BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 1 November 2010

Hero no. DUA

Assalamualaikum..
Hari ini hari saya normal.Cuma ada beberapa perkara yang membuatkan tak senang.Benda dah lepas.Semuanya tercatat dalam Loh Mahfuz.Cuma diri sendiri ini yang perlu memilih jalan yang terbaik dan berusaha untuk mencapai yang terbaik kerana diri ini tidak tahu apa ketentuan Loh Mahfuz itu.Hanya berserah kepadaNya kerana ini urusanNya.Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik di saat itu.

Ok.Back to the story.WINTER SONATA.Memang OST Korea yang best dan pernah meletup.Aku sendiri pun dah berulang kali tengok cerita itu.Aduh.Alangkah bagus jika Al Quran dibaca berulang-ulang begitu.Hihi.Bukannya apa, seperti yang kita tahu, hero no. 2 dalam cerita ini baru saja mati bunuh diri.Persoalannya,kenapa dia bunuh diri?Bukankah orang zaman sekarang cakap dunia itu indah..live the life to the fullest..Apa maknanya semua itu?Kenapa dia bunuh diri?Sebab dia bukan ISLAM?Sebab dia tiada pegangan hidup..

OK.Jika berkata sedemikian.Bagaimana pula dengan orang Islam sendiri yang bunuh diri?Haaa..Apakah dia tidak tahu pegangannya itu sendiri.Bunuh diri untuk menyelesaikan masalah.Adakah itu caranya?Allah menguji seseorang itu mengikut kemampuannya.Bukannya sampai membunuh diri sebagai jalan penyelesaian.Sebenarnya ujian Allah itu pasti ada penyelesaiannya.Cuma cepat atau lambat.Sabar atau tidak seseorang itu.Ikhlas ataupun tidak.Redha,tawakal dan sebagainya.Untuk meningkatkan taqwa dan darjat hambaNya itu.

p/s:Jazakillah kepada Afiah dan Nabila kerana buat saya berfikir =)

0 comments: