BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 January 2010

1414




Sudah hampir seminggu aku cuti.Sepanjang masa ini aku habiskan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan 1414-Laili,Hani,Ahla,Moon.Nak tahu apa yang telah aku habiskan masa lapang aku ketika berada di rumah mereka??Aku ini hanyalah menumpang kerana semua housemate aku pergi makan angin di Mesir.Aku pula keseorangan di rumah 1426.Aku terus membuat keputusan utk melepak di rumah 1414.AKu banyak menghabiskan masa dengan movie2,makan2 dan mendengar rakan2 serumah itu mengarut.Memang seronok dan segala rasa kesunyian aku hilang.Itulah namanya kawan.Aku duduk di rumah itu aku hanya relax sahaja.Teruk juga aku ini.Tidak langsung membantu memasak.aku sekadar hanya membasuh pinggan dan memotong sayur.Tidak la membantu sangat.Apa nak jadi ni MAISARAH!!Walaupun hanya berada di dalam rumah,macam2 insiden telah berlaku.Hahaha.Antaranya ialah tengok movie seram.Yang aku tau,aku dan Laili x suka tengok cerita2 seram.Dan Moon,Ahla dan hani pula enjoy dgn movie.No komen.Bahagia aku cuti ni sebab,makan memang best.Mereka memang iron chef.Mereka masak masak lemak cili api,murtabak,lempeng pisang,mee hailam,roti canai.Memang hebat.Aku tidur di sana setiap malam.Walaupun tidur beralaskan comforter,tetapi aku tidur mati juga.Hahaha.Ada satu insiden yg telah menggugat maruah aku.Ini memang aku x puas hati.Salah diri sendiri juga sebenarnya.Pada suatu hari,sedang asyik aku mendengar karutan mereka sambil gelak ketawa,tiba2, bunyi ketukan pintu kedengaran.Aku pun dgn rela hatinya pergi menuju ke pintu bertanya siapakah gerangan di luar.Tetapi tiada jawapan.Aku semakin hairan dan ketika aku berfikir,dengan lantasnya dia membuka pintu.Aku semakin cuak kerana kepala aku tidak diseliputi dengan tudung.OMG!!Lelaki asing sedang memandang aku.Aku pun apa lagi.Menjerit sekuat hati.Aku sempat melihat muka dia yg dalam keadaan serba salah sambil mengatakan izvinite-i'm sory.Mungkin dia tersalah rumah.Terkejut kwn2 aku yang lain.Itulah kisahnya.Aku sudah mengambil pengajaran.Tidak kira apa pun aku mesti sediakn payung sebelum hujan.

0 comments: