BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 6 February 2010

suratan atau pun kebetulan




Mataku sedang mencari tempat duduk dalam bas.Tapi telah dipenuhi oleh mak cik2 dan nenek tua.Aku hanya mengerutkan muka dan berdiri di tepi tingkap bas.Zana menyusuri aku.Dia berdiri di depan aku.Aku melihat barisan yang masih panjang di luar bas.Mata aku tiba2 tertumpu kepada seorang mamat Rusia yg sedang memasukkan tiket dalam mesin itu.Dia terus berdiri di hadapan Zana.Aku lalu mengalihkan perhatian ke tingkap dan menghayati pemandangan jalan raya sambil memikirkan sesuatu.Lenguh juga terasa kaki ini kerana jauh juga perjalanan ke MEGA ni.Setelah 20 minit berdiri sampai juga aku di shoping complex ini.Kami terus menuju ke mesin ATM yg terletak di hadapan ZARA dekat dengan Swatch.Aku seterusnya menuju ke Bankomat centre kerana menemani Zana yg mempunyai urusan di situ.Setelah selesai semua urusan,kami terus memulakan langkah untuk pulang dengan menaiki mashrud ke stesen metro teopli stan.Zana memillih tempat duduk yg plg belakang.Aku hanya menyusuri Zana.Aku hanya mempunyai 23 rbl utk membayar tambang sebanyak 25 rbl.Zana meminjamkn 2 rbl kpd aku.Lalu aku terus membayar kepada pemandu van itu.Sedang menunggu tiba2 pintu van dibuka.Aku pon tengoklah.Dalam hatiku terdetik sambil berfikir "macam pernah aku lihat mamat nie sebab winter coat dia itu aku pernah nampak.Ha?Mamat dalam bas tadi.Zana pon terkejut juga lalu terus memberitahu aku dan aku hanya mengangguk.Aku kembali melihat dia.Dia pun tengah melihat ke arah aku dan Zana sambil.Aku cepat2 mengalihhkan pandangan ke arah Zana.Aku rasa amat kelakar dan aku x dapat tahan gelak tetapi aku cuba menahannya.Zana pula gelak sbb tidak tahan tengok muka aku yg menahan gelak.Bayangkan, betapa kebetulannya,dalam beribu-ribu org di MEGA, pada yg sama bg km utk pulang ialah masa yg sama bg dia utk pulang.Mamat nie org muda dan cool.Dia pun terkejut melihat kami.Dia memulakan perbualan dulu.Mula2 aku mmg x tahu dia ckap apa sbb dia ckap terlalu laju.Sudahlah bahasa rusia aku macam kura2 tengah berjalan.Nasib baik Zana cepat pick up.Sepanjang perjalanan pulang,Zana saja yg menjawab kerana aku masih menahan gelak.Aku rasa bodoh sgt diri ini dan aku x dpt tengok muka mamat itu sebab aku rasa kelakar.Selepas itu aku mengalihkan pandangan ke arah mamat itu sekejap kerana kepala aku sudah saket kerana berpaling ke satu arah saja.Aku senyum saja dekat mamat itu dan aku tertengok handphone dia.Aku memfokuskan mata aku.Yang ini lagi aku tidak tahan oleh sebab handphone dia sama macam aku.Sudahla model sama,flip dia pon patah macam aku gak.Hahaha.Aku tengah penat tahan gelak.Akhirnya,sampai juga aku di stesen metro.Dia pun berhaenti di stesen metro yg sama.Aku puas gelak sambil menceritakan apa yg aku rasa pada Zana.Itulah ceritanya.Setiap hari mesti ada saja cerita dan pengalaman baru.

0 comments: