BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 22 September 2013

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Assalamualaikum wbt..







Memaafkan,melupakan dan menyayangi,bukanlah suatu ungkapan,tapi suatu perbuatan.

Maaf.Satu perkataan yang mudah tetapi amat sukar  kepada seseorang yang perlu memberikan suatu kemaafan.Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang memeritkan jiwa,menjatuhkan dan menyedihkan kita.

Melupakan.Satu perkataan yang akan memadamkan suatu memori.

Sayang.Satu perkataan yang membahagiakan semua orang.Suatu perkara yang mampu membuatkan orang rasa tersenyum,indah,riang dan senang.

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Jika orang yang paling kita sayang,melukakan hati kita,lalu meminta maaf dari kita.Mungkin sesetengah daripada kita mengalami pelbagai situasi,ada yang ringan,ada yang berat.Situasi yang melukakan hati,mengguris jiwa.Mungkin ada yang berat dan sukar untuk memaafkan.Tapi,adakah kita mempersoalkan diri kita untuk memaafkan ini bahawa betulkah kita betul-betul sayang akan orang itu jika orang itu membuat kesalahan yang besar kepada kita?

Apakah nilai maaf sebenarnya?

Rasulullah secara khusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”[1].HR Muslim

Kemuliaan di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.” (QS: an Nisa’ [4]: 149).

” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)

Sifat pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti?Kita sendiri sebagai manusia juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.

Di dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.

“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya ditingkatkan, maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia.“ (HR: Al-Hakim).

Semuanya dah tertulis segala perjalanan.Setiap orang ada masalah,tetapi,saat dimana kita berada,itulah yang terbaik Allah letakkan untuk kita.Bersyukurlah kerana dapat menghayati erti memberi maaf.Mungkin rasa diri ini tidak mampu untuk memberikankan suatu kemaafan kerana masih ada tersembunyi rasa hipokrit dan tidak ikhlas itu sendiri.Tapi kita boleh mencuba untuk mencapai keikhlasan dalam memaafkan itu sendiri.Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk  memperbaiki diri.Moga kita tidak mensia-siakan setiap peluang keadaan yang Allah kurniakan.Moga terus sabar,tabah dan ikhlas untuk memaafkan.
Bismillah =')





0 comments: