadiah yang mereka berikan,kita marah jika mereka tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk kita.Tetapi,pernahkah kita menghadirkan rasa syukur kerana mereka lah,siapa kita sekarang ini.Pengorbanan masa senang mereka pada suatu masa,wang ringgit mereka,perasaan mereka,keringat,tenaga dan juga mereka berkorban perkara-perkara yang mereka impikan semata-mata untuk membesarkan kita menjadi insan yang berguna.

Bukan hanya keluarga sahaja,tetapi lihatlah orang di sekeliling anda seperti teman serumah anda,teman sebilik,rakan sekelas,guru dan mungkin orang yang anda pernah  anggap seperti seorang 'strangers' dalam hidup anda.Merekalah orang-orang yang pernah berkorban untuk anda tidak kira anda sedar,perasan ataupun tidak.Mungkin merekalah orang yang pernah mengalihkan halangan di hadapan anda,orang yang pernah menasihati anda di kala anda sedih dan buntu,orang yang pernah hadir di kala anda memerlukan dan sebagainya.

Selain kita belajar untuk menjadi ikhlas dalam mengorbankan sesuatu perkara untuk mengejar keredhaan Allah,kita juga perlu belajar untuk menerima orang di sekeliling seadanya kerana mereka juga melakukan perkara yang sama untuk anda kerana Allah SWT.

(At-Taubah:121)-Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak melintasi sesuatu lembah,kecuali akan dituliskan bagi mereka(sebagai amal kebajikan),untuk diberi balasan oleh Allah (dengan)yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.


                                                                                                                          

Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan.

Pengorbanan itu perlu.Perlu untuk membuahkan sesuatu kebaikan.Mungkin bukan sekarang,bukan satu jam kemudian,bukan keesokan hari,bukan tahun hadapan,tetapi apabila tiba waktu yang tepat,keadaan yang sesuai,segala-galanya akan membuahkan hasil dengan izin Allah SWT yang Maha Mengetahui,Maha Pemurah dan Maha Penyayang.



Sunday, 22 September 2013

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Assalamualaikum wbt..







Memaafkan,melupakan dan menyayangi,bukanlah suatu ungkapan,tapi suatu perbuatan.

Maaf.Satu perkataan yang mudah tetapi amat sukar  kepada seseorang yang perlu memberikan suatu kemaafan.Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang memeritkan jiwa,menjatuhkan dan menyedihkan kita.

Melupakan.Satu perkataan yang akan memadamkan suatu memori.

Sayang.Satu perkataan yang membahagiakan semua orang.Suatu perkara yang mampu membuatkan orang rasa tersenyum,indah,riang dan senang.

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Jika orang yang paling kita sayang,melukakan hati kita,lalu meminta maaf dari kita.Mungkin sesetengah daripada kita mengalami pelbagai situasi,ada yang ringan,ada yang berat.Situasi yang melukakan hati,mengguris jiwa.Mungkin ada yang berat dan sukar untuk memaafkan.Tapi,adakah kita mempersoalkan diri kita untuk memaafkan ini bahawa betulkah kita betul-betul sayang akan orang itu jika orang itu membuat kesalahan yang besar kepada kita?

Apakah nilai maaf sebenarnya?

Rasulullah secara khusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”[1].HR Muslim

Kemuliaan di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.” (QS: an Nisa’ [4]: 149).

” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)

Sifat pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti?Kita sendiri sebagai manusia juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.

Di dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.

“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya ditingkatkan, maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia.“ (HR: Al-Hakim).

Semuanya dah tertulis segala perjalanan.Setiap orang ada masalah,tetapi,saat dimana kita berada,itulah yang terbaik Allah letakkan untuk kita.Bersyukurlah kerana dapat menghayati erti memberi maaf.Mungkin rasa diri ini tidak mampu untuk memberikankan suatu kemaafan kerana masih ada tersembunyi rasa hipokrit dan tidak ikhlas itu sendiri.Tapi kita boleh mencuba untuk mencapai keikhlasan dalam memaafkan itu sendiri.Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk  memperbaiki diri.Moga kita tidak mensia-siakan setiap peluang keadaan yang Allah kurniakan.Moga terus sabar,tabah dan ikhlas untuk memaafkan.
Bismillah =')





Friday, 13 September 2013

Permulaan yang sebelum pengakhiran

Assalamualaikum wbt..

Mulakan yang paling pertama.Kepada siapa patut anda tuju pada mulanya untuk segala-galanya.Untuk kesudahan yang sempurna haruslah dimulakan dengan permulaan yang sempurna.Permulaan yang sempurna dengan bersandarkan pada Allah SWT.Niatkan segala sesuatu kerana Allah,dan memperbanyakkan niat yang baik kerana Allah dalam sesuatu perkara.

Kadang-kadang kita terlupa siapa yang memegang segala keberjayaan dan kebaikan urusan kita.Mungkin kita akan berasa diri kita lemah di kala kita jatuh, di kala kita sendiri sepi,tetapi menjadi hamba Allah merupakan sesuatu perkara yang memberi kekuatan kepada diri kita kerana Maha Pencipta jugalah yang Maha Mengetahui untuk membantu hamba-hambaNya yang ibaratnya seperti seseorang yang mencari-cari dalam keadaan yang serba kekurangan di padang pasir yang terik dan panas.Kadang-kadang kita terlupa kepada Maha Pemberi yang sudah memberi berbagai-bagai nikmat jika kita bandingkan dengan musibah yang menimpa kita di suatu waktu.Siapakah kita untuk 'demanding' itu dan ini jika kita tidak berjaya menjadi hamba yang baik,tambahan pula dengan akal yang terbatas.

Sudah tiba masanya untuk memulakan langkah seiringan dengan niat yang kembali kepada kita sebagai hamba yang bekerja untuk Allah untuk mencapai redhaNya di dunia dan akhirat kelak.Mari niatkan segala sesuatu kerana Allah SWT jika kita berada di permulaan yang sebelum pengakhiran.Masih belum terlambat.Semoga setiap detik masa yang berlalu,telah menjadi milik kita ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh.

Jom kita tengok balik hadis 1,

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah






Saturday, 29 June 2013

Saya dah habis exam!!

Assalamualaikum wbt,



Bermulanya musim peperiksaan maka ada jugalah pengakhirannya.Detik-detik yang memang setiap orang akan tertunggu-tunggu.Sudah berlegar-legar dan bermain-main dalam kepala beberapa perkara yang kita ingin lakukan sebaik sahaja musim peperiksaan tamat.Mungkin ada yang sudah menyediakan senarai perkara yang ingin dilakukan.

Apa pun,jom kita mengucapkan tahniah kepada diri masing-masing yang sudah mengakhiri musim 'ëxam' dengan penuh istiqamah,usaha,doa dan tawakkal.Tidak salah bagi kita untuk memberi 'reward' kepada diri kita sendiri selagi kita tidak terpesong dengan tujuan kita yang sebenar .Jom kita membuat refleksi diri balik dengan firman Allah SWT :

Surah Al Inshirah,ayat 7 hingga 8:-

7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), 

8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Kadang-kadang kita terlebih gembira dengan mengejar perkara-perkara duniawi sehingga kita lalai dengan urusan yang mengingatkan kita pada hari akhirat.Kerana hidup di dunia ini juga ialah satu ujian kepada manusia,dan pengakhirannya ialah pada hari akhirat nanti.Reward yang kita hanya harapkan hanyalah syurga.Semoga kita tidak tertipu dengan hasutan dan bisikan dunia.Jom hayati erti mujahadah sebagai peneguh hati tanpa mengenal erti henti.Tanamkan dalam hati dengan penuh mujahadah,berdoa untuk melakukan sesuatu perkara dengan pasti niat keranaNya supaya amalan kita diberkati,diredhai dan bermanfaat pada yang lain sepanjang masa.InsyaAllah.

Thursday, 13 June 2013

EXercises+Allah+Manusia=EX-A-M

Assalamualaikum wbt,



Buku-buku,nota-nota dah bertimbun atas meja,musim peperiksaan dah datang!Apabila di musim peperiksaan ini,masing-masing tumpukan perhatian pada ulangkaji(exercise)  untuk menjawab peperiksaan dengan jayanya dan untuk meng'upgrade'kan diri kepada tahap yang seterusnya.Jom kita mengucapkan tahniah pada diri masing-masing kerana mempunyai semangat untuk berdaya usaha demi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan untuk menjamin masa depan yang cerah.

Kadang-kadang,kita tak perasan pun,apabila tiba musim exam,sedikit sebanyak,ibadah kita pada Allah terjejas.Jom 'check'.Hubungan dengan Maha Pencipta haruslah kita jaga.Ibadah wajib perlulah dijaga dan tidak sengaja dilewat-lewatkan.Amalan membaca al quran,berzikir,berdoa,solat-solat sunat bukanlah untuk kita kurangkan di musim peperiksaan sebagai alasan tidak mempunyai masa.Padahal,segala ilmu yang kita cari ini,hanyalah milik Allah.Kepada siapa lagi kita minta ilmu ini jika bukan pada Allah?Di musim peperiksaan lah hati dan jiwa ini 'nervous',tak tenang, dan resah.Kepada siapa lagi kita minta ketenangan hati jika bukan pada Allah? Di musim peperiksaan inilah kita mengharapkan untuk menghafal segala info dengan senang dan cepat.Kepada siapa lagi kita minta untuk menerangkan hati dan akal jika bukan pada Allah?

Apabila terlalu fokus, kita terlupa tanggungjawab kita dengan orang-orang di sekeliling kerana terlalu asyik dengan persediaan menghadapi peperiksaan.Kita terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang saudara muslim kepada saudara muslim yang lain.Sebagai contoh,masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri tanpa bertegur siapa,mahupun senyum.

Kita haruslah mencari keberkatan Allah itu sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia,kerana keberkatan Allah itulah yang menjamin kehidupan kita kelak.Segala amalan kita sekarang yang menentukan keberkatan yang akan kita dapat.Jika kita mencari dunia itu sendiri,maka kita akan dapat dunia.Tapi kalau kita mencari akhirat itu sendiri,maka kita akan dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

Jom kita tengok firman Allah SWT,
Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia... (QS Ali Imran [3]:112)

Memang susah,tetapi apabila kita mulakan selangkah,InsyaAllah Allah akan bersama-sama kita jika niat kita ikhlas keranaNya.Semoga usaha yang kita curahkan untuk menggapai ilmu bagi menjawab peperiksaan bukanlah hanya setakat untuk menjawab peperiksaan sahaja,tapi ilmu yang kita dah peroleh itu  dapat kita manfaatkan pada orang lain dan mendapat keberkatan Allah sepanjang hayat kita.






Apabila teringat EXAM,jom kita ingat balik formula yang kita boleh ambil dari perkataan EXAM ini supaya kita tidak lalai.'EX' untuk exercises,jom buat banyak latihan dan ulangkaji.'A' untuk Allah,jangan pernah kurangkan ibadah anda akan tetapi jom kita tingkatkan amal ibadah kita.'M' untuk manusia,jom kita jadi saudara muslim yang mengambil berat akan saudaranya yang lain tidak kira di masa sibuk ataupun lapang.

All the best for exam!!
Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal pada Allah yang Maha Memelihara(Ya Muhaimin). =)


Monday, 27 May 2013

Cabaran itu lawan

Assalamualaikum wbt,


Kita pernah berusaha,dan kadang-kadang kita pernah terjatuh.Kita mula berhenti dari mengorak langkah.Kita mula gundah untuk maju ke hadapan.

Tetapi tahukah jalan kita masih panjang.Pernah tak kita memikirkan cabaran yang kita alami sekarang berbanding dengan saudara-saudara Palestin kita di sana.Padahal cabaran yang kita alami sekarang tak sebesar cabaran yang dialami oleh saudara-saudara kita di sana.Kita takut untuk maju ke hadapan,kita malas,kita takut untuk cuba sesuatu yang baru,kita takut untuk meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan kita dan sebagainya .



Saudara-saudara kita di sana yang memang berani,setiap hari berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan,berhadapan dengan kematian keluarga,berhadapan dengan bunyi-bunyi tembakan dan letupan,berhadapan dengan kenderaan perang.Cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan saudara-saudara di Palestin?Adakah kita mampu bertahan?


Orang-orang yang mahu melihat kita mundur, bergembira melihat umat-umat Islam lalai dengan alat-alat hiburan yang mereka ciptakan,dan kita tertipu tanpa sedar.Mahukah kita menjadi golongan yang tertipu dan dibonekakan?

Wujudkan impian untuk membebaskan diri dari perkara-perkara yang melalaikan anda,wujudkan langkah pertama anda,Mulakan langkah,biarpun dengan perlahan.Manakan anda akan mulai kisah mengenai nasib-nasib saudara di Palestin di sana,jika anda sendiri masih tak mulakan kisah dengan diri sendiri di sini.

Kita selalu takutkan cabaran,kita selalu nampak kegagalan itu dahulu sebelum memulakan usaha.Kita tak pernah jadikan cabaran itu sebagai lawan.Sepatutnya kita perlu ada rasa kita nakkan kemenangan atas cabaran itu dengan berusaha bersunguh-sungguh,doa dan tawakal.



Jika saudara-saudara kita di Palestin berhadapan dengan musuh sebagai lawan,kita di sini cuba berazam untuk meningkatkan kualiti diri  dengan berhadapan dengan cabaran sebagai lawan.Jangan limitkan cabaran yang akan anda hadapi tapi cabar limit anda.

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Kita perlu tanamkan impian untuk menjadi saudara yang bermanfaat dan mampu membantu saudara-saudara kita di Palestin di sana dalam pelbagai cara di samping menjadi yang bermanfaat untuk keluarga,rakan-rakan dan orang di sekeliling kita di mana kita berada.


Hikmah yg lagi besar di sebalik satu tujuan.

Assalamualaikum wbt,
Heyaaaahhh..
The unexpected moment when i met somebody that i used to know.Amatlah terkejut plus hepy plus bangga.bukannya bangga dengan apa yg aku pernah tahu pasal dia masa mula kenal dulu,tapi perubahan yg dia buat yg merubah hidupnya 180 degree..sanggup tinggalkn kehidupan dulu..sanggup merendah diri untuk mula dari bawah..hebatnyaaa

Perasaan masa mula kenal,
Wah dia ni,cantik,kaya,seksi,berdikari,ada boyfren kaya
rasa mcm inferior bila bandingkan diri ini dgn dia..
tapi dia amatlah baik,peramah,frenly

Perasaan bila terjumpa balik setelah sekian lama tak jumpa baru2 ini di suatu event,
Eh,mcm kenal ja muka dia ni..
ehh,aku kenal nama tu..
Subhanallah,aku tahu org ni,dia dah berubah ka?
pakaian yg sopan,bertudung..

Dengan konfidennya aku terus pegi dekat dia dan tnya,betul ke ni dia??
terus dia  peluk aku kuat2...
nak menangis pon ada,the way she hugged me,
boleh rasa yg dia nk bgtahu yg dia dah berubah,she needs support,strength..

Bila aku bertanyakan pada seseorang mengenai perubahan si dia,mereka cakap yang dia sendiri cari kebaikan itu sendiri,dah mula pakai tudung,dah tinggal benda2 dulu yg tak elok,sampai sanggup luangkan masa untuk mencari balik kebaikan yg dah lama dia tinggalkan pada suatu masa dahulu..wahh,hebatnya..hepy sangat dengan org yg aku jumpa kali ini..alhamdulillah..jumpa dgn org yg pernah yg layan aku dgn baik pada suatu masa dahulu dan kini jumpa org yg sama yang mula mencari kebaikan agama Allah itu sendiri dan meninggal perkara2 yg Allah tak suka..


Kadang2 kehadiran kita dimana2 bila2 masa dgn satu tujuan,sebenarnya ada suatu hikmah lagi besar yg lain yg Allah nak tunjukkan pada kita yg sememangnya berbeza dari tujuan kita yg sebenar.Penting utk kita reflek,belajar dan muhasabah diri sendiri.

Sesuatu yg berlaku itu tak semestinya itu adalah itu.Tapi masa yang membezakan itu dan ini.Itu dan ini ada bezanya.

Fuhhh..kehidupan yg Allah bagi ini,banyak sangat yg miracles..segala puji bagi Allah..

P/s:sakit belakang,stelah tekun dok buat video,edit semua for the first time.Rasa mcm lawak sepanjang pembikinan video kat rumah tu bila aku dok kunci jam bangun awal nk siap kn video from part to part selama 3 hari,nk study neuro lg..sy bangga dgn diri saya,sy appreciate dgn hasil kerja yg sy dah buat..cewahh..ni bukan statement yg bangga diri,tp poyo..hoho..agak mainstream la,dok besengkang mata macam mana nak cari lagu yg sesuai,sync audio dgn video,nak masukkan text dan gambar..last2 skali the first two songs,aku letak lagu band..dan lagu last skali letak lagu fevret,lagu abg justin timberlake mirror..mcm nilah bila org yg zero knowledge buat video,cuba utk produce satu video..yg paling epic bila aku dok cari mcm mana nak masukkan lagu bersama audio suara secara serentak berpuluh puluh minit lamanya,padahal amatlah senang bila dah tahu..bila baru faham konsep layer by layer mcm mana..hahaha..itu mmg dah tahap kesabaran yg tinggi..yg penting,dapat spread the words to others,dapat belajar skill baru utk tambahkan nilai kapasiti sbg seorang hamba Allah di muka bumi ini utk mnjadi yg bermanfaat,ada video kenangan bersama usrahmates dan naqibah tercinta alhamdulillah..semoga sakit belakang ni cepat berakhir..

Tuesday, 14 May 2013

Bebaskan Diri,Bebaskan Palestin

Assalamualaikum wbt,

Dalam sama-sama kita mengingati,mengambil tahu dan prihatin akan saudara-saudara seislam kita di Palestin sempena An Nakbah maka haruslah kita juga mengkaji di mana kekuatan dan kelemahan kita umat Islam sekarang.Pernah tak anda terbaca satu artikel mengenai thesis ''Why are Jews are so smart'' yang telah ditulis oleh Dr. Steven Carr Leon yang mengambil masa selama 8 tahun.

Dr. Steven Carr Leon,berasal dari California yang membuat 'internship' di beberapa buah hospital di Israel.Antara penemuan beliau dalam 8 tahun ini:-
1)Persiapan awal bagi ibu yang mengandung dengan bermain piano,menyanyi dan menyelesaikan soalan matematik untuk kebaikan anak dalam kandungan.
2)Ibu mengandung mempraktikkan buah kurma,badam dan susu dalam diet seharian.
3)Campuran daging dan ikan tidak baik dimakan bersama mengikut masyarakat Israel
4)Amat benci akan rokok terutama di kawasan perumahan
5)Makanan awal anak-anak yahudi ialah susu,kurma,badam,minyak ikan
6)Pendidikan awal kanak-kanak dengan piano dan biola
7)Kanak-kanak seawal tahap 1 hingga 6 didedahkan dengan ilmu matematik dalam perniagaan
8)Olahraga menjadi kewajipan di setiap peringkat persekolahan.
9)Mengharuskan pelajar sekolah tinggi untuk mencipta sesuatu produk




Seperti yang kita tahu,skill muzik,matematik dapat menggerakkan fungsi otak kanan dengan lebih optimum,olahraga yang mencerdaskan minda dan mencergaskan tubuh badan,mendorong sifat rekacipta untuk menghasilkan pelbagai sudut daya kreativiti dan mereka juga mengambil beberapa sunah dan amalan Rasulullah dalam kehidupan seharian.Kita sendiri tak dapat nafikan,Israel mendahului dalam aspek ekonomi,science,media,pendidikan dan banyak lagi.




Masih tak cukupkah kita melihat gambar anak anak Palestin yang berlumuran darah menyirami bumi ? Siapa kita bagi saudara kita di Palestin?Adakah kita sedar apa yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin?Sudah cukup kah amalan,usaha,daya atau ilmu kita untuk membantu mereka.Adakah kita sudah bersedia untuk menjawab apabila Allah bertanya pada hari akhirat nanti apa yang kita sudah lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin?

Kita ada Allah.Kita ada Al Quran dan Sunnah.Kita sudah ada petunjuk yang memang pasti dari Yang Maha Mengetahui.Jom kita tanya diri kita setakat mana kita mengejar redha Allah dalam hidup kita sebagai usaha untuk membebaskan tanah Palestin.Ada yang berkempen,ada yang ambil tahu setiap update,ada yang memboikot,ada yang mengamalkan qunut nazilah dan ada yang berdoa.

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”

-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-


Mungkin ada yang melakukan sebahagian dan ada yang semuanya.Mungkin cara kita berbeza,tapi hakikat matlamat kita sama.Bebaskan diri dari mimpi-mimpi indah dunia yang direka oleh Israel untuk menjatuhkan umat Islam.Bebaskan Palestin!

Saturday, 27 April 2013

Tahukah anda?



Assalamualaikum,



Sinarnya matahari,angin yang bertiup,awan yang bergerak,pokok yang menghijau dan banyak lagi.Dengan nikmat yang Allah bagi ini,bagaimana perlu kita manfaatkan?Patutlah kita bersyukur dengan nikmat ketenangan jika kita bandingkan dengan rasa bahaya,ancaman dan ketakutan.

Selain kita melihat alam sekeliling,yang telah Allah kurniakan pada kita,jom kita lihat pada diri sendiri.Bukankah tubuh badan ini juga merupakan amanah Allah.Kita sibuk dengan tugasan harian kita.Kadang-kala kita terlupa mengenai amanah tubuh badan ini.Padahal tubuh badan dan jasad inilah yang membantu kita menyempurnakan tugasan harian kita.Janganlah kita abaikan hak tubuh badan ini sehingga kita jatuh sakit.

Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atas dirimu.(HR. Imam Muslim)

Bagaimana ya kita nak menjaga amanah tubuh badan ini?Sudah pastinya dengan bersenam,riadah,mengamalkan diet yang tidak berlebihan dan sebagainya.Jom kita rujuk pada Al quran dan idola kita,Rasulullah SAW.

Allah berfirman dalam Al Qur’an surat Al A’raf ayat 31:
“Hai anak Adam, kenakan pakaianmu yang indah disetiap memasuki masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang-orang yang belebih-lebihan.”

Rasulullah SAW menganjurkan semua muslim berolahraga secara rutin sebagai upaya untuk menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani. Sabda baginda: “Ajarilah anakmu (olahraga) berenang dan memanah” (HR.Dailami).

Olahraga yang dilakukan secara rutin dapat membawa kepada perkembangan jiwa sambil meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri .Selain untuk menjaga stamina olahraga berfungsi untuk memperkuat daya tahan tubuh, sehingga tidak mudah diserang penyakit.Seperti yang anda tahu,mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Moga kita tidak membiarkan tubuh badan ini lesu,pasif kerana tubuh badan yang sihat amatlah berguna dalam cara hidup Islam itu sendiri.Janganlah kita jadikan alasan kesempitan masa untuk mengelak dari menunaikan hak pada tubuh badan.Tanggungjawab menunaikan hak pada tubuh badan itu sentiasa melebihi masa yang ada.Semoga kita bukanlah dalam golongan yang disoal mengenai kezaliman yang kita dah lakukan pada tubuh badan hari akhirat kelak.Jom kita mula dan teruskan menjaga hak kepada tubuh badan supaya kita sentiasa sihat,dapat menjadi orang yang bermanfaat di muka bumi ini dan dalam emosi yang sempurna.

Friday, 19 April 2013

180 degree change in perception

Assalamualaikum..

Manusia memang cepat tertipu.Apabila dah sedar tertipu dgn org,diri sendiri seriously rasa stress,nak tidur saja one day long.180 degree change in perception toward urself and others.From north to south.From west to east.Terfikir nak hentuk kepala di dinding,tapi tahu akan sakit.Itu stupisimo namanya.Haha.Tak apalah.Apa guna penyesalan.Manusia ini memang tak tahu.Kalau tanpa petunjukNya,berapa lama lagi lah kita akan tertipu.Tiada penyesalan yang lama.Cukuplah sesal dan terus mengambil pengajaran.Alhamdulillah.



Belajar deen in Islam(cara hidup Islam) itu sendiri penting,sbb deen Allah itu sendiri dah tahu apa yang tebaik untuk hambaNya.Mohon petunjuk Allah,seiring dengan ikhlas tak mungkin luput dalam doa.Saya percaya,apabila kita ikut ketetapan Allah,kita mampu utk jadi seseorang yang tinggi darjatnya diiringi dengan ketenangan, bebas dari fitnah dan dapat menjadi yang bermanfaat pada diri dan orang lain.

Analoginya,kalau saya bagi dua orang,seorang presiden,seorang mat rempit.Yang mana satu anda nak ikut?Mesti anda nak ikut yang lagi terpelajar,tak menyalahi undang-undang,dihormati,dan anda pasti akan mengikut yang boleh bagi kebaikan pada anda.

Nak kata kat sini,darjat Allah dan ketetapan Allah itu tak terkira kebaikannya dari darjat dan ketetapan manusia.Darjat Allah dan ketetapan Allah itu yang terbaik.Jom follow,jom subscribe deen Allah itu.Super infinity terbaik.Tak payah dah nak terfikir hentuk kepala dekat dinding.


Monday, 8 April 2013

10 versus 1

Assalamualaikum wbt,

Hari demi hari,kita berusaha untuk mencapai sesuatu.Apabila seseorang individu itu tahu peranan dan targetnya untuk mencapai sesuatu,maka segalanya diletakkan dalam satu fokus.

Saya bagi analogi yang mudah,jika saya cuba mematahkan satu batang ranting kayu dibandingkan 10 batang ranting kayu,yang mana lagi senang untuk dipatahkan?Sebatang ranting kayu mudah untuk dipatahkan jika dibandingkan dengan 10 batang ranting kayu.Maka yang saya nak sampaikan di sini ialah kekuatan 10 batang ranting kayu lagi kuat dibandingkan dengan kekuatan satu batang kayu.

Jika dibandingkan bekerja secara individu dengan secara berpasukan,yang manakah lagi kukuh?Saya tinggalkan persoalan itu pada anda.



Semangat satu pasukan.Untuk mencapai satu kejayaan,sudah pasti bukan melibatkan satu individu tetapi melibatkan orang sekeliling yang memberi sokongan padu.Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan sesuatu.Sudah pastinya,setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Itulah sebenarnya kelebihan berkerjasama dalam satu pasukan.Apabila kita bekerja dalam pasukan,semua orang akan bekerja bersama-sama.Tiada yang lebih dan tiada yang kurang komitmennya.Bahkan setiap individu menyumbang sesuatu kepada pasukan tersebut.Tiada rasa inferioriti mengenai diri sendiri,malah anda patut yakin dengan kelebihan yang anda ada dan anda ada bahagian anda untuk menyumbang dalam pasukan tersebut.Kehadiran anda,tidak kisahlah dalam apa-apa perkara pun,ada tujuannya,dan bukanlah sia-sia.Firman Allah SWT:

Allah Ta'ala berfirman ” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main (sia-sia). Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (QS Ad Dukhaan [44] : 38-39)

Manusia tiada yang sempurna.Seperti yang saya lihat,anda lihat,setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Apabila setiap individu yang mempunyai kelebihan lalu saling men 'topup' kelebihan kepada kekurangan individu yang lain,maka kelebihan dapat mengatasi kekurangan individu dan pasukan tersebut.Lalu terbentuklah satu pasukan yang kuat,mantap dan kukuh.Jom tengok firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff [61]: 4)


Wahh,Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya sepanjang zaman.Bayangkan ayat Al Quran ini yang diturunkan pada suatu masa dahulu,dan kebaikannya  bukan hanya pada untuk suatu masa dahulu.Tapi sehingga kini.




Jom jadi lagi bersemangat untuk mencapai sesuatu tujuan kita apabila kita bekerja dalam satu pasukan.Biarlah bersemangat setinggi puncak yang ingin mencapai angkasa.Angkasa yang dipenuhi dengan bintang-bintang kejayaan.Jom menyerlah jauh dari yang biasa,dan ini bukan ungkapan sekadar mimpi.

Thursday, 28 March 2013

monolog

Assalamualaikum wbt,

Heeeee..tengah renyih dengan bahagianya.Kenapa yarhh cik siti maisarah?Sebab saya jumpa jawapan yang saya nak,yang boleh menenangkan hati ini.Kalau Allah nak bagi sesuatu pada hambaNya,maka tak ada sesuatu yang dapat menghalang ketentuanNya.

 Apabila  membaca satu tafsir yang agak panjang dengan harapan dapat meng'absorb' segala isi untuk dibincangkan dalam usrah esok(homework usrah).Hehe.Tapi,agak terkejut,terkedu bila baca ayat last sekali di muka surat 63 iaitu ''Allah sebaik-baik pemberi keputusan''.

Kebelakangan ni ada perasaan nervous dalam semua benda yang saya buat.Apabila asyik memikirkan keputusan yang bakal diterima.Tak kisahlah dalam apa pun.

Alhamdulillah.

p/s:jangan judge atau buat assumption pada orang yang kita sendiri belum kenal.Amatlah tidak baik.Bersangka baik pada tujuan yang sama2 kita nak tuju iaitu untuk menjadi insan yang lebih baik(peringatan untuk diri sendiri dan semua).Terima yang seadanya.=)

Wednesday, 27 March 2013

Bukan sekadar homosapien yang biasa

Assalamualaikum wbt.


Kita manusia,ataupun mengikut spesies biologi saintifik ialah homosapien.Kita bukanlah sekadar homosapien yang hanya tahu bangun tidur,pergi ke kelas,makan,tidur tetapi kita ada tujuan kita yang luar biasa iaitu untuk menjadi khalifah yang memakmurkan alam dan menjalankan ibadah padaNya.Jom jadi homosapien yang luar biasa dan hebat.

Pernah tak merasakan perkara yang menimpa sebagai suatu bebanan pada jiwa?Macam lori yang membawa muatan yang lebih hadnya merangkak mendaki bukit dengan perlahan .Hidup ini tak senangkan?Siapa yang dapat lari dengan ujianNya?Hanya Firman Allah yang dapat menenangkan hati hamba-hambaNya yang lemah ini.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Berbeza tak orang yang sabar dan cuba untuk selesaikan sesuatu perkara berbanding dengan orang yang hanya duduk di rumah goyang kaki laju-laju?

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Wah,untungnya dan bahagianya apabila baca ayat di atas, Allah menjanjikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Untung dan hebatkan orang yang sabar dan hanya berharap padaNya, cuba berusaha memerah keringat,memikirkan idea untuk mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Untuk apakah bebanan yang bertalu-talu ini?Jom kita tengok hadis ini:
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesalahan,kerana kita selalu alpa.Tetapi,Maha Pencipta begitu Maha Penyayang pada hamba-hambaNya dengan memberi peluang pada hamba-hambaNya untuk sentiasa dalam keadaan bersih dari dosa.Apa lagi keluhan kita?

Apa peranan kita?Ayuh kurangkan keluhan,perhebatkan panjatkan kesyukuran,perhebatkan frekuensi berdoa,perhebatkan amalan membaca al quran,perhebatkan mempraktiskan akhlak yang mulia,perhebatkan jiwa dalam mengesakanNya dalam semua perkara,perhebatkan jasmani dan perhebatkan minda.

