BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 2 May 2010

violin,stick,flute n saya



Assalamulaikum..

Ya Allah..Apa nak jadi dgn diri aku ini?Aku tidak dapat menumpukan perhatian utk belajar fizik utk menghadapi ujian pada esok lusa.Tidak keruan hati ini.Bukannya apa,aku rindukan kawan2 sekolah dahulu.Hal ini timbul kerana tangan aku ni gatal sangat menengok gambar2 adik2 aku bersama rakan-rakannya.Rindunya.Masing2 telah membawa haluan sendiri.Ada yang berubah menjadi lebih baik dan sebalikknya.

Aku mengimpikan sebuah biola di tangan ini.Aku rindu akan bunyi geseran biola yang pernah aku mainkan lagu love story, jingle bell, baba blacksheep.Jari ini rindukan sentuhan string G,A,B,C.Ikutkan hati ingin saja terus membuka langkah dan membeli biola.Tapi aku dapat membayangkan mama yang akan berleter panjang kerana biola di rumah aku itu masih kaku dan sedang menunggu aku.Hahaha.Tangan ini juga rindu akan genggaman drum stick yang pernah aku main selama 5 tahun di sekolah menengah.Membaca not di atas skor yang kadang kala rumit dan aku sendiri pernah dimarahi sir Tang.Jika dahulu mungkin di tangan aku mempunyai urat2 yg timbul dan sekarang mungkin lapisan2 fat tissue.Hahaha.Dah lama aku pendamkan hasrat utk main alat muzik.Iri hati rasanya apabila jiran aku dapat main gitar sendiri di kala lapang.Aku hanya mampu tersenyum.Aku dapat rasakan betapa puas nya hati apabila kita dapat apa yang kita nak.Setiap orang ada impian masing2.Tidak salah mempunyai impian.Janji kita melaksanakannya mengikut cara yang betul.
*ni semua masturah punya pasal,klu aku x tgok gambar dia yang sedang 'tune' flute sure aku x jadi macam nie...hahaha..Anyway,saya dan adik saya mempunyai minat yang sama.Dia sangat sukakan muzik.Cuma kelebihan dia ialah bermain flute.Mastura,,nanti kita main biola sama2.Akak rindula..hohoho..jiwang pulak..

Akhirnya, aku dapat meneruskan perjuangan belajar fizik.Alhamdulillah ^_^