BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 7 February 2010

COMEL



Arini merupakan hari terakhir aku bercuti.Rasa sedih juga terdetik dalam hati.Tetapi hati ini juga ingin meneruskan perjuangan.Aku memanjat kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana aku baru sahaja mengkatam Al-Quran.Walaupun dalam keadaan kekurangan,tiada ustazah kesayangan aku,keluarga aku, kenduri,pulut kuning kesayangan aku tetapi aku tetap bersyukur dan puas kerana aku telah berjaya menjalankan tanggungjawab aku sebagai muslimah.Tidak sabar aku untuk mengkhabarkan berita nie kepada mama dan abah.Sebak juga hati ini.Aku juga telah berjanji untuk menjadi wanita Islam yang lebih baik.Aku ingin mencuba mencontohi idola aku-Siti Khadijah,Siti Aisyah, dan Siti Fatimah.Amin.Dengan izin Allah.Aku ada teman comel-Dino,Bear,Buntal..Semua warna biru.Aku suka semua benda wana biru.Lagi satu bear aku tinggalkan di rumah aku di Taman Shahab 2.Hahaha.Kesian dekat 'no name'.Tetapi adikku Shia yg jaga.

Saturday, 6 February 2010

suratan atau pun kebetulan




Mataku sedang mencari tempat duduk dalam bas.Tapi telah dipenuhi oleh mak cik2 dan nenek tua.Aku hanya mengerutkan muka dan berdiri di tepi tingkap bas.Zana menyusuri aku.Dia berdiri di depan aku.Aku melihat barisan yang masih panjang di luar bas.Mata aku tiba2 tertumpu kepada seorang mamat Rusia yg sedang memasukkan tiket dalam mesin itu.Dia terus berdiri di hadapan Zana.Aku lalu mengalihkan perhatian ke tingkap dan menghayati pemandangan jalan raya sambil memikirkan sesuatu.Lenguh juga terasa kaki ini kerana jauh juga perjalanan ke MEGA ni.Setelah 20 minit berdiri sampai juga aku di shoping complex ini.Kami terus menuju ke mesin ATM yg terletak di hadapan ZARA dekat dengan Swatch.Aku seterusnya menuju ke Bankomat centre kerana menemani Zana yg mempunyai urusan di situ.Setelah selesai semua urusan,kami terus memulakan langkah untuk pulang dengan menaiki mashrud ke stesen metro teopli stan.Zana memillih tempat duduk yg plg belakang.Aku hanya menyusuri Zana.Aku hanya mempunyai 23 rbl utk membayar tambang sebanyak 25 rbl.Zana meminjamkn 2 rbl kpd aku.Lalu aku terus membayar kepada pemandu van itu.Sedang menunggu tiba2 pintu van dibuka.Aku pon tengoklah.Dalam hatiku terdetik sambil berfikir "macam pernah aku lihat mamat nie sebab winter coat dia itu aku pernah nampak.Ha?Mamat dalam bas tadi.Zana pon terkejut juga lalu terus memberitahu aku dan aku hanya mengangguk.Aku kembali melihat dia.Dia pun tengah melihat ke arah aku dan Zana sambil.Aku cepat2 mengalihhkan pandangan ke arah Zana.Aku rasa amat kelakar dan aku x dapat tahan gelak tetapi aku cuba menahannya.Zana pula gelak sbb tidak tahan tengok muka aku yg menahan gelak.Bayangkan, betapa kebetulannya,dalam beribu-ribu org di MEGA, pada yg sama bg km utk pulang ialah masa yg sama bg dia utk pulang.Mamat nie org muda dan cool.Dia pun terkejut melihat kami.Dia memulakan perbualan dulu.Mula2 aku mmg x tahu dia ckap apa sbb dia ckap terlalu laju.Sudahlah bahasa rusia aku macam kura2 tengah berjalan.Nasib baik Zana cepat pick up.Sepanjang perjalanan pulang,Zana saja yg menjawab kerana aku masih menahan gelak.Aku rasa bodoh sgt diri ini dan aku x dpt tengok muka mamat itu sebab aku rasa kelakar.Selepas itu aku mengalihkan pandangan ke arah mamat itu sekejap kerana kepala aku sudah saket kerana berpaling ke satu arah saja.Aku senyum saja dekat mamat itu dan aku tertengok handphone dia.Aku memfokuskan mata aku.Yang ini lagi aku tidak tahan oleh sebab handphone dia sama macam aku.Sudahla model sama,flip dia pon patah macam aku gak.Hahaha.Aku tengah penat tahan gelak.Akhirnya,sampai juga aku di stesen metro.Dia pun berhaenti di stesen metro yg sama.Aku puas gelak sambil menceritakan apa yg aku rasa pada Zana.Itulah ceritanya.Setiap hari mesti ada saja cerita dan pengalaman baru.

Friday, 5 February 2010

matahari


Assalamulaikum pembuka bicara.Hari ini aku keluar untuk membeli barang rumah di Ashan Belialeva.Alangkah riangnya hati ini apabila terkena sinaran matahari dengan suhu hampir -10 darjah celsius.Betapa rindunya aku untuk mendapat panahan matahari.Kalau dulu aku akan mendapat cahaya matahari yang membakar kulit setiap petang kerana latihan formasi.Aku terbayang-bayang lagi,masa itu, semua org rasa mcm nk marah saja sbb panas sgt.Aku pon dibasahi dengan peluh.Memang tidak boleh sikit junior buat salah.Sudahlah panas,sudah semestinya senior akan meletup dan ada juga yang seperti nk makan orang.Hahaha.Apa tidaknya,jikalau Sir Tang ternampak sedikit kesalahan,maka berulang la balik formasi td.REPEAT.Aku benci perkataan itu.Sudahlah berjalan mengikut beat yg diberikan,tumpuan pada not yg dimainkan di instrumen,dan mengingat langkah2 seterusnya untuk menghasilkan sebuah formasi.Aku sebagai ahli perkusi hanya banyakkn bersabar-membawa drum yg amat berat.Tetapi kamikn SUPERGIRL.Mesti kuat n hebat.Tiba2, aku terbangun dari lamunan aku.Seronoknya aku kerana ada memori ketika sekolah dulu.Afiqah sudah pun berada di pintu keluar bas kerana kami sudah tiba.Aku hanya tersenyum.

Thursday, 4 February 2010

woohooo




Hahhh..Aku menghembus nafas lega.Semalam aku sempat ym dengan mymy.Berbicara tentang masing2.Semakin lama semakin aku rasa rindu dan sayang dekat kawan2 aku di sana.Mereka memang kawan aku yang sejati dan selama-lamanya.Aku senang apabila kawan2 aku menceritakan masalah mereka padaku.Kerana mereka percaya padaku.Aku suka kalau orang berkongsi cerita bersama aku kerana aku mungkin orang yg mereka sayangi.Sekurang-kurangnya aku pun dapat pengajaran .Sempat juga aku ym ngan odah.Tidak habis habis dengan watak HARRY POTTER nya.Masa ladies nite,tema utk malam itu ialah fantasy kata Odah.Aku memang dah agak Harry potter akn mnjadi pilihannya.Sebab akulah seat partner odah di dalam kelas 5 Sultanah.Pagi ini aku online facebook.Aku terjumpa satu nama yang memang aku kenal sejak kecil lagi.Tidak ku sangka.Tersenyum lebar aku.Sebelum ini,aku malas nk add org dekat facebook kecuali kawan2 terdekat aku.Apabila aku terjumpa dia, dia mengingatkan zaman mengaji al quran aku.HAhaha..

Tuesday, 2 February 2010

LAUNDRY

Arghhh..Aku menarik nafas panjang.Sampai aku dalam bilik terus aku menjerit dan perkataan BO*** keluar dari mulut aku.Serius aku amt geram dan rasa nk mencarut saja.Tetapi nasib baik tahap kesabaran aku tinggi.Aku sabar sahaja.Sebenarnya, mak cik Russia laundry buli aku.Dia x mau terima aku punya cadar.Punya la penat aku buka cadar aku.Dekat cadar tu mmg ada sikit kotoran.Sebab tu la aku hantar p laundry.Alasan dia x mau amik aku punya cadar sebab cadar aku kotor dan suruh aku balik basuh dulu.Inilah bongok.Dah tu memang keja dia.Buat sajala.Aku dok Pushkin ni bukannya free.Bayar tau x.Sudah la mahal.Aku da decide x mau hantar cadar sampai aku pindah nnt.PUAS HATI!!

pasar oh pasar


Hahaha..terasa amtlah lawak apabila difikirkan balik.Semalam aku dan rakan serumahku,Afiqah telah bercadang untuk pergi ke pasar di Teopli Stan.Aku pula dengan yakinnya ingin menunjukkan kedai halal kepadanya.Sesudah keluar dari pintu metro,kami dengan yakinnya pusing kiri dan menaiki tangga.Apabila keluar dari pintu stesen metro,aku dengan yakinnya membawa langkahku menuju ke kedai ayam halal yang signboardnya bewarna hijau.Sampai2 di situ.Nampaknya salah.Hahaha.Aku mula hairan sebab aku amat yakin dengan jalan itu.Aku pon terus menelefon Hani.Disebabkan rasa gelabah menguasai diri,satu patah perkataan pun aku tidak faham apabila Hani memberitahu arah jalan.Aku terus ckap bubye dekat hani.Lepas tu,afiqah pulak tnya mana pasar.Aku pun dah x ingat.Waaaa..macam mna ni??Tiba2 aku ternampak tempat aku ambil gamba masa kali pertama aku datang ke pasar.Owhh..Nampaknya pasar di depan itu saja.Haha..Lawaknya..Nampaknya aku dengan afiqah memang x boleh harap klu keluar bersama..Hahaha..Kesian dekat afiqah,terpaksa berjalan jauh disebabkan aku.Sory afiqah..hahaha