BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 29 June 2013

Saya dah habis exam!!

Assalamualaikum wbt,



Bermulanya musim peperiksaan maka ada jugalah pengakhirannya.Detik-detik yang memang setiap orang akan tertunggu-tunggu.Sudah berlegar-legar dan bermain-main dalam kepala beberapa perkara yang kita ingin lakukan sebaik sahaja musim peperiksaan tamat.Mungkin ada yang sudah menyediakan senarai perkara yang ingin dilakukan.

Apa pun,jom kita mengucapkan tahniah kepada diri masing-masing yang sudah mengakhiri musim 'ëxam' dengan penuh istiqamah,usaha,doa dan tawakkal.Tidak salah bagi kita untuk memberi 'reward' kepada diri kita sendiri selagi kita tidak terpesong dengan tujuan kita yang sebenar .Jom kita membuat refleksi diri balik dengan firman Allah SWT :

Surah Al Inshirah,ayat 7 hingga 8:-

7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), 

8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Kadang-kadang kita terlebih gembira dengan mengejar perkara-perkara duniawi sehingga kita lalai dengan urusan yang mengingatkan kita pada hari akhirat.Kerana hidup di dunia ini juga ialah satu ujian kepada manusia,dan pengakhirannya ialah pada hari akhirat nanti.Reward yang kita hanya harapkan hanyalah syurga.Semoga kita tidak tertipu dengan hasutan dan bisikan dunia.Jom hayati erti mujahadah sebagai peneguh hati tanpa mengenal erti henti.Tanamkan dalam hati dengan penuh mujahadah,berdoa untuk melakukan sesuatu perkara dengan pasti niat keranaNya supaya amalan kita diberkati,diredhai dan bermanfaat pada yang lain sepanjang masa.InsyaAllah.

0 comments: