BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 10 April 2010

KEKUATAN


Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka bicara saya pada kali ini setelah sekian lama diri ini tidak menulis kata-kata yang lahir dari akal dan hati yang masih waras.Alhamdulillah.Semalam hari Jumaat iaitu hari terakhir kelas dalam seminggu.Bukannya apa,diri ini hanya kagum degan kebesaran Allah SWT.Segala kekuatan datang dariNya.Ceritanya bermula apabila diri ini terpaksa stay up sampai jam 3 pagi kerana terpaksa melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar.Sebelum melelapkan mata,sempat aku membaca surah 3 'Qul'.Dengan harapan utk bangun tidur pada jam 6 pagi.Letih sungguh rasanya.Setelah nyenyak tidur,tiba2 aku terbangun dengan izin Allah pada jam 7.MashaAllah.Aku sudah lewat.Aku terbayangkan raut wajah lecturer Latin aku 'Galena'.Aku terus siap2 setelah solat Subuh dgn harapan aku semoga Allah memelihara aku hari ini.insyaAllah.Aku terpaksa melupakan span shower aku kerana aku tidak lagi mempunyai masa utk mandi.Aku meneruskan perjalanan aku bersama Afiqah dan rakan sekelas yg lain;Hazel dan Syafiqa.kami terpisah denagn Hazel dan Syafiqa di bus stop Ismailovskaya.Kini hanya tinggal aku dan Afiqah masing2 runsing dan takut utk masuk ke kelas.Bukannya apa,kami ini memang tidak menepati masa.Jahat sikit.MasyaAllah.Pengalaman dimarahi Galina memang menakutkan.Dan mungkinkah hari ini kami akan merasai kali yang kedua?Aku dan Afiqah kini berada di belakang pintu kelas sambil runsing dan tidak ketahuan hala kerana takut utk melangkah masuk ke dalam kelas.Masing2 tidak mahu membuka langkah.Aku pula klu diberi pilihan ingin sahaja ponteng kelas Latin dan lepak di kafe.Tetapi Afiqah ingin menghadirkan diri.Lama kami di belakang pintu sambil berbisik-bisik kekalutan kerana takut didengari.Hahaha.Lawak sangat klu difikirkan balik.afiqah pula menyuruh aku masuk dulu dalam kelas kerana peristiwa tempoh hari dia yg memulakan langkah dahulu.Mengungkit.Hahaha.Ya Allah.Mana boleh.Aku takut.Aku akhirnya membuat keputusan bersetuju dgn cadangan Afiqah kerana berdiri di belakang pintu bukanlah jalan penyelesaian.Aku menutup mata sambil menarik nafas sedalam dalamnya.Sambil mulutku memujiMu 'SubhanaAllah' sambil berkata pada diri ku.Aku tidak takut pada Galina.Aku takut pada Allah saja.Tiada apa yg dpt menghalang aku kecuali Allah.Aku yakin Allah akan pelihara aku.InsyaAllah.Kalau aku kena marah pun aku tidak kisah kerana ini memang salah aku yang lemah ini.Afiqah pula masih tidak berhenti berbisik2.Biasa la tu.Hahaha.Aku terus membuka langkah dengan yakin dan terus menghadap Galina dan kawan2 sekelas aku.Aku mulakan bicara aku dengan 'Gud morning madam',sorry we r late bcoz we woke up late'.Tekebil aku dan terkaku aku di saat itu apabila Galina senyum sambil memberi nasihat supaya tidak lewat lg.Dia juga menyuruh kami mengambil tempat masing2.Bayangkan kami lewat 45 minit.MasyaAllah.Alhamdulillah.Aku bersyukur sangat dengan hal itu.Kuasa Allah.Itulah.yakin saja padaNya.InsyaAllah.Aku pun hairan mana aku dapat keberanian pada hari ini.Aku tahu.Keberanian ini datang dari Allah.Alhamdulillah.Inilah pengajaran yang aku belajar pada hari itu.^_^

1 comments:

siti maisarah zaini said...

alhamdulillah..skrg da bole komen...ats bantuan Fatin rezal.Thanx atin..^_^