Jom hayati kata-kata pujangga di bawah,
''Menjadi orang hebat bukan satu pilihan,tetapi suatu perjuangan kerana syurga hanya menerima orang-orang yang hebat''.


Tuesday, 12 March 2013

POSITIF jiwa,fikiran dan akhlak.

Assalamualaikum,



Apabila ada jiwa yang positif,fikiran juga positif dan akhlak jugak terpamer dalam sudut yang positif.Langkah pertama perlu mencari jiwa yang positif.Tetapi macam mana nak dapatkan jiwa yang positif?

Prinsip yang teguh.Prinsip yang teguh di sini ialah memegang pada sesuatu yang teguh.Firman-firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW haruslah menjadi santapan  jiwa.Allah banyak mengajar hamba-hambaNya untuk melalui kehidupan ini dengan kisah-kisah rasul-rasul,nabi-nabi,sahabat-sahabat,hamba-hambaNya yang soleh yang boleh kita ambil ikhtibar.Dan juga kisah-kisah orang yang ingkar ajaran dan petunjuk Allah yang boleh kita ambil pengajaran.Menjalani kehidupan sebagai individu di zaman urbanisasi ini banyak dugaannya.Dengan positifnya jiwa,kita tak mudah jatuh dan menganggap segala dugaan yang menimpa itu satu bebanan dan titik berhenti.Malah kita akan memikirkan dugaan itu satu ujian dari Maha Pencipta untuk menguji hamba-hambaNya.Jika kegagalan mendatang,tetapi dengan individu yang berbekalkan jiwa yang penuh dengan didikan Al Quran dan hadis,kegagalan tidak lagi menjadi sebab penghalang untuk menjadi lebih produktif,maju dan berani untuk keluar dari lembah kegagalan.Kita boleh berfikir sejenak sebelum mengambil apa-apa tindakan dengan membandingkan apa yang akan bakal terjadi jika kita membuat sesuatu perkara.Pertimbangan itu wajar.Fikiran yang positif juga mampu dimiliki kalau kita sentiasa menunaikan tanggungjawab dan hak tubuh badan.Maksudnya di sini,apabila kita sentiasa bersenam kerana apabila kita bersenam,kita memperbaiki sistem-sistem tubuh badan.Apabila badan sihat,otak pun cerdas.Kan?Apabila jiwa dan fikiran yang positif bergabung,maka zahirlah akhlak yang positif.


Jom tengok balik firman Allah SWT:
''Dan apa saja-perbuatan baik-yang engkau sekalian berikan untuk dirimu sendiri,nanti pasti akan engkau sekalian dapati di sisi Allah,keadaannya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya dan mohonlah pengampunan kepada Allah ,sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang''(Al-Muzammil:20)

Rasa lagi bersemangat nak jadi orang yang ada fikiran,jiwa dan kelakuan yang positif.Hidup tenang bahagia di dunia dan mendapat ganjaran pahala untuk akhirat yang berganda.Berjaya dunia akhirat.Siapa yang tak nak?

Allah Ta'ala berfirman:
''Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan.''(Al Baqarah:148)


Apabila anda menjadi positif,anda dapat menarik charge-charge negatif di luar sana.Anda tidak akan membiarkan segala kesusahan yang anda hadapi begitu sahaja tanpa usaha penyelesaian.Apabila positif bertemu negatif maka neutral lah jawapannya.Anda akan dapat mengurangkan charge-charge negatif itu sedikit demi sedikit.Dan yang paling untungnya charge positif anda semakin bertambah kuat.Anda dapat menarik charge negatif,yang juga bermaksud anda menarik  orang-orang di luar sana yang memerlukan nasihat anda.InsyaAllah.Tak rugi kalau jadi orang yang ada banyak charge positif.Anda membantu diri anda,dan orang di sekeliling anda.Jom jadi insan yang mempunyai  positif di jiwanya,fikirannya, dan akhlaknya.Belum cuba belum tahu,tak kenal maka tak cinta.Ayuh!!




Tuesday, 26 February 2013

=)

Assalamualaikum,

Segala persoalan yang bermain di minda,kepercayaan yang dipegang hati,dengan adanya takdir membongkarkan segala-galanya.Dalam sekelip mata,sehembus nafas.Keluh kesah kenapa begitu tapi jawapannya segala-galanya.Berbaloi keluh kesah yang hanya sekejap dengan kenyataan yang ditunggu-tunggu sebelum ini.


Alhamdulillah.Masa yang berlalu dengan kisah yang pelbagai.

Kita belajar dan ambil ikhtibar.


Let bygones be bygones.