BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 22 April 2010

bz study




Assalamualaikum sy ucapkan...

Terngiang-ngiang kata-kata Mun dalam fikiran ini ketika aku sibuk mengulang kaji Anatomy untuk mengahadapi koloq pada esok hari 'jangan pendekkan masa kita untuk beribadah kepadaNya.Cuba cari masa untuk dekatkan lagi diri kita denganNya tidak kiralah sesibuk dan sesingkat masa yang kita ada.Supaya Dia tahu kita sentiasa ingat padaNya tak kira apa jua keadaan pun.Jangan jadikan 'study' itu sebagai alasan'.

Contohnya begini, apabila kita berhadapan dengan exam dan sibuk mengulang kaji untuk berjaya dengan cemerlangnya.Memang menuntut ilmu itu satu ibadah kepadaNya.Tetapi kadang2 niat untuk beribadah kepada Allah ketika menuntut ilmu tersasar.Mungkin berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat markah yang tinggi,untuk lulus dalam peperiksaan dan sebagainya.Apabila mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usaha yang dicurah-curahkan,mula lah untuk merungut dan rasa syukur,redha mulai jauh dari hati.

Kesimpulannya di sini,apabila kita sentiasa ingat padaNya tidak kira singkat masa yang kita ada,InsyaAllah,kita dapat menjaga niat kita dari mula hingga penghabisan.Hidup kita akan sentiasa dalam jagaanNya.Mungkin kita tidak akan dapat apa yang kita nak tapi kita akan dapat apa yang kita perlu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya yang beriman.

Sunday 18 April 2010

Hormone imbalance..


Assalamualaikum dimulakan sebagai pembuka bicara hari ini.

'Mai,hormon kau imbalance ke hari ini',kata Munirah.
Saya ingin menjawab persoalan ini yang telah di pos di facebook.
Hari ini saya sedih.Hati ini terasa kosong.Saya sudah bercadang utk menceritakan hati ini kepadaNya lepas solat asar nanti.Selain itu, saya lebih suka menghiburkan hati ini dengan gelak tawa kerana saya mudah untuk gelak.Allah telah mengurniakan rakan2 yang memahami dan yang amat saya sayangi.Kepada siapa lagi saya ingin bergelak tawa selain kalian (x kn dengan bf kot?)hahaha.Saya tidak perlu semua itu kerana saya sudah ada kalian.Saya juga senang apabila melihat kalian tesenyum riang.At least dapat mengubat sedih hati ini.Last but not least, tima kaseh sbb sudi mendengar lawak saya =)

Friday 16 April 2010

Inilah desktop background aku yg paling latest.Tertarik dengan kata2 yang diungkapkan.

histologia-study of tissue




Assalamualaikum aku ucapkan sebagai pembuka bicara aku pada kali ini.Pagi ini tidak seperti pagi-pagi hujung minggu yang selalu aku menyibukkaaan diri dengan mengulangkaji.Aku diberi cuti selama 5 hari sempena cuti HITLER.Rakan2 serumah yang lain menghiburkan diri dengan skype,ym,movie,fb dan sebagainya.Tapi diri ini lebih cenderung untuk menulis.Sebenarnya diri ini sedih sikit dengan semalam.Semalam aku ada koloq histology.Tapi aku dapat teruk bg pandangan aku.Aku tahu aku belajar.Tapi..hmm..Tak apa Maisarah, ada hikmahnya.Aku hanya bersabar dan tetap bersyukur padaNya kerana mungkin ini yang terbaik untukku buat masa ini.Aku ada cerita sedikit semalam yang membuat aku bermonolog dalaman 'Ya Allah,sabarnya hambaMu ini,kagumnya aku.Yang pasti dia bukan lah aku.Dia juga hamba Allah yang aku rasa tahap kesabarannya tinggi.Bayangkan dia terpaksa mengulang sekali lagi koloq walaupun dia hanya memulakan permulaan.Kalau orang lain sudah pasti telah mengeluarkan kata2 kesat(mencarut).Dia mampu tersenyum menceritakan peristiwa yang berlaku.Bangga aku ada kawan macam ini.Hal ini jugak membuatkan rasa syukur aku bertambah lagi.Alhamdulillah.Histology-selalu membuatkan hati ini kagum dengan kebesaranNya kerana apabila melihat stucture microscopic yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.Mampukah manusia mencipta sebegitu bentuk yang menpunyai specific function?hmm..MasyaAllah..

Tuesday 13 April 2010

BAIK IKHLAS

Baru-baru ini terdetik dalam hati ini untuk berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik.Usrah yang berjalan memang memberi makna yang besar dalam hidupku.Lebih pengisian.Aku lebih suka mendengar penyampaian kakak2 usrah-Kak Sarah dan kak Dayyinah dan saudara2 seusrah.Aku juga tidak jemu untuk mengajukan persoalan yang menjadi gelisah dalam hati ini.Alhamdulillah.Allah Maha Penyayang.Kerana mengurniakan kakak2 untuk membimbing aku.Terima kasih Allah.Kali ini aku sahaja ingin menulis.Aku ingin menyuarakan satu isi hati yang memang ingin aku keluarkan.BAIK dan IKHLAS.Niat kita berubah ialah untuk mendapat keredhaanNya.Tetapi takut pula apabila manusia di sekeliling memuji BAIK apabila kita melakukan sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan.Bukannya apa, takut tersasar dari niat dan takut tergolong dalam golongan orang2 yang riak.Kerana manusia ialah insan yang lemah.Aku juga tergolong dalam golongan itu kerana kadang2 tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.Siapa yang tidak gembira dengan pujian yang diberikan?Bagi aku pula,aku bersyukur dengan pujian yang diberikan dari hamba2 Allah sambil melemparkan sebuah senyuman yang ikhlas kerana segala-galanya datang dari Allah SWT.Tetapi janganlah mudah puas hati dengan pujian itu kerana hanya Allah yang tahu baik buruk hati ini.Oleh itu,berusaha lagi untuk menjadi BAIK lagi IKHLAS di sisi Allah.Jangan malu tidak bertempat. InsyaAllah.Amin.

Saturday 10 April 2010

KEKUATAN


Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka bicara saya pada kali ini setelah sekian lama diri ini tidak menulis kata-kata yang lahir dari akal dan hati yang masih waras.Alhamdulillah.Semalam hari Jumaat iaitu hari terakhir kelas dalam seminggu.Bukannya apa,diri ini hanya kagum degan kebesaran Allah SWT.Segala kekuatan datang dariNya.Ceritanya bermula apabila diri ini terpaksa stay up sampai jam 3 pagi kerana terpaksa melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar.Sebelum melelapkan mata,sempat aku membaca surah 3 'Qul'.Dengan harapan utk bangun tidur pada jam 6 pagi.Letih sungguh rasanya.Setelah nyenyak tidur,tiba2 aku terbangun dengan izin Allah pada jam 7.MashaAllah.Aku sudah lewat.Aku terbayangkan raut wajah lecturer Latin aku 'Galena'.Aku terus siap2 setelah solat Subuh dgn harapan aku semoga Allah memelihara aku hari ini.insyaAllah.Aku terpaksa melupakan span shower aku kerana aku tidak lagi mempunyai masa utk mandi.Aku meneruskan perjalanan aku bersama Afiqah dan rakan sekelas yg lain;Hazel dan Syafiqa.kami terpisah denagn Hazel dan Syafiqa di bus stop Ismailovskaya.Kini hanya tinggal aku dan Afiqah masing2 runsing dan takut utk masuk ke kelas.Bukannya apa,kami ini memang tidak menepati masa.Jahat sikit.MasyaAllah.Pengalaman dimarahi Galina memang menakutkan.Dan mungkinkah hari ini kami akan merasai kali yang kedua?Aku dan Afiqah kini berada di belakang pintu kelas sambil runsing dan tidak ketahuan hala kerana takut utk melangkah masuk ke dalam kelas.Masing2 tidak mahu membuka langkah.Aku pula klu diberi pilihan ingin sahaja ponteng kelas Latin dan lepak di kafe.Tetapi Afiqah ingin menghadirkan diri.Lama kami di belakang pintu sambil berbisik-bisik kekalutan kerana takut didengari.Hahaha.Lawak sangat klu difikirkan balik.afiqah pula menyuruh aku masuk dulu dalam kelas kerana peristiwa tempoh hari dia yg memulakan langkah dahulu.Mengungkit.Hahaha.Ya Allah.Mana boleh.Aku takut.Aku akhirnya membuat keputusan bersetuju dgn cadangan Afiqah kerana berdiri di belakang pintu bukanlah jalan penyelesaian.Aku menutup mata sambil menarik nafas sedalam dalamnya.Sambil mulutku memujiMu 'SubhanaAllah' sambil berkata pada diri ku.Aku tidak takut pada Galina.Aku takut pada Allah saja.Tiada apa yg dpt menghalang aku kecuali Allah.Aku yakin Allah akan pelihara aku.InsyaAllah.Kalau aku kena marah pun aku tidak kisah kerana ini memang salah aku yang lemah ini.Afiqah pula masih tidak berhenti berbisik2.Biasa la tu.Hahaha.Aku terus membuka langkah dengan yakin dan terus menghadap Galina dan kawan2 sekelas aku.Aku mulakan bicara aku dengan 'Gud morning madam',sorry we r late bcoz we woke up late'.Tekebil aku dan terkaku aku di saat itu apabila Galina senyum sambil memberi nasihat supaya tidak lewat lg.Dia juga menyuruh kami mengambil tempat masing2.Bayangkan kami lewat 45 minit.MasyaAllah.Alhamdulillah.Aku bersyukur sangat dengan hal itu.Kuasa Allah.Itulah.yakin saja padaNya.InsyaAllah.Aku pun hairan mana aku dapat keberanian pada hari ini.Aku tahu.Keberanian ini datang dari Allah.Alhamdulillah.Inilah pengajaran yang aku belajar pada hari itu.^_^