BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 5 March 2011

Saudaraku saudara kamu juga =)



Assalam....


Hmm..
Tak tahulah..sejak beberapa hari ini memikirkan nasib2 saudara di Palestin..
Kita bersaudara kan..

Sebut pasal saudara ini..mengingatkan aku pada abang Zul,Mastura ngan Shia..
Bayangkan kalau mereka yang berada di bumi Palestin..
Abang Zul yang stailo,menjaga penampilan..di Palestin mungkin tiada lagi gaya dan rupa kerana semuanya dipenuhi luka..
Mastura yang suka sangat mengalunkan lagu dari 'flute'..mungkin akan mengalunkan teriakan dan tangisan kebebasan..
Adikku yang bongsu,Shia yang baru belajar memetik gitar..mungkin akan belajar memetik senjata..

Aduhh..takutnya apabila difikirkan balik jika meletakkan saudara kandung kita di tempat mereka.Apa yang akan aku lakukan??.Terasa lebih insaf jika mletakkan dan membayangkan saudara sendiri di sana.Kita yang hidup bersenang senangan ini jika ditimpa satu musibah yang kecil banyak persoalan yang kita soalkan.Mana erti syukur dengan nikmat yang sedang ada dikala ditiimpa musibah?

Islam sesama Islam adalah saudara..
Kita bersaudara..
Apa gunanya pergaduhan sesama keluarga,sahabat sendiri??
Manusia serba kekurangan,,
Apa salahnya memberi dan meminta kemaafan?
Egokah kita sebagai hambaNya???
Istighfar..
Apabila bersaudara mesti ibarat satu keluarga..
Bersatu..
Ya Allah,,peliharalah saudara2 ku di bumi Palestin..
Amin...

0 comments: