BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 13 January 2011

=)

Assalamualaikum,,,


Dah lama tak menulis dan menconteng2 di sini.Sedih,gembira,takut,cuak,,,semuanya aku lalui.Semuanya aku telan dan mengharapkan keredaanNya.Kalau terguris hati dengan perbuatan dan percakapan manusia..jawapanya ialah~~mereka ialah manusia.Sabar dalam hati kerana mereka adalah saudara aku sendiri.Suka sangat dengan lagu hadis 35 ini.Janganlah kamu berdengki-dengkian,bermusuh musuhan,menganiayainya dan menghinanya.Apabila sakit hati dengan kawan2 sendiri,,tapi bila teringat hadis ini,,sudah mampu membuatkan hati tersenyum.Indahnya Islam itu sendiri.

Semalam aku mengunjungi rumah kawan aku.Ingin berkumpul beramai ramai dan makan bersama-sama.Pada mulanya malas sungguh kaki aku mahu melangkah pergi.Tapi kerana silaturahim sesama rakan2 di sini.Apa lagi yang perlu difikirkan lagi.Mereka saja yang aku ada di sini.Enjoy jugak aku di sana.Kerana aku berkenalan dengan X-Box.haha.Teruja aku melihat kawan2 aku bermain.Hilang semua stress anatomy dalam fikiran ini.Kalau main X box semalam main menari.Manalah aku pandai menari.Nanti jadi senam robik pulak bila aku menari.haha.Aku hanya mampu main game dengan controller.Puas hati aku.Main game lawan2.Teringat pulak masa zaman dulu2 main PS dengan adek2 ngan abgZul.

Dalam masa terdekat ni,aku dapat macam2.Alhamdulillah kerana Maha Pencinta membuka mata aku.Masih ada insan2 yang sebegitu.Kagum.Itu saja yang mampu aku berkata.Setiap kali melihat,aku mesti berfikir.Alhamdulillah sekali lagi.

Rindunya mama dan abah.Abg Zul pun dah bekerja.Bangga aku sebagai adiknya.Masturah nak SPM,Shia dah masuk form 1.Semuanya dah besar.Aku pula,hanya Allah yang tahu apa yang dalam hati ini.Aku mengharapkan turning point itu.

0 comments: