BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 14 May 2012

Mama abah

Assalam.. Dah lama sangat tak menulis kat sini. Welcome to mama dan abah yang dikasihi yang tengah baca.Winkwink Agak terkejut apabila maturah cerita abah jumpa dan baca blog akak. Setiap manusia dikurniakan hati dan fikiran untuk berbicara. Untuk saling nasihat menasihati,merapatkan ukhuwah sesama insan yang bernama hamba. Cuma kadang2 tak semuanya boleh diungkapkan dengan kata2. Dan tak semuanya mampu diperdengarkan kepada manusia. Tapi yang pasti Allah tempat terbaik dan pertama untuk bercerita. Usia hari demi hari makin meningkat Kiri,kanan,belakang dan hadapan semua yang berlaku dengan pantas. Ada yang begitu,begini,bukan begitu dan bukan begini. Sabar ialah kunci kemenangan dan syukur ialah kunci pada kebahagiaan. Semoga aku menjadi hambaNya yang solehah, anak yang solehah pada mama dan abah,kakak yang x garang pada masturah dan muslihah,adik yang selalu menasihati abang Zul kurangkan merokok,saudara Palestin yang ambil tahu,muslimah yang solehah,kawan yang sabar dengan karenah rakan sendiri,kawan yang boleh memberi nasihat. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Alhamdulillah untuk hari ini. p/s:Cara tak mahu mudah rasa lemah dan kecewa,pergantugan yang teguh padaNYA,bukan pada diri sendiri. Bismillah..

0 comments: