BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 24 July 2011

give me 10 reasons why u refused to do CPR?

Assalam...


Dah 2 minggu buat practical dekat hospital ni..
Pada tanggal 19/7/2011...
Aku membuat round dekat kecemasan.
Selalunya aku ada dekat bilik kegemaranku,bilik procedure..
Sebab dekat sinilah tempat cuci luka,jahit2,pasang RAS tube,CBD..
Tapi hari ini aku membuka langkah pergi seorang ke Red Zone..
Aku nampak satu bed ini tertutup rapat dengan langsir.Aku pon masuk la.
Satu team yang terdiri daripada dr pakar,MO,HO,MA,paramedik tengah sibuk selamatkan satu nyawa.
Ada yang buat intubation,bagi oxygen,ada MA yang tgh buat CPR..
1st time aku tengok orang buat CPR live.Agak dasyat la compression yang dibuat tu.
Masa tu MA tu cakap dia dah tak larat nak teruskan chest compression..
Lepas itu next MA pon sambung.Lepas 2 cycle macam tu nurse pulak yang buat.
Lepas tu nurse tu cakap dia pon dah tak larat.Tiba2 ada seorang dr ni point kat aku.Suruh aku sambung.Aishhh.Dah la ni 1st time aku tengok orang buat CPR.Belajar pon tak pernah.Dr tu suruh aku amik glove.Get ready.Lepas tu Dr yang point aku tadi tu pon keluar.Aku pon lepas nafas lega.Biar saja abang MA tu yang sambung buat.
Inalillah....Patient tu dah meninggal dunia..Pulse dah tiada..Heart rate 0..
Semua doktor berhenti menyelamatkan patient tu.Mereka sudah melakukan pelbagai cara dan sehabis upaya.
Tengok2 dr tadi masuk balik.Terus tanya aku awak buat tak CPR?serius cuak yang amat.Dah la banyak dr lain,MA,nurse,student nurse..
Aku pon mengaku la aku tak buat.
Soalan yang buat aku rasa macam kena sabar banyak2...
GIVE ME 10 REASONS WHY U REFUSED TO DO CPR?
Waaaaaa..Aku pon cakap laaa 3 alasan..aku takut,aku tak pernah belajar,aku memang tak tahu.

Dia pon cakap-sebenarnya patient tu dah mati lama dah.Saya suruh awak buat CPR tu sebab nak bagi awak peluang belajar.

Aku rasa macam down sangat2..

The next day..ada seminar pasal kecemasan..actually seminar tu utk kakitangan A & E..tapi kami yang medical student pon p menempek buat muka tak malu..Siap ada tunjuk cara nak apply CPR..aku belajar dan tengok betul2..lepas tu aku try pulak buat dekat patung...

Balik dari seminar tu afiqah ajak p deparment dia-medical..Aku dan nabila pon ikutla.Tengok2 ada seorang mak cik ni diberi bantuan CPR.Aku tengok pada mulanya.Bila doktor tu panggil untuk buat CPR.Aku dah tak fikir panjang.Tak salah kalau aku cuba.At least aku cuba nak selamatkan mak cik ni walaupun di hujung nyawa.Lepas ni ramai lagi orang yang perlu diselamatkan.Aku nekad masa buat chest compression tu.Tak mahu kejadian yang kena marah dengan dr tu berulang.Waktu ni juga aku belajar.Aku berjaya melakukan chest compression buat kali pertamanya..setelah habis 1 cycle aku pass pula kepada nabila..

Inalillah..Allah lagi sayangkan mak cik tu..

Banyak yang aku dapat masa kat hospital ni.Walaupun tiap2 hari berjumpa dengan orang sakit,tapi seronok bila mendengar keluhan mereka.Seronok berjumpa dengan mak cik2,pak cik2.Ada yang panggil aku doktor pon ada.

Insaf menemani diri ini setiap hari..