BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 29 December 2012

post selepas solat magrib sebelum masuk isyak =)

Assalamualaikum,
Heeeeeeeeeeee..
Ni time rehat sebelum tidur n study.
Time nak tunggu masuk waktu solat isyak .

Hak memilih antara yang hak dan batil kepada diri ini.Jangan wujudkan dinding penghalang untuk memilih.Rugi.Fikir dan renung.Jangan biarkan keseronokan mengamburi mata,keselesaan menyelubungi diri,kesusahan mengguris jiwa tatkala senang atau susah.

Tak semestinya sepanjang masa perlu bersuara kerana mereka.Tapi mungkin suara hati itu jauh lebih baik.Bukan semua kata-kata perlu bersuara.

Bukanlah masa untuk mengadili siapa yang lebih baik.Aku atau dia.Cuba tengok diri ini suatu sudut pada masa dahulu.Pasti ada sesuatu.Yang mungkin kita pernah kesal.Kalau boleh nak sangat si dia rasa apa yang aku rasa sekarang.Aku,dia tak sempurna.Saling memahami dan saling menyempurnakan.Itu kasih sayang.

Orang yang sudah kita kenal lamanya,tak semestinya betul2 memahami.Tapi orang yang baru kita kenal sebaliknya.Terharukan.Tempoh perkenalan itu tak memainkan peranan betapa kukuhnya persahabatan itu.Niat mendahului segala-galanya.Terharukan.

Rasa penat bila diri menjadi tempat pergantungan mereka hanya di kala mereka susah.Tapi tiada ungkitan,keluhan,dan kuatkan hati, jadikan diri ni manfaat semanfaatnya.Balasan Maha Pencipta yang terbaik.

p/s:Salam rindu dekat family 146 jln byn 5;mama,abah,abgzo,masturah,shia.Moga Allah tabahkan hati ni.Tambah2 bila otw balik kelas nampak parent yg jln2 petang ngan anak2.Huuuu sayu ja hati ni..Ya Allah,smpaikanlah salam cinta ku pada mereka..

With luv maisarah(rasa best  pulak bila sebut nama penuh).heee =)

0 comments: